Monday, 8 April 2013

15 N.G -BAB 1-

8/4/13

“ehhh.. pelajar baru,” Syikin menunding jari ke arah seorang pelajar perempuan yang berdiri di tepi pintu dorm 3 Bestari 1. “hello! Kita pun pelajar baru. Kau tu 1 minggu kat sini jangan nak perasan senior lah!” Kira menjerit. “what everlah.. Selamat datang ke Sekolah Menengah Ayer Dalam!! Khas untuk perempuan yang cool sahaja..” Is menjongket kening.

            “hai.. nama saya Ikin,” dia tersenyum. “aku Syikin. Tak yah lah main saya awak. Main aku kau boleh?” dengan selamba Syikin menyoal. Berkerut dahi Ikin dibuatnya. “o..key! aku tak kisah!” Ikin tersenyum nipis.
            “betul kau tak kisah?” Adira menyampuk. Ikin mengangguk laju. Dia melangkah masuk ke dalam dorm sambil menarik begnya yang penuh dengan baju. “hish.. tak sayang beg ke apa?” Is membisik ke telinga Adira. Adira hanya menjongke t baju. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil.

            Ikin mengambil katil yang berada di hujung sekali. Katil jenis single. “dalam dorm ni ada 30 orang. Great! Boleh buat bising. Yeyeyye..” Ila membuat gaya bermain gitar. “hish.. masalah mental betullah 14 orang budak ni!” seorang pelajar perempuan merungut.

            Ya! Saya lupa nak bagi tahu. Ada 14 pelajar yang memang suka buat hal dekat Sekolah Menengah Ayer Dalam tersebut. Orang itu ialah:

1) Syikin (KETUA) – Nur Rasyikin
2) Adira (PENOLONG) – Siti Nur Adira
3) Ila (SETIUSAHA) – Wan Nur Nabila Imanis
4) Is (BENDAHARI) – Syanira Islamiah
5) Kira (AJK SAKAT ORANG) – Syakira Nur Syafina
6) Nikita (AJK TULIS SURAT) – Puteri Nur Amelin
7) Siti (AJK PERAH OTAK UNTUK TULIS SURAT) – Siti Raudah
8) Syafikah (AJK CARI GOSSIP 1) – Noor Syafikah Diana
7) Wina (AJK CARI GOSSIP 2) - Syafwina
8) Jaja  (AJK FIKIRKAN AYAT BEST-BEST) – Nur Ain Syaza
9) Shiela – Tengku Nor Shiela Ismaliza
10) Manohara – Meme Manohara
11) Eyin – Puteri Cenetott Eyin
12) Elly  (AJAK SEDIAKAN BARANG) - Putriy Elly Maisira
13) Aflin – Farah Aflina
14) Faz – Fazura Hazura
15) Ikin – Siti Nur Puteri *dicadangkan akan dimasukkan ke dalam kumpula tersebut oleh Syikin
           
            ****
DI DALAM KELAS 3 CEKAL

            Adira mengangguk laju mendengar cadangan Kira untuk menyakat orang. “kita sakat Mimi?” kening Kira dijongket. “Mimi? Idea bagus tapi nak buat cam ne? cerciter,” Syikin menyoal.

            “Mimi kuat makan kan? Apa kata kita letak racun?” tangan Kira digosok sambil ketawa jahat. “kau ni gila ke crazy ah? Nak letak racun rumput atau tikus?” dalam keadaan marah, Syikin mampu membuat jenaka.

            Kira ketawa kecil. “itu racun membunuh! Tak nak aku masuk lokap. Letak ubat cirit birit. Nanti mesti dia kuruskan?” Kira berkata. “owwh.. but, kita nak ambil dekat mana racun cirit-birit tu? Dekat kedai mamak mana?” soal Manohara.

            “KEJAP!!!” tiba-tiba Is menjerit nyaring. 14 orang pelajar itu memandang pelik ke arah Is. “selama ni kita buat jahat, tak ada nama geng ke? Tak ada class,” Is tersenyum lebar. Seronok apabila melihat muka rakan-rakannya sudah mula merah. Mungkin marah.

            Syikin mengeluh kecil. “betul tu. Kita bagi Great Girls?” Syikin menyoal. “no. Jahat Girls baru ok,” Is memberi cadangan. “ahh.. semuanya tak ada class. Meh aku bagi cadangan! Oleh disebabkan perangai korang ni nakal, aku bagi nama Naughty Girls. 15 Naughty Girls a.k.a 15 N.G. orait?” Ikin menyampuk. “weh! Kau pun nakal! Apa korang-korang? Aku kelepuk karang,” marah Syafikah.

            “dahlah.. tapi, bunyinya best! Lepas tu ada kelas. Ok, 15 N.G nama geng kita. Sapa tak setuju boleh blahh..” tangan Syikin digerakkan seperti menghalau orang keluar dari rumah.

            15 N.G mengangguk serentak. “okey..okey.. sekarang ni kita kena fikir kat mana nak cari ubat cirit-birit boleh tak? Soal Kira sambil mendagu. Dia menguap gedik. “ha!! Kita seludup masuklah,” jari telunjuk Manohara  diangkat. Matanya berkelip-kelip.

            “hoi.. kau ingat ni nak seludup mercun di hari raya ke ah?” soal Adira. Cepat-cepat kepala Manohara digelengkan. Namun dia tidak mengendahkan usikan Adira, penolong ketua 15 N.G  “bukan.. nanti aku minta Pak Jib tolong hantarkan,” Manohara menjongket kening dua kali.

            Berkerut dahi Adira dibuatnya. “kalau Pak Jib Tanya?” “hish kau ni. Penakut! Jaja!” jerit Manohara. Jaja yang sedang enak tidur di dalam kelas berlapikkan lengan dibuat bantal terkejut. Memang dasar pemalas! Tidur dalam kelas? Orang lain sibuk nak dapat 8A PMR, dia nak dapat 8E PMR! Aiyoo..

            Tudung bewarna putih dibetulkan supaya Nampak lebih kemas. Jaja memalingkan mukanya ke arah rakan-rakannya. “siapa yang jerit sampai menggegar dunia ah?” soalnya sambil bercekak pinggang. “pemalas betullah kau ni Jaja! Niha, nak Tanya macam mana nak buat ayat best untuk tipu orang dalam projek RACUN CIRIT BIRIT UNTUK MIMI?” Manohara menyoal.

            “ha? Aku tak ngerti si..” dengan lagak suara indon, Jaja membuat jenaka. “mak cik ni. Aku kasi karang! Bukan.. kitorang bercadang nak kenakan Mimi. Nak letak racun cirit birit. And then, kitorang bercadang nak seludup ubat tu daripada Pak Jib, pembantu rumah Manohara! So, contohlah kalau dia Tanya buat apa dengan ubat tu.. kitorang nak jawab apa? Ni nak Tanya otak cap kancil kau ni!” dengan panjang seperti karangan bahasa melayu, Eyin memberitahu.

            Jaja mengangguk sambil mulutnya terlopong. Nasib baik tak masuk lalat! “korang cakap lah nak buat projek dekat binatang ke hape,” “Jaja, kita tak belajar lagilah bab-bab projek binatang ni! And, I ni pencinta binatang,” Manohara berpeluk tubuh. “I?? I love u, u Love Me! This is not Bunny sing.. lalala..” sempat lagi Ila menyanyi lagu rekaan sendiri!

            Jaja memicit dahi persis orang sedang berfikir dengan serius. Alah, setakat nak fikir kenakan orang memang diorang ni laju je.. tapi, bab-bab nak jadi budak pandai ni, diorang slow macam siput sedut!

            “ha! Apa kata kau bagi tahu Pak Jib yang Eyin nak cuba rasa bagaimana rasanya orang sakit cirit birit! Eksperimen sains edisi terbaru!” entah dari mana idea gila yang boleh Jaja kongsi. Entah otak alien mana yang dia rembat masuk dalam otak dia tu? Ya Allah! Orang gila pun takkan fikirlah nak bagi idea macam tu. Banyangkanlah, ada ke orang nak rasa bagaimana sengsaranya sakit perut akibat cirit-birit. Ada ke? Ada ke? Tak adakan? Hehe..

            Mata Eyin dibuntang luas. “asal aku? Asal tak kau je?!”bahu Jaja dicubit kuat oleh Eyin. Terpaksalah Jaja menahan kesakitan tersebut. “alah.. bukannya betul-betul kau nak pi makan ubat tukan?” kening Jaja dijongket tinggi. Akhirnya Eyin mengalah. “selesai, esok aku ngan Jaja akan ke pondok telefon sekolah. Senyum sikit! CITT!!” Manohara tersengih sehingga menampakkan giginya yang putih bersih. Blink..blink!!
            **********
            Gagang pondok telefon tersebut diletak ditempatnya. Manohara mengangguk menandakan rancangan untuk menyeludup masuk ubat a.k.a racun cirit birit Berjaya. “now, kita tunggu dulu kat sini. Lagi 10 minit Pak Jib sampai,” Manohara menegakkan sepuluh jarinya.

10 MINIT BERLALU..

            Kereta jenama INNOVA bewarna putih muncul. Kereta tersebut parking di luar kawasan sekolah. Manohara dan Jaja berjalan jengket-jengket melepasi kawasan di mana Pak Guard selalu melepak. “weh.. memang dasar Pak Guard pemalas! Gaji buta!!” Jaja berbisik ke telinga Manohara. Mereka berdua ketawa kecil.

            Pak Jib menyerahkan palstik kepada Manohara. “thanks Pak Jib! Gaji Pak Jib saya tambah RM100 ye?” “okey..” Pak Jib mengangguk sebelum berlalu pergi.

            Apabila dapat sahaja barang yang diperlukan, mereka berdua berlari anak ke arah kantin sekolah.”aku dapat dah..” Manohara menunjukkan plastic beg bewarna putih itu kepada geng 15 N.G. “great! Esok kita jalankan misi. Hehe..” Syikin menggosok tangan.

            “weh.. tengok ni, 15 orang pelajar nakal. Masuk rekod disiplin pun layak ni!” seorang pelajar senior tingkatan 5 berkata dengan nada normal. Mampu didengari oleh oleh kumpulan tersebut. Syikin menjeling ke arah pelajar itu. Dia mengeluarkan katak mainan dari dalam poketnya seraya dicampakkan betul-betul di hadapan dua orang pelajar perempuan itu.

            “AAA!!! Katak! Helppppp..” pelajar perempuan bernama Arissa menjerit sambil terlompat-lompat. Habis kecoh satu kantin dibuatnya.  Cepat-cepat Syikin mengambil katak mainan seraya dimasukkan ke dalam poketnya.

            15 N.G berlari masuk ke dalam kelas sambil ketawa terkekek-kekek. “ahaha.. tulah, main-main sangat dengan geng 15 Naughty Girl kan?” Faz menyoal sambil tergelak kecil. “yap.. tidak kenal siapa kita. Pelajar paling cool!” ibu jari Adira diangkat sambil mengenyitkan mata kanannya.

            “pelajar gedik vs pelajar cool? Ehehe.. kitalah menang!” Eyin mengenggam penumbuk comelnya. Adira berpeluk tubuh sambil mengangguk laju. “tapikan, kita ni baru 2 minggu sekolah dah macam 2 tahun kenal! Kan..kan? masa aku ngan Si Manohara ni pun tak cakap aku kau awal-awal jumpa.”

            “aahh.. yang penting kita punya plan menjadi untuk kenakan Mimi!” Faz menjongket kening lebatnya sambil tersengih girang. 15 N.G ketawa terkekek-kekek. Huh! Memang 15 kembar tidak seiras! Sama-sama nakal, sama-sama IQ tahap udang! “ehem.. 15 orang pelajar ni tak boleh diam ke? Gelak mengalahkan Pontianak tahu?” ketua kelas, Nabila 
membuntangkan mata.  “alamak.. hantu garang sudah datang,” dengan selamba, Wina mengejek Nabila. Langsung tidak ada rasa hormat! Kalau disenaraikan kelakuan mereka ni dalam buku nota, belum tentu cukup sebuah! Kena ada berates buku nota. Teruk! Aiyaaa..

            Nabila mengetap bibir. “Adira, Syikin dan Nikita. Kenapa duduk di atas meja? Duduklah di atas kerusi. Tak baik duduk atas meja..” kata Nabila lembut. Dia cuba bersabar dengan karenah 15 N.G. tiga sekawan itu turun dari atas meja. Amboi.. dalam sejarah mereka mengikut kata. Hahaa.. tulis dalam buku nota ni baru satu muka surat kebaikan mereka. Bagus!

            “sekejap lagi bahasa apa?” soal Faz. “entah.. BM, BI ikut saja. Tapi kalau cikgu tak masuk aku suka ria oh!” Syikin mula membuat lagu sendiri. Siap memegang batang penyapu untuk dibuat mikrofon. Cita-cita yang terpendam. Hish..hish.. “kau nak jadi penyanyi eh? Ingatkan perosak Negara!” gurau Adira.

            “perosak Negara ke, perosak negeri ke.. tu bukan cita-cita aku. Cita-cita kau setinggi Gunung Kinabalu! Aku nak jadi seorang.. ah! Rahsia maaa..” Syikin menggelengkan kepalanya. Batang penyapu yang memang dah tinggal batang sahaja tu diletak. Memang pelajar sekolah ni ganas betoi lah!

            “assalamualaikum..” Puan Rozita memberi salam sambil tersenyum manis.  Murid-murid kelas 3 CEKAL menjawab salam. “hari ni cikgu ganti kelas Cikgu Amri. So, kita nak buat apa ye?” soal Puan Rozita. “tidur..” selamba Syikin memberi cadangan. “pemalas!” Jaja memukul bahu Syikin. Ambik kau!

            Puan Rozita menggelengkan kepala. “okeylah, cikgu beri kamu kebebasan. Tapi jangan bising dan jangan keluar dari kelas! Duduk tempat masing-masing ye?” kata Puan Rozita seraya duduk di atas kerusi.

            “kebasan apakah itu?” Ikin menyoal Shiela. “itu namanya kebebasan dalam penjara! Bebas tapi bukan bebas seperti burung. Ish..ish..ish.. cikgu ni memang tak belajat kot maksud bebas,” Sheila menggelengkan kepalanya. Budak-budak ni, senang hati je pergi kutuk cikgu! Kata tak belajarlah apalah. Diorang tu? Lebih sudu dari kuah!

           “tul..” Ikin mengangguk laju. Siap mengangkat ibu jari lagi. “apa yang awak berdua bualakan tu?” Puan Rozita menyoal. Terkejut dibuatnya Ikin dan Shiela. Cepat-cepat mereka berdua mengeluarkan buku matematik dan berpura-pura bertanyakan soalan. Padahal dua-dua tak pandai MT! asyik B je.. itupun nasib baik B! kalau D? memanglah..