Tuesday, 23 April 2013

15 N.G -BAB 3-

Syikin menjeling Adira. Mulut mereka berdua muncung tidak terkata. Baldi yang berisikan air ditenung lama-lama. “apa lagi? Cuci jangan tak cuci,” Puan Sufiah, guru besar sekolah bercekak pinggang. “kau nye pasal lah ni! Tak pasal-pasal kena denda tandas angkat,” Adira menuduh Syikin.

Flash back..

            Selepas solat Zohor, 15 N.G terus masuk ke dorm. Selepas itu baring di atas katil dengan selesa tidak terkata. “jom pergi lepak!” ajak Syikin. “where?” soal Adira kepada Syikin.

            “dibawah pokok yang rendah di sini. Tuha.. bawah pokok sana tu!” jari telunjuk Syikin ditujukan ke arah sebatang pokok yang boleh dikatakan rendang. Pemandangan yang cukup indah sebab siap ada set sekali dengan batu-batu kecil di sekeliling. Cantik keebbaaaboom!!

            “gila ke? Tukan kawasan larangan,” Eyin cuba mengingatkan ketuanya yang bernama Syikin. “alah. Bukan ada cikgu pun! Sapa nak ikut?” soal Syikin. Dia mengangkat tangan. Akhirnya 15 orang pelajar itu bersetuju mahu bersantai di situ.

            15 N.G bergerak ke sana sambil bernanyi. “duduk!” Syikin melabuhkan pungguhnya di tepi pokok. 14 rakannya turut serta.

            Tidak sampai 10 minit mereka berbual, datang satu suara yang cukup menakutkan. “amboi.. sedap duduk? Inikan kawasan larangan! Bangun!” Puan Sufiah bercekak pinggang. Satu per satu muka ditenung. “ohh.. sedap duduk ye? Sedapkan? Sekarang ada kerja yang korang kena buat! Tandas angkat selama 1 minggu! Cikgu tahu ini kesalahan ringan tapi, kawasan ini tempat yang dilarang. Faham? Esok tandas angkat!!” Puan Sufiah mengarah.

            Laju sahaja 15 N.G berlari kedorm. Tidak sanggup bertentang mata dengan guru besar sekolah.
            ************
            Faz mengambil mop seraya mengemop lantai. “mmrr.. ni ramai sangat 15 orang. Yang lagi 8, pergi tingkat atas,” arah Puan Sufiah. Eyin, Siti, Syafikah, Aflin, Nikita, Elly, Shiela dan Ikin naik ke tingkat atas dengan lagak lemah longlai.

DI TINGKAT BAWAH…

            “owhh tandas.. engkaulah jejaka idaman! Akulah yang paling tak menanti! Busuk sekali..” Faz menyanyi sambil mengemop lantai. Hujung batang mop dibuat mikrofon. Baru ada gaya! “sakitnyalah hati ni! Gerammm..” Adira menyental sinki dengan penuh kegeraman. Bibir ditetap menahan marah.

            “alah beb.. relax ah!” Syikin berkata selamba. Tidak sedar ini semua salah dia! “Syikin, ni sume kau punya pasallah,” “aku pulak Adira! Kau yang ikut tu asal? Ada aku suruh?” Syikin membalas. Tidak puas hati.

            Kedua-dua belah tangan Faz diangkat tinggi menandakan mereka berdua berhenti bertekak. “weh! Jangan gadoh lah. 15 N.G kalau gaduh mana boleh. Sebab nanti sekolah ni tak cool!” Faz cuba menenangkan keadaan. Siap bagi notis yang sekolah ni kalau tak wujud geng 15 N.G tak cool! Hai.. kalau korang tak ada rasanya aman dunia ye?! “uhuks! Fikrah Ilmukah?” sindir Kira.

            “Fikrah Ilmu? Boleh ganti Ustaz Malek. Ehemm..ehemm..” Syikin berdehem untuk melapangkan tekak. Wah! Nampaknya Adira dan Syikin sudah berbaik semula. Give me 4 yah? Haha! Bijak sungguh Faz. Fikrah Ilmu pun bolehlah.. tapi! Fikrah Ilmu dalam tandas? Tak baik maa..

            Adira ketawa terkekek-kekek. Rasa ingin pecah perut dibuatnya. “Ustazah Syikin? Wow! Glamour lah geng kita,” Wina tersenyum jahat. Syikin ketawa kecil Ustazah Syikin pun sedap juga bunyinya.

            “sudah! Ustazah Syikin ke ustazah apa ke, buat kerja!” Puan Sufiah yang baru tiba ke tandas itu bercekak pinggang. Wina, Faz, Adira, Syikin, Kira, Manohara, Is dan Ila berlari mengambil barang masing-masing. Ha! Nilah Fikrah Ilmu! Ehemm…ehemm..

            Selepas itu, Puan Sufiah berlalu pergi. Mungkin mahu memerhatikan pelajar yang lain sibuk beriadah di padang. “syukur! Tak perlu aku bersusah-payah berpeluh hendak beriadah. Dalam ni pun berpeluh,” Kira tersengih. Iklan kayu sugi. Ngeee~

            Kepala Kira ditolak oleh Manohara. “ngek! Aku ni punyalah benci tandas mangkok! Kau bersenang dengan buat iklan gigi tulah?! Aku kasi buku lima karang,” Manohara menunjukkan buku limanya. Besar! :P

            “tandas.. yang indah! Melingkari, suasana,” Ila, seperti biasa mula bernanyi. Memang hobinya ketika bosan. Bosan..bosan.. o owh! (KOSONG).

            Faz pula sedang sibuk menyental segala bakteria-bakteria yang berada di sinki itu. Wina sedang mengelap cermin. Ila dan Manohara mengemop lantai. Adira, Kira dan Syikin cuci mangkuk tandas tu! Is? Hehe.. dia tukang bersihkan dinding kotor. Cobaann kau 15 N.G!
            ****************
Di TINGKAT 2..

            “Apple Fresh?” soal Elly sambil mengangkat botol bewarna unggu. “ha?! Apple Fresh? Nak air?” gurau Eyin. Botol bewarna unggu itu dicapai dengan ganas lagi hebat! Tak padan dengan badannya yang kecil itu.

            “berus jamban dengan berus mangkuk?” soal Aflin sambil memerhatikan di setiap sudut. Mencari berus tersebut. Baju pendidikan jasmani dilipat sehingga ke siku. Seluar sukan juga dilipat sehingga paras betis. Apa ku kesah? Bukannya ada lelaki. Kalau ada lelaki yang mengintai pun, aku kasi smack down!

            Tiba-tiba, 2 berus dibaling tepat ke muka Aflin. Kelihatan, Shiela sedang ketawa dengan nada yang kuat sambil mengemop lantai. “jahanam punya kawan! Nasib baik kau kawan. Haha..” ceh! Tak ada perasaan marah langsung Si Aflin ni. Bagus.. itulah kawankan?

            “ambil baldi. Isi dengan air,” arah Eyin. Lagak seperti ketua. Padahal kecil Cenetott! “ambil Apple Fresh. Tak pun Ajax Fabuloso. Harumnya tandas..” belum dimop lantai pun sudah dikata harum si Elly ni? Demam panas ke ada masalah sumbat hidung?

            “harum.. owh! Di sana Ajax Fabuloso,” jari telunjuk runcing Aflin ditutukan ke arah botol yang berada di bawah sinki. Nikita duduk mencangkung untuk mengambil Ajax Fabuloso. “Apple Fresh?” soal Elly. “kau ni tak habis-habis dengan Apple Fresh! Diam!” jari telunjuk Siti diletakkan ke mulut.

            “Jom start mop! Yuppy!” Siti berjoget sekejap. SEHATI BERDANSA!! Uyeeehhh…
            ******************
            “assalamualaikum!” Syikin memberi salam dengan nada yang agak kuat. Biar 1 kelas 3 Cekal dengar! “waalaikumussalam!” jawab semua murid kelas 3 Cekal hampir serentak. 15 N.G tersengih selepas menjawab salam yang memang wajib dijawab.

            Syikin berjalan ala-ala stylo menuju ke tempat duduknya. “perhatian kepada semua pelajar.. sila ke tapak perhimpunan sekarang juga!” kedengaran suara Kak Bad, ketua Extima.

            “Eyin, Elly, bila semua dah keluar, kau letak surat ni di bawah meja Izz tau?” Nikita menyerahkan surat yang bersampulan surat bewarna unggu. Siap sembur perfume wangi yang wangi lagi. “okie dokie!” Elly membuat tabik hormat.

            Selepas semua kelas kosong dan lengang, Elly meletakkan surat tersebut di bawah meja Izz. Ok, siap! Sekarang jom blah!

DI TAPAK PERHIMPUNAN..

            “shhh.. tengok tu! Semua pengawas perasan sudah jelling-jeling kepada kita yang cool ni! Ahaha..” Adira ketawa kecil. “haah! Tak payah jadi pengawas garang. Kita sudah popular an?” kening Syikin dijongket dua kali.

            “15 N.G! diam atau saya catat nama kamu semua,” Cik Sofie, ketua pengawas yang diberi gelaran CIK sudah membuntangkan matanya. Ehh.. asal tak bagi Datin ke, Dato’ ke. Kan? Ni bagi Cik!

            “tulislah owh..” dengan nada yang rendah, Ila bernyanyi. Hanya boleh didengari oleh Faz dan Ikin sahaja. “shh.. Cikgu Jenal sudah sampai! Cikgu mikrofon!” Aflin mengingatkan rakan-rakannya.

            “assalamualaikum semua.. berdirinya saya di sini bukan untuk membebel panjang, tapi untuk memberi ceramah. Tidak lama lagi ujian PMR dan SPM akan sampai. Jadi..” Cikgu Jenal atau nama sebanarnya, Cikgu Zainal sudah mula memberi ceramah yang membuatkan murid-murid menguap di pagi hari.

            Adira sudah pun berbaring di perhimpunan. Peha Syikin dijadikan bantal. Baju kurung putih itu dibiarkan kotor. Janji matanya enak diulik mimpi. Maka, tidurlah Aidra. Tidak kisah dengan jelingan ganas Cik Sofie. Hendak dipijak perut Adira, nanti ditahan polis pula. Lagipun, pengawas dan guru disiplin dah muak dengan nama 15 N.G! biarlah mereka buat masalah disiplin pun. Janji otak cap kancil!

           Faz pula mengeluarkan game Sudoku dan mainlah dengan seronoknya. Game Sudoku tu ala-ala macam PSP lah juga. Cuma ianya bewarna putih. Game Sudoku tu dia pinjam daripada guru Matematik. Suka! Ila mengeluarkan lirik lagu dari poketnya seraya dinyanyikan bersama Ikin.

`           yang lain pun sama. Ada yang dah terbaring di tapak perhimpunan sehingga mengambil ruang tempat duduk pelajar tingkatan 2! Hish3..

            “yang 15 orang kat belakang tu! Apa yang korang buat? Tak Nampak saya tengah berucap ni? Kamu semuakan nak PMR dah nanti?” Cikgu Jenal menjengkelkan matanya memandang tepat ke arah 15 N.G.

            Dengan lagak selamba, 15 orang pelajar tidak menghiraukan keadaan. Faz pula semakin seronok bermain Game Sudoku. “15 orang pelajar ni saya bawak ke bilik kaunseling nak?” soal Cik Sofie yang berada di sebelah mereka semua.

            Masing-masing menggelengkan kepala. Memang bilik kaunselinglah yang paling menakutkan bagi mereka. Mereka puan pernah dengar orang cakap yang bilik kaunseling ni ceri semacam! Ada tu ada ni.. tapi, dalam otak mereka, sudah set yang bilik kaunseling seperti penjara sekolah!  “jadi, simpan semua game. Bangun daripada tidur dan duduk elok-elok,” Cik Sofie bersuara lembut. Maklumlah kakak tingkatan  6 kan? Muka bukan main control! Ayu semacam. Tadi bukan main muka mengalahkan harimau betina kepalaran!

            “aduh, malasnya nak dengar Cikgu Jenal beri ceramah. 20 minit dihabiskan! Kalau aku, dah lama aku tidur woi..” bebel Aflin. Mulutnya mucung semacam. “relaxlah Aflin! Ceramah tu pun bukan masuk otak kita pun. Sekarang je, nanti masuk kelas.. blurr..” kata Siti sambil tersengih. Sempoi…

1 JAM KEMUDIAN..

            “yes! Masuk kelas.. assalamualaikum kelas!” Syikin memberi salam. Hanya beberapa orang yang dengar. Yang lain sibuk dengan hal masing-masing. Memang masalah betullah pelajar sekolah ni! Terutama 15 N.G! entah berapa banyaklah disiplin rekod diorang agaknya ya?

            “amboi Cik Ila, mebaca Nampak?” usik Syafikah. “tu bukan baca buku. Baca lirik lagu! Oh! Girls Generation,” sampuk Siti. Siap melayangkan beberapa helai kertas kepada Syafikah. “wow! Lagu Korea je belambak mak cik Ila ni,” “of course Pikah. Akukan peminat setia korea. Ngee~” Ila tersengih membariskan giginya yang putih bersih. Seperti bayi yang baru tumbuh 1 gigi.

            “Ila ni kau jangan puji Pikah. Pujilah Ikin ya?” Siti menunjukkan ke arah Ikin yang sedang bertungkus-lumus membaca buku sabjek Sejarah. PMR nak dekat dah deee.. “aku tak kisahlah PMR dapat berapa. Janji kerja gaji banyak!” Syafikah membuat muka selamba.

            PAP! Syikin memetik jari. “sasaran tepat!” katanya. “what?” kening Adira diangkat. Datang-datang SASARAN TEPAT. Bagilah penjelasan yang terang lagi bersuluh! “Izz..” Syikin menjeling Adira. Mulutnya dijuih ke arah Izz yang sedang membaca surat. Surat dari 15 N.G tentunya! Bukannya dari lelaki pujaan Malaya. Siapa? Sudah tentulah Zul!

            Selepas membaca surat itu, Izz menegur sahabat karibnya yang gedik sama dengannya, Fiona. “Oh My God! Its true?” soal Fiona. “yes! Tengok surat ni. Ish! Tak sangka Zul minat dekat I,” Izz membetulkan rambutnya.

            Tanpa disedari, 15 N.G sibuk bergelak ketawa dekan belakang kelas. Kena sudah.. “bagus! Biar SI Izz ni perasan sorang-sorang. Kita biar je..” Nikita berkata. Laju 15 N.G mengangguk kepala. Sukalah tu.. “wehh.. hari ni tak belajar ke?” tangan Ikin diangkat. “tak.. cikgu ada misimuarat,” perkataan MESYUARAT sengaja diputar belitkan oleh Jaja. “hehehe.. bagus! Tak belajarlah kita sampai rehat. Alhamdulillah,” Wina mengangkat tangan.

            “mangkok! Yang kau pi bersyukur tu asal? Aku ni risau PMR nak menjelang tiba,” mata Ikin dibuntangkan. “what ever..” balas Wina. Siap menyit mata lagi.
TANDAS ANGKAT SIRI KEDUA..

            “ni dah hari kedua kita kena denda makk..” Syikin merungut. Span sinki hanya dipandang mentah-mentah. Nasib baik cik puan besar tak ada hari ni. Kalau tak, Syikin terpaksa mencemar duli memegang span sinki bewarna kuning. “spongebob! Kenapalah kau wujud?” soal Adira sambil memandang kosong span yang bewarna kuning.

            “ish..ish..ish.. jangan salahkan spongebob! Tak baik tau. Aku rindu Facebook,” mop lantai dilepaskan. PAM! Jatuh. Bunyilah batang dia tu jatuh. Tak tahu nak buat bunyi macam mana. PAM PIM PUM or DAM DIM DUM! Okey fine.. korang think sendiri yap?

            “Facebook? Aku rindu blog,” rungut Is. Memang gadis gila Blogger! “sumpah, selepas 7 hari aku bersih tandas, dah tak mahu buat benda nakal dah,” Is menyambung dengan mengangkat sumpah. “nanti kau menyesal tiada gunaaa…” tiba-tiba, Ila menyanyikan lagu ANAK KAMPUNG.

            “menyesal? Buat faedah apa aku nak menyesalnya?” soal Is sambil bercekak pinggang. “nothing Is. Dahlah, jom jadi Gadis Cuci dalam tandas!” Ila berjoget sambil memegang mop. Jap! Teringat pulak cerita Gadis Cuci yang dilakonkan oleh Fara Fauzana. Hehe..

            Is masuk ke dalam tandas untuk membersihkan mangkok jamban. Owh.. simpang malaikat 44 lah aku nak bersihkan! Rungut Is.

            “lepas kita kena tandas angkat, kita nak buat kejadah apa pulak ye?” soal Syikin. Langsung tidak menyesal dengan kesalahan yang dibuat. “masa prep kita duduk dalam bilik kesihatan nak?” soal Adira. Dia duduk di atas sinki. “bila?” soal Manohara pula. “lepas selesai sesi denda ni. Hehe..” Adira tersengih.

            Is mengangkat tangan. “woo… tak menyesal ke?” soal Is. Dia tidak sanggup dah kena denda! “kalau kau takut, podaaahhh dari group ni,” Syikin membuat gaya menghalau. “tak mahu! Aku sayang group ni! Lagipun korang BF till Jannah!” Is menggelengkan kepalanya dengan laju sekali. Tidak rela.

            “great! Jadi, nanti kita pergi bilik kesihatan ya?” soal Adira kepada Syikin. “15 orang sekaligus?” soal Is kembali. “nop! Kita masuk 5 orang je satu hari.. okey?” Adira memberi cadangan. “aku on!” Manohara mengangkat tangan.

            “nanti kita bincang dengan yang lain. Ngee~” Syikin tersengih.
            ******

1 comment:

Mummy MM said...

Menariknya cite nie (^_^)