Thursday, 25 April 2013

4Minute comeback! WHAT YOUR NAME?


Hi all! ^^ 4Minute comeback esokk.. x sabar wooo~! *lompat* gilalah.. Farahkan 4NIA? so, x sabar tahap gegila!! Jumaat! cepat. ada 3 benda yg Farah x sabar

1. 4Minute Comeback
2. Cuti
3. Nak tengok SSID

^^ Jom layan gmbar 4Minute! hehe












Tuesday, 23 April 2013

15 N.G -BAB 3-

Syikin menjeling Adira. Mulut mereka berdua muncung tidak terkata. Baldi yang berisikan air ditenung lama-lama. “apa lagi? Cuci jangan tak cuci,” Puan Sufiah, guru besar sekolah bercekak pinggang. “kau nye pasal lah ni! Tak pasal-pasal kena denda tandas angkat,” Adira menuduh Syikin.

Flash back..

            Selepas solat Zohor, 15 N.G terus masuk ke dorm. Selepas itu baring di atas katil dengan selesa tidak terkata. “jom pergi lepak!” ajak Syikin. “where?” soal Adira kepada Syikin.

            “dibawah pokok yang rendah di sini. Tuha.. bawah pokok sana tu!” jari telunjuk Syikin ditujukan ke arah sebatang pokok yang boleh dikatakan rendang. Pemandangan yang cukup indah sebab siap ada set sekali dengan batu-batu kecil di sekeliling. Cantik keebbaaaboom!!

            “gila ke? Tukan kawasan larangan,” Eyin cuba mengingatkan ketuanya yang bernama Syikin. “alah. Bukan ada cikgu pun! Sapa nak ikut?” soal Syikin. Dia mengangkat tangan. Akhirnya 15 orang pelajar itu bersetuju mahu bersantai di situ.

            15 N.G bergerak ke sana sambil bernanyi. “duduk!” Syikin melabuhkan pungguhnya di tepi pokok. 14 rakannya turut serta.

            Tidak sampai 10 minit mereka berbual, datang satu suara yang cukup menakutkan. “amboi.. sedap duduk? Inikan kawasan larangan! Bangun!” Puan Sufiah bercekak pinggang. Satu per satu muka ditenung. “ohh.. sedap duduk ye? Sedapkan? Sekarang ada kerja yang korang kena buat! Tandas angkat selama 1 minggu! Cikgu tahu ini kesalahan ringan tapi, kawasan ini tempat yang dilarang. Faham? Esok tandas angkat!!” Puan Sufiah mengarah.

            Laju sahaja 15 N.G berlari kedorm. Tidak sanggup bertentang mata dengan guru besar sekolah.
            ************
            Faz mengambil mop seraya mengemop lantai. “mmrr.. ni ramai sangat 15 orang. Yang lagi 8, pergi tingkat atas,” arah Puan Sufiah. Eyin, Siti, Syafikah, Aflin, Nikita, Elly, Shiela dan Ikin naik ke tingkat atas dengan lagak lemah longlai.

DI TINGKAT BAWAH…

            “owhh tandas.. engkaulah jejaka idaman! Akulah yang paling tak menanti! Busuk sekali..” Faz menyanyi sambil mengemop lantai. Hujung batang mop dibuat mikrofon. Baru ada gaya! “sakitnyalah hati ni! Gerammm..” Adira menyental sinki dengan penuh kegeraman. Bibir ditetap menahan marah.

            “alah beb.. relax ah!” Syikin berkata selamba. Tidak sedar ini semua salah dia! “Syikin, ni sume kau punya pasallah,” “aku pulak Adira! Kau yang ikut tu asal? Ada aku suruh?” Syikin membalas. Tidak puas hati.

            Kedua-dua belah tangan Faz diangkat tinggi menandakan mereka berdua berhenti bertekak. “weh! Jangan gadoh lah. 15 N.G kalau gaduh mana boleh. Sebab nanti sekolah ni tak cool!” Faz cuba menenangkan keadaan. Siap bagi notis yang sekolah ni kalau tak wujud geng 15 N.G tak cool! Hai.. kalau korang tak ada rasanya aman dunia ye?! “uhuks! Fikrah Ilmukah?” sindir Kira.

            “Fikrah Ilmu? Boleh ganti Ustaz Malek. Ehemm..ehemm..” Syikin berdehem untuk melapangkan tekak. Wah! Nampaknya Adira dan Syikin sudah berbaik semula. Give me 4 yah? Haha! Bijak sungguh Faz. Fikrah Ilmu pun bolehlah.. tapi! Fikrah Ilmu dalam tandas? Tak baik maa..

            Adira ketawa terkekek-kekek. Rasa ingin pecah perut dibuatnya. “Ustazah Syikin? Wow! Glamour lah geng kita,” Wina tersenyum jahat. Syikin ketawa kecil Ustazah Syikin pun sedap juga bunyinya.

            “sudah! Ustazah Syikin ke ustazah apa ke, buat kerja!” Puan Sufiah yang baru tiba ke tandas itu bercekak pinggang. Wina, Faz, Adira, Syikin, Kira, Manohara, Is dan Ila berlari mengambil barang masing-masing. Ha! Nilah Fikrah Ilmu! Ehemm…ehemm..

            Selepas itu, Puan Sufiah berlalu pergi. Mungkin mahu memerhatikan pelajar yang lain sibuk beriadah di padang. “syukur! Tak perlu aku bersusah-payah berpeluh hendak beriadah. Dalam ni pun berpeluh,” Kira tersengih. Iklan kayu sugi. Ngeee~

            Kepala Kira ditolak oleh Manohara. “ngek! Aku ni punyalah benci tandas mangkok! Kau bersenang dengan buat iklan gigi tulah?! Aku kasi buku lima karang,” Manohara menunjukkan buku limanya. Besar! :P

            “tandas.. yang indah! Melingkari, suasana,” Ila, seperti biasa mula bernanyi. Memang hobinya ketika bosan. Bosan..bosan.. o owh! (KOSONG).

            Faz pula sedang sibuk menyental segala bakteria-bakteria yang berada di sinki itu. Wina sedang mengelap cermin. Ila dan Manohara mengemop lantai. Adira, Kira dan Syikin cuci mangkuk tandas tu! Is? Hehe.. dia tukang bersihkan dinding kotor. Cobaann kau 15 N.G!
            ****************
Di TINGKAT 2..

            “Apple Fresh?” soal Elly sambil mengangkat botol bewarna unggu. “ha?! Apple Fresh? Nak air?” gurau Eyin. Botol bewarna unggu itu dicapai dengan ganas lagi hebat! Tak padan dengan badannya yang kecil itu.

            “berus jamban dengan berus mangkuk?” soal Aflin sambil memerhatikan di setiap sudut. Mencari berus tersebut. Baju pendidikan jasmani dilipat sehingga ke siku. Seluar sukan juga dilipat sehingga paras betis. Apa ku kesah? Bukannya ada lelaki. Kalau ada lelaki yang mengintai pun, aku kasi smack down!

            Tiba-tiba, 2 berus dibaling tepat ke muka Aflin. Kelihatan, Shiela sedang ketawa dengan nada yang kuat sambil mengemop lantai. “jahanam punya kawan! Nasib baik kau kawan. Haha..” ceh! Tak ada perasaan marah langsung Si Aflin ni. Bagus.. itulah kawankan?

            “ambil baldi. Isi dengan air,” arah Eyin. Lagak seperti ketua. Padahal kecil Cenetott! “ambil Apple Fresh. Tak pun Ajax Fabuloso. Harumnya tandas..” belum dimop lantai pun sudah dikata harum si Elly ni? Demam panas ke ada masalah sumbat hidung?

            “harum.. owh! Di sana Ajax Fabuloso,” jari telunjuk runcing Aflin ditutukan ke arah botol yang berada di bawah sinki. Nikita duduk mencangkung untuk mengambil Ajax Fabuloso. “Apple Fresh?” soal Elly. “kau ni tak habis-habis dengan Apple Fresh! Diam!” jari telunjuk Siti diletakkan ke mulut.

            “Jom start mop! Yuppy!” Siti berjoget sekejap. SEHATI BERDANSA!! Uyeeehhh…
            ******************
            “assalamualaikum!” Syikin memberi salam dengan nada yang agak kuat. Biar 1 kelas 3 Cekal dengar! “waalaikumussalam!” jawab semua murid kelas 3 Cekal hampir serentak. 15 N.G tersengih selepas menjawab salam yang memang wajib dijawab.

            Syikin berjalan ala-ala stylo menuju ke tempat duduknya. “perhatian kepada semua pelajar.. sila ke tapak perhimpunan sekarang juga!” kedengaran suara Kak Bad, ketua Extima.

            “Eyin, Elly, bila semua dah keluar, kau letak surat ni di bawah meja Izz tau?” Nikita menyerahkan surat yang bersampulan surat bewarna unggu. Siap sembur perfume wangi yang wangi lagi. “okie dokie!” Elly membuat tabik hormat.

            Selepas semua kelas kosong dan lengang, Elly meletakkan surat tersebut di bawah meja Izz. Ok, siap! Sekarang jom blah!

DI TAPAK PERHIMPUNAN..

            “shhh.. tengok tu! Semua pengawas perasan sudah jelling-jeling kepada kita yang cool ni! Ahaha..” Adira ketawa kecil. “haah! Tak payah jadi pengawas garang. Kita sudah popular an?” kening Syikin dijongket dua kali.

            “15 N.G! diam atau saya catat nama kamu semua,” Cik Sofie, ketua pengawas yang diberi gelaran CIK sudah membuntangkan matanya. Ehh.. asal tak bagi Datin ke, Dato’ ke. Kan? Ni bagi Cik!

            “tulislah owh..” dengan nada yang rendah, Ila bernyanyi. Hanya boleh didengari oleh Faz dan Ikin sahaja. “shh.. Cikgu Jenal sudah sampai! Cikgu mikrofon!” Aflin mengingatkan rakan-rakannya.

            “assalamualaikum semua.. berdirinya saya di sini bukan untuk membebel panjang, tapi untuk memberi ceramah. Tidak lama lagi ujian PMR dan SPM akan sampai. Jadi..” Cikgu Jenal atau nama sebanarnya, Cikgu Zainal sudah mula memberi ceramah yang membuatkan murid-murid menguap di pagi hari.

            Adira sudah pun berbaring di perhimpunan. Peha Syikin dijadikan bantal. Baju kurung putih itu dibiarkan kotor. Janji matanya enak diulik mimpi. Maka, tidurlah Aidra. Tidak kisah dengan jelingan ganas Cik Sofie. Hendak dipijak perut Adira, nanti ditahan polis pula. Lagipun, pengawas dan guru disiplin dah muak dengan nama 15 N.G! biarlah mereka buat masalah disiplin pun. Janji otak cap kancil!

           Faz pula mengeluarkan game Sudoku dan mainlah dengan seronoknya. Game Sudoku tu ala-ala macam PSP lah juga. Cuma ianya bewarna putih. Game Sudoku tu dia pinjam daripada guru Matematik. Suka! Ila mengeluarkan lirik lagu dari poketnya seraya dinyanyikan bersama Ikin.

`           yang lain pun sama. Ada yang dah terbaring di tapak perhimpunan sehingga mengambil ruang tempat duduk pelajar tingkatan 2! Hish3..

            “yang 15 orang kat belakang tu! Apa yang korang buat? Tak Nampak saya tengah berucap ni? Kamu semuakan nak PMR dah nanti?” Cikgu Jenal menjengkelkan matanya memandang tepat ke arah 15 N.G.

            Dengan lagak selamba, 15 orang pelajar tidak menghiraukan keadaan. Faz pula semakin seronok bermain Game Sudoku. “15 orang pelajar ni saya bawak ke bilik kaunseling nak?” soal Cik Sofie yang berada di sebelah mereka semua.

            Masing-masing menggelengkan kepala. Memang bilik kaunselinglah yang paling menakutkan bagi mereka. Mereka puan pernah dengar orang cakap yang bilik kaunseling ni ceri semacam! Ada tu ada ni.. tapi, dalam otak mereka, sudah set yang bilik kaunseling seperti penjara sekolah!  “jadi, simpan semua game. Bangun daripada tidur dan duduk elok-elok,” Cik Sofie bersuara lembut. Maklumlah kakak tingkatan  6 kan? Muka bukan main control! Ayu semacam. Tadi bukan main muka mengalahkan harimau betina kepalaran!

            “aduh, malasnya nak dengar Cikgu Jenal beri ceramah. 20 minit dihabiskan! Kalau aku, dah lama aku tidur woi..” bebel Aflin. Mulutnya mucung semacam. “relaxlah Aflin! Ceramah tu pun bukan masuk otak kita pun. Sekarang je, nanti masuk kelas.. blurr..” kata Siti sambil tersengih. Sempoi…

1 JAM KEMUDIAN..

            “yes! Masuk kelas.. assalamualaikum kelas!” Syikin memberi salam. Hanya beberapa orang yang dengar. Yang lain sibuk dengan hal masing-masing. Memang masalah betullah pelajar sekolah ni! Terutama 15 N.G! entah berapa banyaklah disiplin rekod diorang agaknya ya?

            “amboi Cik Ila, mebaca Nampak?” usik Syafikah. “tu bukan baca buku. Baca lirik lagu! Oh! Girls Generation,” sampuk Siti. Siap melayangkan beberapa helai kertas kepada Syafikah. “wow! Lagu Korea je belambak mak cik Ila ni,” “of course Pikah. Akukan peminat setia korea. Ngee~” Ila tersengih membariskan giginya yang putih bersih. Seperti bayi yang baru tumbuh 1 gigi.

            “Ila ni kau jangan puji Pikah. Pujilah Ikin ya?” Siti menunjukkan ke arah Ikin yang sedang bertungkus-lumus membaca buku sabjek Sejarah. PMR nak dekat dah deee.. “aku tak kisahlah PMR dapat berapa. Janji kerja gaji banyak!” Syafikah membuat muka selamba.

            PAP! Syikin memetik jari. “sasaran tepat!” katanya. “what?” kening Adira diangkat. Datang-datang SASARAN TEPAT. Bagilah penjelasan yang terang lagi bersuluh! “Izz..” Syikin menjeling Adira. Mulutnya dijuih ke arah Izz yang sedang membaca surat. Surat dari 15 N.G tentunya! Bukannya dari lelaki pujaan Malaya. Siapa? Sudah tentulah Zul!

            Selepas membaca surat itu, Izz menegur sahabat karibnya yang gedik sama dengannya, Fiona. “Oh My God! Its true?” soal Fiona. “yes! Tengok surat ni. Ish! Tak sangka Zul minat dekat I,” Izz membetulkan rambutnya.

            Tanpa disedari, 15 N.G sibuk bergelak ketawa dekan belakang kelas. Kena sudah.. “bagus! Biar SI Izz ni perasan sorang-sorang. Kita biar je..” Nikita berkata. Laju 15 N.G mengangguk kepala. Sukalah tu.. “wehh.. hari ni tak belajar ke?” tangan Ikin diangkat. “tak.. cikgu ada misimuarat,” perkataan MESYUARAT sengaja diputar belitkan oleh Jaja. “hehehe.. bagus! Tak belajarlah kita sampai rehat. Alhamdulillah,” Wina mengangkat tangan.

            “mangkok! Yang kau pi bersyukur tu asal? Aku ni risau PMR nak menjelang tiba,” mata Ikin dibuntangkan. “what ever..” balas Wina. Siap menyit mata lagi.
TANDAS ANGKAT SIRI KEDUA..

            “ni dah hari kedua kita kena denda makk..” Syikin merungut. Span sinki hanya dipandang mentah-mentah. Nasib baik cik puan besar tak ada hari ni. Kalau tak, Syikin terpaksa mencemar duli memegang span sinki bewarna kuning. “spongebob! Kenapalah kau wujud?” soal Adira sambil memandang kosong span yang bewarna kuning.

            “ish..ish..ish.. jangan salahkan spongebob! Tak baik tau. Aku rindu Facebook,” mop lantai dilepaskan. PAM! Jatuh. Bunyilah batang dia tu jatuh. Tak tahu nak buat bunyi macam mana. PAM PIM PUM or DAM DIM DUM! Okey fine.. korang think sendiri yap?

            “Facebook? Aku rindu blog,” rungut Is. Memang gadis gila Blogger! “sumpah, selepas 7 hari aku bersih tandas, dah tak mahu buat benda nakal dah,” Is menyambung dengan mengangkat sumpah. “nanti kau menyesal tiada gunaaa…” tiba-tiba, Ila menyanyikan lagu ANAK KAMPUNG.

            “menyesal? Buat faedah apa aku nak menyesalnya?” soal Is sambil bercekak pinggang. “nothing Is. Dahlah, jom jadi Gadis Cuci dalam tandas!” Ila berjoget sambil memegang mop. Jap! Teringat pulak cerita Gadis Cuci yang dilakonkan oleh Fara Fauzana. Hehe..

            Is masuk ke dalam tandas untuk membersihkan mangkok jamban. Owh.. simpang malaikat 44 lah aku nak bersihkan! Rungut Is.

            “lepas kita kena tandas angkat, kita nak buat kejadah apa pulak ye?” soal Syikin. Langsung tidak menyesal dengan kesalahan yang dibuat. “masa prep kita duduk dalam bilik kesihatan nak?” soal Adira. Dia duduk di atas sinki. “bila?” soal Manohara pula. “lepas selesai sesi denda ni. Hehe..” Adira tersengih.

            Is mengangkat tangan. “woo… tak menyesal ke?” soal Is. Dia tidak sanggup dah kena denda! “kalau kau takut, podaaahhh dari group ni,” Syikin membuat gaya menghalau. “tak mahu! Aku sayang group ni! Lagipun korang BF till Jannah!” Is menggelengkan kepalanya dengan laju sekali. Tidak rela.

            “great! Jadi, nanti kita pergi bilik kesihatan ya?” soal Adira kepada Syikin. “15 orang sekaligus?” soal Is kembali. “nop! Kita masuk 5 orang je satu hari.. okey?” Adira memberi cadangan. “aku on!” Manohara mengangkat tangan.

            “nanti kita bincang dengan yang lain. Ngee~” Syikin tersengih.
            ******

Friday, 19 April 2013

15 N.G -BAB 2-

DI DOM..

            Syikin menghempapkan badannya di atas katil jenis double dacker. “Ikin, kau tak takut ke tidur sorang-sorang?” soal Manohara. “nop. Tidur sorang-sorang best! Tak paya takut nanti ada orang hempap aku nanti,” Ikin berkata.

            “ehemmm.. nak dengar ceramah itit tak?” soal Adira. “what?” laju Manohara menyoal. “dengar..” Syikin membuat gaya ala-ala sedang mendengar sesuatu.

            “pelajar dari dom 3 BESTARI 1! Keluar!!! Yang nak melepak ni pasal?” jerit Ketua Warden, Kak Mie. Bukan main garang mengalahkan harimau belang! Aaumm..  “haaa… dah datang dah ceramah free of charged!” Adira bertepuk tangan diikuti oleh Manohara dan Syikin. “CEPAT!!” mata Kak Mie dibuntang luas apabila melihat 15 orang pelajar itu belum berganjak dari katil.

            15 N.G bergerak keluar dari bilik dom menuju ke kelas. Setiap hari Ahad dan Isnin memang ada kelas tambahan untuk PMR yang bakal menjelma tidak lama lagi. Tapi, ada yang rajin itupun sikit. Ya ramainya malas! Nak pergi ke kelas tambahan pun lambar. Mengalahkan siput!

            Sampai sahaja di dalam kelas, riuh rendah jadinya. Itu baru 15 orang yang buat bising, ni nak masuk 15 orang pelajar nakal yang bakal membuat bising sampai boleh dengar di Negara Korea! Oppss.. gurau je! Ehehehe..

            15 N.G mengambil tempat duduk. Muka masing-masing dah macam cekodok basi! “ni malas ni. Kena dengar Cikgu Ah Lim yang memang kalau bagi tips MT lebih-lebih. Bukan kita faham pun. Dia cakap sorang-sorang adalah!” rungut Nikita sambil mendagu. Mulutnya muncung seperti itik. “betul.. betul.. betul! Orang Kelantan kata kecek sore-sore..” Wina berkata mengikut loghat bahasa Kelantan. Maklumlah sepupu dia yang datang beraya tahun lepas orang Kelantan. Dia pun joinlah belajar! Alah.. bak kata orang, learn new words. Bak kata oranglah konon an??

            “kecek sore-sore? Wah! Ayat power nak gila!” “this is crazy, woman,” Wina memotong ayat Nikita. “ehhemm… Cikgu Ah Lim dah sampai,” Ila menyiku Wina. 15 orang pelajar ni memang duduk belakang sekali! Yang uniknya, diorang dah susun dekat belakang sekali 5 orang satu baris panjang. Itu semua idea dioranglah. Tak bawak berbincang pun dengan rakan sekelas sampai gaduh besar! Akhir sekali 15 N.G lah yang menang. Ish. Ish.. ish.. kesian Nabila!

            Encik Ah Lim, guru lelaki yang memakai cermin mata berbingkaikan hitam masuk ke dalam kelas. Buku soalan MT yang dibawa menggunakan raga bewarna hijau diletakkan di atas meja guru. Matanya mencerun tajam ke arah 30 orang pelajar perempuan yang diam seribu bahasa.

            Buku MT dikelurkan satu per satu seraya diagihkan kepada pelajar kelas 3 CEKAL. “buat muka surat 30. Nanti kita bincang,” Encik Ah Lim menarik kerusi seraya duduk. “ek eleh.. bincang ke bagi ceramah MT yang membosankan?” bisik Syikin ke telinga Adira dengan nada suara rendah. Tak mahu bagi Encik Ah Lim dengan semestinya!

            “mak ai!! Mampus dong.. soalan ini persis soalan tingkatan tiga aja si! Susah bangat!” Nikita menepuk dahi berkali-kali. Mahu sahaja dia membaling buku tersebut ke arah Encik Ah Lim. Tapi difikirkan beliau adalah guru, tak jadilah. Hormat juga diorang ni eh? Nikita, gadis yang memang suka tengok cerita Indonisea. Dia juga meminati Nikita Purnama Willy atau lebih dikenali sebagai Nikita Willy. Sebab tulah nama dia gelaran dia pun Nikita.

            “ala mambang.. ala mambang.. jangan sembang-sembang! Buat cepat! woitt mak cik, kita nikan dah form 3, tak piyah nak loya buruk lah. Geli woo..” bahu Eyin digerakkan. “ek eleh.. citt!!” Nikita menjeling tajam mata Eyin. Mujur tidak diletakkan pisau! Kalau letak alamatnya butalah forever..
           
1 JAM KENDIAN..

            “free! 15 N.G! lupa ke plan kita nak kenakan Mimi?” soal Syikin. “ingat.. but, kita kena pastikan bekas makanan Mimi jauh dari dia,” Elly memberitahu.

            “alah, settle je sume tu! This is Jaja. Dalam otak saya ni ligat ngan idea jahat tahap devil!” Jaja menjongket kening. “wait.. saya? Tidak! Jaja dah kena sampuk,” Ila melompat jauh dari Jaja. 15 N.G tersentak. Aduh! Diorang ni macamlah Jaja cakap benda pelik. Ni cakap saya je, bukannya aku nak bunuh diri ke hape. Tapi, prinsip 15 N.G, kalau diorang buat baik, alamat dikatakan demam! Trooolll..

            “memang sah kau ni Ila! Aku kasi smack down karang,” Jaja membuat gaya smack down. “stop!! Jaja, apa idea jahat tahap devil kau tu?” soal Syikin. “ha.. aku ngan Kira akan bawak Mimi pergi kantin. Belanja keropok satu, lepas to korag settlekan yang lain. Apa macam? Otak kancil tak aku?” Jaja mengangkat bakul sendiri.

            Syikin mengangguk laju. Jaja dan Kira mengorak langkah ke arah Mimi. Mereka bertiga keluar dari kelas menuju ke kantin.

            Manohara dan Siti ditugaskan meletakkan racun tersebut ke dalam minuman Mimi. Senang!
            *****************
            “busuknya bau..” Ping menutup hidung. Tangannya dikibas-kibas agar bau tersebut hilang. “siapa kentut ni?” soal Puan Shihla sambil menutup hidung. Baunya sungguh meloyakan! Kalah longkah tersumbat!

            “Mimi!! Yukksss..” rakan Mimi, Shahora menunding jari ke arah Mimi yang sedang menahan malu. Tiba-tiba, Mimi bangun seraya berlari ke tandas.

            Selang beberapa minit Mimi masuk semula. Tak saampai 2 minit lari ke tandas balik! Terkejut dibuatnya Puan Shihla. “Mimi, kamu cirit-birit ya?” soal Puan Shihla. Mimi menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Dia menekan-nekan perut menahan kesakitan.

            Semenatar itu, 15 N.G yang memang tak ada hati perut tergelak kecil. Menahan kegembiraan. “kesian gak Mimi kan?” soal Faz. “what ever. But, I like this part!” SIti menjongket kening sambil tersengih gembira.

            “heh! Sorokkan gelak tawamu. Nanti kita kena siasat lak! Bahana namanya!” Elly membuntangkan matanya. “kekekke.. jangan buat aku gelak. Aku rasa nak ambik gambar je. Masuk Facebook! Confirm ramai klik button like,” mata kiri Aflin dikenyit.

            “Mimi, cikgu bawak jumpa doktor ya? Yang lain boleh balik dah. Dah pukul 2 ni. Yang tinggal dekat dorm jangan lupa pergi solat Zohor pukul 2:30 nanti ye?” Puan Shihla menjerit. Dia membawa Mimi ke tandas terlebih dahulu.

            15 N.G melompat keriangan. Seronok sebab boleh keluar dari kelas. Boleh golek-golek atas katil sambil merenyukkan baju kurung sekolah.
DI DORM..

            “kesian Mimi..” kepala Syikin digelengkan. “rasa nak mianhae lah..” Aflin mencebikkan bibir. “betul! Nanti kita mianhae masa raya ye?” Syafikah berpeluk tubuh.

            “biarlah nak mianhae bila-bila pun. Janji mianhae!” kata Adira. “dahlah.. jom salin baju sukan. Lepas tu kita bual-bual dan pergi solat Zohor,” ajak Is. Beberapa orang dari geng 15 N.G bangun seraya menuju ke almari masing-masing. Yang lain masih duduk sambil memuncungkan bibir.

            Nikita memukul paha Syikin dengan kuatnya. “makk!!! Nikita!” buntang mata Syikin sambil menahan marah. Habis dia menjerit sampai bergegar dorm 3 BESTARI 1. “ sorry! Aku rasa kita buat projek ‘surat cinta’ nak?” “surat cinta? Eehh.. bukan surat sakat orang?” soal SYikin semula.

            “aku Tanya kau, kau Tanya aku balik? Nanti aku jolok mulut kau dengan selimut ni baru tahu!” Nikita menarik selimut bewarna hijau. Sudah bersedia mahu menjolok selimut tersebut ke dalam mulut Syikin.

            “mianhae!! Ehhehe..” Syikin meminta maaf. “kansammida!” Nikita tersengih. “ehh.. aku minta maaf kat kau, yang kau tiba-tiba pi bantai kansammida tu asal?” soal Syikin.

            “haruslahh.. ni first time aku dengar kau cakap minta maaf. Aku pun ucapkah terima kasih!” selamba Nikita berusuara. “dah! Apa cadangan kau tentang surat tu?” soal Syikin sambil menjeling.

            Nikita mengeluarkan buku nota yang dibeli dari koprasi sekolah. SURAT ‘CINTA’ UNTUK IZZ. Nikita menulis perkataan itu besar-besar! “Izz? Oh, budak gedik lagi perasan glamour yang perasan cantik dan gedixxx tu?” amboi.. banyaknya kau cakap Syikin? Belit pulak tu ayat! Poddahh..

            Laju Nikita mengangguk. “Abang Helmi..” Nikita bersuara halus. “acah saja..” sambung Nikita. “kau jangan nak pi gatal dengan abang aku eh?” marah Syikin sambil bercekak pinggang.

            “LOL! Bukan aku tapi Izz. Kau tahukan yang dia tu minat tahap crazy dekat abang kau,” Nikita membetulkan keadaan. “hah? Izz nak dekat Abang Helmi yang macho lagi sopan tu? Serius? Aku tak silap dengar?! “ sampuk Faz. Matanya terbuntang luas dan hampir-hampir nak keluar. Nasib baik Faz bukan ahli silap mata.

            “kenapa? Problem…” “haruslah problem! Abang aku tu macho. Ada gaya! Dia dah ada GF dekat luar tu. Kalau abang aku nak kawin ngan Izz tu belum tentu aku kasi mak aku dengan ayah aku restu!” potong Syikin laju. Siap dengan mimik muka tidak puas hati! Amboii.. sayangnya dia dekat abang dia. “ahaksss.. kita main-main saja. Kau kan suka kenakan orang? Kita kenakan Izz!” Siti yang berada di sebelah Syikin cuba memujuk.Syikin tetap tidak berstuju. “gunakan nama orang lain leh tak? Ha! Zul!!!.

Assalamualaikum buat Izz,
            Awak kenal tak saya? Kalau awak kata awak dah kenal saya memang sah awak ni ahli silap mata! ^^!! Gurau sahaja awak.. jangan marah ye? Nama saya Zul! J salam perkenalan! Eheheh..
            Saya rasa nak hantar surat ni dekat awak sebab.. entahlah! Adik saya selalu ceritakan tentang awak dekat saya. Kegedikan awak, kemanjaan dan kebodohan awak! :D awak, boleh tak kita berkenalan. Kita berkenalan hanya dalam laman muka surat.. o..owww… lagu ni khas untuk awk! CILL!! Moga awak suka ye?Awak.. ehh. Sayang! Uhuksss.. malulah. Panggil kaulah! Kau..kau.. LEMBU! Moo… ahahaa! Gurau je awak. Saya ni memang suka berjenaka ngan perempuan semanis gula seperti awak.
PECAH TIN PECAH APA, TOLONG PIN KERTAS NI YA??

            SIAP!! Tepuk tangan kuat-kuat. “ayat kau romance berbaur mengejek LIKE!” Syafikah membaca apa yang ditulis oleh Nikita. “ok, sapa mahu letak ini punya kertas ye? Cek itit! Ahah! Dah jumpa, Eyin kau letak!” Nikita menyerahkan surat itu kepada Eyin. Terkejut beruk dibuatnya Eyin sampai hampir terjatuh dari katil.

            “wae?”! terbuntang mata Eyin. “wae..wae? tak ada kenapa-kenapa. Kau ingat ini lagu KENAPA nyanyian Daus?!” gurau Syikin. Eyin menjeling seraya mengambil surat itu dengan kasar.

            “yelah, nanti aku letak esok. Bagi bonus belanja air tin esok!” Eyin tersengih sambil mengangkat ibu jari. Hanya anggukan yang diberi oleh Syikin. Hak alah.. setakat air tin apa kebenda? Mintaklah belanja buffet ke, belanja shopping ke an??

            “dahlah.. jom tukar baju! Kejap gi nak gi solat Zohor. Tak kuasa aku nak dengar Ustaz Malek membebel sebab lambat,” Adira mengibas telinga seperti orang kerimasan. Gedik woo..
            Pukul 2:20, 15 N.G bergerak keluar dari dorm untuk ke surau. Sampai sahaja di surau, berebutlah mereka nak duduk dekat belakang. Apalagi, lepas solat Zohorkan ada ceramah, diorang nak bukak kelab pot..pet pot..pet.. tak henti-henti.

5minit selepas solat Zohor. Lebih kurang pukul 2:35 gitu le..

            “Ustaz Malek dah sampai! Ehemm.. sediakan telinga anda. Ha.. mesti dia cakap ‘BAGI TELINGA ANDA DEKAT SAYA’. Cabut telinga cepat! kekehekeh..” Faz ketawa kecil. “betul. Tak logic kita boleh bagi telinga kita dekat ustaz. Certarik! Nak kena ambil gunting ni potong telinga! Kahkah!!” Wina ketawa kecil.

            “woit! Boleh diam tak? Aku potong mulut korang baru tahu!” Kak Mie yang berada di barisan hadapan membuntangkan mata memadang ke arah Wina dan Faz. Dua sekawan itu menutup mulut. Risau didenda jalan itik. Kuekk..kuekk..

            “assalamualaikum..” Ustaz Malek memberi salam. Serentak pelajar perempuan di dalam surau memberi salam. 

Wednesday, 17 April 2013

Orange Caramel member profile






Name: Orange Caramel
Debut Date: June 17, 2010
Japan Debut Date: September 5, 2012
Members: Raina, Nana and Lizzy
Main Group: After School
Main Label: Pledis Entertainment
Other Labels: Avex Trax (Japan)
Fanclub Name: Playgirlz
Fanclub Color: Yellow
Official websites: Korea, Japan
Social Media: Facebook
International Forum: After School After Party
Daum Cafe: After School (Korean SS# required)

Stage Name: Raina (레이나)
Real Name: Oh Hye Rin (오혜린)
Position: Main Vocalist  Rapper, Visual and Leader
Date of Birth: May 7, 1989 (Age 23)
Hometown: Ulsan, South-Korea
Height: 166 cm
Weight: 46 kg
Blood Type: B
Star Sign: Taurus
Zodiac Sign: Snake
Siblings: Older brother
Religion: Christian
Languages: Korean (Fluent), Japanese (Basics)
Social Media: TwitterCyworldme2dayGoogle+
Unofficial Fanclub Name: Raindears
Misc. Information:- Former JYP Entertainment trainee.
- Went to the same high school as 2AM’s Jo Kwon.
- Attends Howon University.
- She auditioned for ‘Superstar K’, singing Chris Brown’s “Run It”.
- She was a barista at The Coffee Bean & Tea Leaf.
- She wrote the lyrics for Orange Caramel’s “Still…” and “Standing In This Place” and for After School’s “Love Love Love” and “Timeless”.
Other Activities:- [2011] Duet with Kan Jong Wook “Even After A Day”.
- [2012] Solo “Self-Luminous” (OST for drama ‘Sunshine Girl’).

Stage Name: Nana (나나)
Real Name: Im Jin Ah (임진아)
Position: Lead Rapper and Vocalist
Date of Birth: September 14, 1991 (Age 20)
Hometown: Cheongju-si, Chungcheongbuk-do, South-Korea
Height: 171 cm
Weight: 48 kg
Blood Type: A
Star Sign: Virgo
Zodiac Sign: Goat
Pets: Happy (dog)
Religion: Christian
Languages: Korean (Fluent), Japanese (Basics)
Social Media: me2dayGoogle+
Unofficial Fanclub Name: BaNanas
International Forum: NanaPlayz
Misc. Information:- Attended Cheongju Ochang High School and Beauty School at Seoul Arts College.
- She’s a licensed make-up artist and beautician.
Other Activities:- [2009] Participated in the 2009 Asia Pacific Super Model Contest.
- [2010] Starred in Eru’s “White Tears” MV.
- [2010] Starred in Honey Dew’s “Like A Fool” MV.

Stage Name: Lizzy (리지)
Real Name: Park Soo Young (박수영)
Position: Main Rapper and Lead Vocalist
Date of Birth: July 31, 1992 (Age 20)
Hometown: Busan, South-Korea
Height: 168 cm
Weight: 46 kg
Blood Type: A
Star Sign: Leo
Zodiac Sign: Monkey
Religion: Christian
Instruments: Piano
Languages: Korean (Fluent), Japanese (Basics)
Social Media: TwitterCyworldme2dayGoogle+
Unofficial Fanclub Name: Lizbians
Misc. Information:- Attends Kyunghee University along with E-Young, she’s majoring in composition.
Other Activities:- [2009] She was a back-up dancer for Son Dambi’s “Saturday Night”.
- [2010] Starred in Teen Top’s “Clap” MV.
- [2010] Was a fixed cast member of variety show ‘Running Man’.
- [2011] Starred in sitcom “All My Love” as Park Soon Duk.
- [2011] Solo “Beautiful Girl” (OST for sitcom ‘All My Love’).




Monday, 8 April 2013

15 N.G -BAB 1-

8/4/13

“ehhh.. pelajar baru,” Syikin menunding jari ke arah seorang pelajar perempuan yang berdiri di tepi pintu dorm 3 Bestari 1. “hello! Kita pun pelajar baru. Kau tu 1 minggu kat sini jangan nak perasan senior lah!” Kira menjerit. “what everlah.. Selamat datang ke Sekolah Menengah Ayer Dalam!! Khas untuk perempuan yang cool sahaja..” Is menjongket kening.

            “hai.. nama saya Ikin,” dia tersenyum. “aku Syikin. Tak yah lah main saya awak. Main aku kau boleh?” dengan selamba Syikin menyoal. Berkerut dahi Ikin dibuatnya. “o..key! aku tak kisah!” Ikin tersenyum nipis.
            “betul kau tak kisah?” Adira menyampuk. Ikin mengangguk laju. Dia melangkah masuk ke dalam dorm sambil menarik begnya yang penuh dengan baju. “hish.. tak sayang beg ke apa?” Is membisik ke telinga Adira. Adira hanya menjongke t baju. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil.

            Ikin mengambil katil yang berada di hujung sekali. Katil jenis single. “dalam dorm ni ada 30 orang. Great! Boleh buat bising. Yeyeyye..” Ila membuat gaya bermain gitar. “hish.. masalah mental betullah 14 orang budak ni!” seorang pelajar perempuan merungut.

            Ya! Saya lupa nak bagi tahu. Ada 14 pelajar yang memang suka buat hal dekat Sekolah Menengah Ayer Dalam tersebut. Orang itu ialah:

1) Syikin (KETUA) – Nur Rasyikin
2) Adira (PENOLONG) – Siti Nur Adira
3) Ila (SETIUSAHA) – Wan Nur Nabila Imanis
4) Is (BENDAHARI) – Syanira Islamiah
5) Kira (AJK SAKAT ORANG) – Syakira Nur Syafina
6) Nikita (AJK TULIS SURAT) – Puteri Nur Amelin
7) Siti (AJK PERAH OTAK UNTUK TULIS SURAT) – Siti Raudah
8) Syafikah (AJK CARI GOSSIP 1) – Noor Syafikah Diana
7) Wina (AJK CARI GOSSIP 2) - Syafwina
8) Jaja  (AJK FIKIRKAN AYAT BEST-BEST) – Nur Ain Syaza
9) Shiela – Tengku Nor Shiela Ismaliza
10) Manohara – Meme Manohara
11) Eyin – Puteri Cenetott Eyin
12) Elly  (AJAK SEDIAKAN BARANG) - Putriy Elly Maisira
13) Aflin – Farah Aflina
14) Faz – Fazura Hazura
15) Ikin – Siti Nur Puteri *dicadangkan akan dimasukkan ke dalam kumpula tersebut oleh Syikin
           
            ****
DI DALAM KELAS 3 CEKAL

            Adira mengangguk laju mendengar cadangan Kira untuk menyakat orang. “kita sakat Mimi?” kening Kira dijongket. “Mimi? Idea bagus tapi nak buat cam ne? cerciter,” Syikin menyoal.

            “Mimi kuat makan kan? Apa kata kita letak racun?” tangan Kira digosok sambil ketawa jahat. “kau ni gila ke crazy ah? Nak letak racun rumput atau tikus?” dalam keadaan marah, Syikin mampu membuat jenaka.

            Kira ketawa kecil. “itu racun membunuh! Tak nak aku masuk lokap. Letak ubat cirit birit. Nanti mesti dia kuruskan?” Kira berkata. “owwh.. but, kita nak ambil dekat mana racun cirit-birit tu? Dekat kedai mamak mana?” soal Manohara.

            “KEJAP!!!” tiba-tiba Is menjerit nyaring. 14 orang pelajar itu memandang pelik ke arah Is. “selama ni kita buat jahat, tak ada nama geng ke? Tak ada class,” Is tersenyum lebar. Seronok apabila melihat muka rakan-rakannya sudah mula merah. Mungkin marah.

            Syikin mengeluh kecil. “betul tu. Kita bagi Great Girls?” Syikin menyoal. “no. Jahat Girls baru ok,” Is memberi cadangan. “ahh.. semuanya tak ada class. Meh aku bagi cadangan! Oleh disebabkan perangai korang ni nakal, aku bagi nama Naughty Girls. 15 Naughty Girls a.k.a 15 N.G. orait?” Ikin menyampuk. “weh! Kau pun nakal! Apa korang-korang? Aku kelepuk karang,” marah Syafikah.

            “dahlah.. tapi, bunyinya best! Lepas tu ada kelas. Ok, 15 N.G nama geng kita. Sapa tak setuju boleh blahh..” tangan Syikin digerakkan seperti menghalau orang keluar dari rumah.

            15 N.G mengangguk serentak. “okey..okey.. sekarang ni kita kena fikir kat mana nak cari ubat cirit-birit boleh tak? Soal Kira sambil mendagu. Dia menguap gedik. “ha!! Kita seludup masuklah,” jari telunjuk Manohara  diangkat. Matanya berkelip-kelip.

            “hoi.. kau ingat ni nak seludup mercun di hari raya ke ah?” soal Adira. Cepat-cepat kepala Manohara digelengkan. Namun dia tidak mengendahkan usikan Adira, penolong ketua 15 N.G  “bukan.. nanti aku minta Pak Jib tolong hantarkan,” Manohara menjongket kening dua kali.

            Berkerut dahi Adira dibuatnya. “kalau Pak Jib Tanya?” “hish kau ni. Penakut! Jaja!” jerit Manohara. Jaja yang sedang enak tidur di dalam kelas berlapikkan lengan dibuat bantal terkejut. Memang dasar pemalas! Tidur dalam kelas? Orang lain sibuk nak dapat 8A PMR, dia nak dapat 8E PMR! Aiyoo..

            Tudung bewarna putih dibetulkan supaya Nampak lebih kemas. Jaja memalingkan mukanya ke arah rakan-rakannya. “siapa yang jerit sampai menggegar dunia ah?” soalnya sambil bercekak pinggang. “pemalas betullah kau ni Jaja! Niha, nak Tanya macam mana nak buat ayat best untuk tipu orang dalam projek RACUN CIRIT BIRIT UNTUK MIMI?” Manohara menyoal.

            “ha? Aku tak ngerti si..” dengan lagak suara indon, Jaja membuat jenaka. “mak cik ni. Aku kasi karang! Bukan.. kitorang bercadang nak kenakan Mimi. Nak letak racun cirit birit. And then, kitorang bercadang nak seludup ubat tu daripada Pak Jib, pembantu rumah Manohara! So, contohlah kalau dia Tanya buat apa dengan ubat tu.. kitorang nak jawab apa? Ni nak Tanya otak cap kancil kau ni!” dengan panjang seperti karangan bahasa melayu, Eyin memberitahu.

            Jaja mengangguk sambil mulutnya terlopong. Nasib baik tak masuk lalat! “korang cakap lah nak buat projek dekat binatang ke hape,” “Jaja, kita tak belajar lagilah bab-bab projek binatang ni! And, I ni pencinta binatang,” Manohara berpeluk tubuh. “I?? I love u, u Love Me! This is not Bunny sing.. lalala..” sempat lagi Ila menyanyi lagu rekaan sendiri!

            Jaja memicit dahi persis orang sedang berfikir dengan serius. Alah, setakat nak fikir kenakan orang memang diorang ni laju je.. tapi, bab-bab nak jadi budak pandai ni, diorang slow macam siput sedut!

            “ha! Apa kata kau bagi tahu Pak Jib yang Eyin nak cuba rasa bagaimana rasanya orang sakit cirit birit! Eksperimen sains edisi terbaru!” entah dari mana idea gila yang boleh Jaja kongsi. Entah otak alien mana yang dia rembat masuk dalam otak dia tu? Ya Allah! Orang gila pun takkan fikirlah nak bagi idea macam tu. Banyangkanlah, ada ke orang nak rasa bagaimana sengsaranya sakit perut akibat cirit-birit. Ada ke? Ada ke? Tak adakan? Hehe..

            Mata Eyin dibuntang luas. “asal aku? Asal tak kau je?!”bahu Jaja dicubit kuat oleh Eyin. Terpaksalah Jaja menahan kesakitan tersebut. “alah.. bukannya betul-betul kau nak pi makan ubat tukan?” kening Jaja dijongket tinggi. Akhirnya Eyin mengalah. “selesai, esok aku ngan Jaja akan ke pondok telefon sekolah. Senyum sikit! CITT!!” Manohara tersengih sehingga menampakkan giginya yang putih bersih. Blink..blink!!
            **********
            Gagang pondok telefon tersebut diletak ditempatnya. Manohara mengangguk menandakan rancangan untuk menyeludup masuk ubat a.k.a racun cirit birit Berjaya. “now, kita tunggu dulu kat sini. Lagi 10 minit Pak Jib sampai,” Manohara menegakkan sepuluh jarinya.

10 MINIT BERLALU..

            Kereta jenama INNOVA bewarna putih muncul. Kereta tersebut parking di luar kawasan sekolah. Manohara dan Jaja berjalan jengket-jengket melepasi kawasan di mana Pak Guard selalu melepak. “weh.. memang dasar Pak Guard pemalas! Gaji buta!!” Jaja berbisik ke telinga Manohara. Mereka berdua ketawa kecil.

            Pak Jib menyerahkan palstik kepada Manohara. “thanks Pak Jib! Gaji Pak Jib saya tambah RM100 ye?” “okey..” Pak Jib mengangguk sebelum berlalu pergi.

            Apabila dapat sahaja barang yang diperlukan, mereka berdua berlari anak ke arah kantin sekolah.”aku dapat dah..” Manohara menunjukkan plastic beg bewarna putih itu kepada geng 15 N.G. “great! Esok kita jalankan misi. Hehe..” Syikin menggosok tangan.

            “weh.. tengok ni, 15 orang pelajar nakal. Masuk rekod disiplin pun layak ni!” seorang pelajar senior tingkatan 5 berkata dengan nada normal. Mampu didengari oleh oleh kumpulan tersebut. Syikin menjeling ke arah pelajar itu. Dia mengeluarkan katak mainan dari dalam poketnya seraya dicampakkan betul-betul di hadapan dua orang pelajar perempuan itu.

            “AAA!!! Katak! Helppppp..” pelajar perempuan bernama Arissa menjerit sambil terlompat-lompat. Habis kecoh satu kantin dibuatnya.  Cepat-cepat Syikin mengambil katak mainan seraya dimasukkan ke dalam poketnya.

            15 N.G berlari masuk ke dalam kelas sambil ketawa terkekek-kekek. “ahaha.. tulah, main-main sangat dengan geng 15 Naughty Girl kan?” Faz menyoal sambil tergelak kecil. “yap.. tidak kenal siapa kita. Pelajar paling cool!” ibu jari Adira diangkat sambil mengenyitkan mata kanannya.

            “pelajar gedik vs pelajar cool? Ehehe.. kitalah menang!” Eyin mengenggam penumbuk comelnya. Adira berpeluk tubuh sambil mengangguk laju. “tapikan, kita ni baru 2 minggu sekolah dah macam 2 tahun kenal! Kan..kan? masa aku ngan Si Manohara ni pun tak cakap aku kau awal-awal jumpa.”

            “aahh.. yang penting kita punya plan menjadi untuk kenakan Mimi!” Faz menjongket kening lebatnya sambil tersengih girang. 15 N.G ketawa terkekek-kekek. Huh! Memang 15 kembar tidak seiras! Sama-sama nakal, sama-sama IQ tahap udang! “ehem.. 15 orang pelajar ni tak boleh diam ke? Gelak mengalahkan Pontianak tahu?” ketua kelas, Nabila 
membuntangkan mata.  “alamak.. hantu garang sudah datang,” dengan selamba, Wina mengejek Nabila. Langsung tidak ada rasa hormat! Kalau disenaraikan kelakuan mereka ni dalam buku nota, belum tentu cukup sebuah! Kena ada berates buku nota. Teruk! Aiyaaa..

            Nabila mengetap bibir. “Adira, Syikin dan Nikita. Kenapa duduk di atas meja? Duduklah di atas kerusi. Tak baik duduk atas meja..” kata Nabila lembut. Dia cuba bersabar dengan karenah 15 N.G. tiga sekawan itu turun dari atas meja. Amboi.. dalam sejarah mereka mengikut kata. Hahaa.. tulis dalam buku nota ni baru satu muka surat kebaikan mereka. Bagus!

            “sekejap lagi bahasa apa?” soal Faz. “entah.. BM, BI ikut saja. Tapi kalau cikgu tak masuk aku suka ria oh!” Syikin mula membuat lagu sendiri. Siap memegang batang penyapu untuk dibuat mikrofon. Cita-cita yang terpendam. Hish..hish.. “kau nak jadi penyanyi eh? Ingatkan perosak Negara!” gurau Adira.

            “perosak Negara ke, perosak negeri ke.. tu bukan cita-cita aku. Cita-cita kau setinggi Gunung Kinabalu! Aku nak jadi seorang.. ah! Rahsia maaa..” Syikin menggelengkan kepalanya. Batang penyapu yang memang dah tinggal batang sahaja tu diletak. Memang pelajar sekolah ni ganas betoi lah!

            “assalamualaikum..” Puan Rozita memberi salam sambil tersenyum manis.  Murid-murid kelas 3 CEKAL menjawab salam. “hari ni cikgu ganti kelas Cikgu Amri. So, kita nak buat apa ye?” soal Puan Rozita. “tidur..” selamba Syikin memberi cadangan. “pemalas!” Jaja memukul bahu Syikin. Ambik kau!

            Puan Rozita menggelengkan kepala. “okeylah, cikgu beri kamu kebebasan. Tapi jangan bising dan jangan keluar dari kelas! Duduk tempat masing-masing ye?” kata Puan Rozita seraya duduk di atas kerusi.

            “kebasan apakah itu?” Ikin menyoal Shiela. “itu namanya kebebasan dalam penjara! Bebas tapi bukan bebas seperti burung. Ish..ish..ish.. cikgu ni memang tak belajat kot maksud bebas,” Sheila menggelengkan kepalanya. Budak-budak ni, senang hati je pergi kutuk cikgu! Kata tak belajarlah apalah. Diorang tu? Lebih sudu dari kuah!

           “tul..” Ikin mengangguk laju. Siap mengangkat ibu jari lagi. “apa yang awak berdua bualakan tu?” Puan Rozita menyoal. Terkejut dibuatnya Ikin dan Shiela. Cepat-cepat mereka berdua mengeluarkan buku matematik dan berpura-pura bertanyakan soalan. Padahal dua-dua tak pandai MT! asyik B je.. itupun nasib baik B! kalau D? memanglah..