Saturday 18 February 2012

Buku Kak Ain Maisarah

ASSALAMUALAIKUM!!
saya nak tanya sikit boleh? anda kenal Ain Maisarah? semestinya kenal kerana, dia seorang penulis buku yg Profesional! umur pun baru 20++ (ya ke?) 
banyak buku yang telah ditulis oleh Kak AinMaisarah .. misalnay AKU MAHU POPULAR, JUTAWAN GEDIK, IMPIANA 1, IMPIANA 2, AKU MAHU BULI, AKU MAHU SUPERBIBIK dan banyak lagi!
kalau anda baca novel-novelnya, pasti anda akan membacanya sekali lagi.. begitu juga saya!
saya amat meminati cerita yang ditulis olek kak Ain maisarah kerana kumpulan 'The Wanababes'  
yang diketuai oleh:
  1. Fasha
  2. Shasha
  3. Sazzy
  4. Nana
  5. Fazura
  6. Linda
  7. Diana
nak tahu macam mana muka Kak Ain maisarah? macam ni:
 comelnya!!
dan.. dia juga seorang yang sangat meminati warna PINK! begitu juga The Wanababes..
The Wanababes adalh 7 orang gadis yang dilahirkan sebagai anak-anak orang kaya iaitu anak 'Tan Sri' dan 'Dato'' .. mereka bertujuh juga adalah Jutawan-Jutawan gedik!
inilah contoh-contoh buku yang telah diterbitkan:




jika anda lihat.. kebanyakannya bewarna PINK kan?? bukunya tebal dan mungkin harganya dalam lingkungan 15-20 ringgit! MAHALNYA!! opsss... harganya berpatutan dengan bukunya yang tebal dan cerita-cerita yang menarik.
saya paling suka pasal The Wanababes! memang best tetangat.. bagi yang belum baca, cepat-cepat beli sebelum kehabisan stok. Oh ya! jangan lupe  beli buku yang terbaru 'Jutawan Gedik' ya.. 
beli juga surat khabar berita harian setiap hari Sabtu kerana, terkandung cerita 'Mr.right Selebriti', kisah Nana daripada kumpulan The Wanababes siri ini mengisahkan Nana yang sudah meningkat remaja.
tahun depan maybe baru jual kott.. (2013). wadush! sabar-sabar..


                                  saya pun tgh kumpul buku-buku Kak Ain Maisarah ni. sesiapa yg telah membaca buku ni,  kongsikan pengalaman anda bersama saya. comment ya! 
Okey, WASSALAM!! kalau ada sambungan, saya sambung!

1 comment:

Razil Tahir said...

Kenal dia!
And adores her a lot too!!
Nak jadi penulis macam dia jugak!! XD