Syikin menjeling Adira. Mulut mereka berdua muncung tidak
terkata. Baldi yang berisikan air ditenung lama-lama. “apa lagi? Cuci jangan
tak cuci,” Puan Sufiah, guru besar sekolah bercekak pinggang. “kau nye pasal lah
ni! Tak pasal-pasal kena denda tandas angkat,” Adira menuduh Syikin.
Flash
back..
Selepas
solat Zohor, 15 N.G terus masuk ke dorm. Selepas itu baring di atas katil
dengan selesa tidak terkata. “jom pergi lepak!” ajak Syikin. “where?” soal Adira kepada Syikin.
“dibawah
pokok yang rendah di sini. Tuha.. bawah pokok sana tu!” jari telunjuk Syikin
ditujukan ke arah sebatang pokok yang boleh dikatakan rendang. Pemandangan yang
cukup indah sebab siap ada set sekali dengan batu-batu kecil di sekeliling.
Cantik keebbaaaboom!!
“gila
ke? Tukan kawasan larangan,” Eyin cuba mengingatkan ketuanya yang bernama
Syikin. “alah. Bukan ada cikgu pun! Sapa nak ikut?” soal Syikin. Dia mengangkat
tangan. Akhirnya 15 orang pelajar itu bersetuju mahu bersantai di situ.
15 N.G
bergerak ke sana sambil bernanyi. “duduk!” Syikin melabuhkan pungguhnya di tepi
pokok. 14 rakannya turut serta.
Tidak
sampai 10 minit mereka berbual, datang satu suara yang cukup menakutkan.
“amboi.. sedap duduk? Inikan kawasan larangan! Bangun!” Puan Sufiah bercekak
pinggang. Satu per satu muka ditenung. “ohh.. sedap duduk ye? Sedapkan?
Sekarang ada kerja yang korang kena buat! Tandas angkat selama 1 minggu! Cikgu
tahu ini kesalahan ringan tapi, kawasan ini tempat yang dilarang. Faham? Esok
tandas angkat!!” Puan Sufiah mengarah.
Laju
sahaja 15 N.G berlari kedorm. Tidak sanggup bertentang mata dengan guru besar
sekolah.
************
Faz
mengambil mop seraya mengemop lantai. “mmrr.. ni ramai sangat 15 orang. Yang
lagi 8, pergi tingkat atas,” arah Puan Sufiah. Eyin, Siti, Syafikah, Aflin,
Nikita, Elly, Shiela dan Ikin naik ke tingkat atas dengan lagak lemah longlai.
DI TINGKAT BAWAH…
“owhh
tandas.. engkaulah jejaka idaman! Akulah yang paling tak menanti! Busuk
sekali..” Faz menyanyi sambil mengemop lantai. Hujung batang mop dibuat
mikrofon. Baru ada gaya! “sakitnyalah hati ni! Gerammm..” Adira menyental sinki
dengan penuh kegeraman. Bibir ditetap menahan marah.
“alah
beb.. relax ah!” Syikin berkata
selamba. Tidak sedar ini semua salah dia! “Syikin, ni sume kau punya pasallah,”
“aku pulak Adira! Kau yang ikut tu asal? Ada aku suruh?” Syikin membalas. Tidak
puas hati.
Kedua-dua
belah tangan Faz diangkat tinggi menandakan mereka berdua berhenti bertekak.
“weh! Jangan gadoh lah. 15 N.G kalau gaduh mana boleh. Sebab nanti sekolah ni
tak cool!” Faz cuba menenangkan
keadaan. Siap bagi notis yang sekolah ni kalau tak wujud geng 15 N.G tak cool! Hai.. kalau korang tak ada rasanya
aman dunia ye?! “uhuks! Fikrah Ilmukah?” sindir Kira.
“Fikrah
Ilmu? Boleh ganti Ustaz Malek. Ehemm..ehemm..” Syikin berdehem untuk
melapangkan tekak. Wah! Nampaknya Adira dan Syikin sudah berbaik semula. Give
me 4 yah? Haha! Bijak sungguh Faz. Fikrah Ilmu pun bolehlah.. tapi! Fikrah Ilmu
dalam tandas? Tak baik maa..
Adira
ketawa terkekek-kekek. Rasa ingin pecah perut dibuatnya. “Ustazah Syikin? Wow! Glamour lah geng kita,” Wina tersenyum
jahat. Syikin ketawa kecil Ustazah Syikin pun sedap juga bunyinya.
“sudah!
Ustazah Syikin ke ustazah apa ke, buat kerja!” Puan Sufiah yang baru tiba ke
tandas itu bercekak pinggang. Wina, Faz, Adira, Syikin, Kira, Manohara, Is dan
Ila berlari mengambil barang masing-masing. Ha! Nilah Fikrah Ilmu!
Ehemm…ehemm..
Selepas
itu, Puan Sufiah berlalu pergi. Mungkin mahu memerhatikan pelajar yang lain
sibuk beriadah di padang. “syukur! Tak perlu aku bersusah-payah berpeluh hendak
beriadah. Dalam ni pun berpeluh,” Kira tersengih. Iklan kayu sugi. Ngeee~
Kepala
Kira ditolak oleh Manohara. “ngek! Aku ni punyalah benci tandas mangkok! Kau
bersenang dengan buat iklan gigi tulah?! Aku kasi buku lima karang,” Manohara
menunjukkan buku limanya. Besar! :P
“tandas..
yang indah! Melingkari, suasana,” Ila, seperti biasa mula bernanyi. Memang
hobinya ketika bosan. Bosan..bosan.. o owh! (KOSONG).
Faz pula
sedang sibuk menyental segala bakteria-bakteria yang berada di sinki itu. Wina
sedang mengelap cermin. Ila dan Manohara mengemop lantai. Adira, Kira dan
Syikin cuci mangkuk tandas tu! Is? Hehe.. dia tukang bersihkan dinding kotor. Cobaann
kau 15 N.G!
****************
Di TINGKAT 2..
“Apple Fresh?” soal Elly sambil
mengangkat botol bewarna unggu. “ha?!
Apple Fresh? Nak air?” gurau Eyin. Botol bewarna unggu itu dicapai dengan
ganas lagi hebat! Tak padan dengan badannya yang kecil itu.
“berus
jamban dengan berus mangkuk?” soal Aflin sambil memerhatikan di setiap sudut.
Mencari berus tersebut. Baju pendidikan jasmani dilipat sehingga ke siku.
Seluar sukan juga dilipat sehingga paras betis. Apa ku kesah? Bukannya ada
lelaki. Kalau ada lelaki yang mengintai pun, aku kasi smack down!
Tiba-tiba,
2 berus dibaling tepat ke muka Aflin. Kelihatan, Shiela sedang ketawa dengan
nada yang kuat sambil mengemop lantai. “jahanam punya kawan! Nasib baik kau
kawan. Haha..” ceh! Tak ada perasaan marah langsung Si Aflin ni. Bagus.. itulah
kawankan?
“ambil
baldi. Isi dengan air,” arah Eyin. Lagak seperti ketua. Padahal kecil Cenetott! “ambil Apple Fresh. Tak pun Ajax
Fabuloso. Harumnya tandas..” belum dimop lantai pun sudah dikata harum si
Elly ni? Demam panas ke ada masalah sumbat hidung?
“harum..
owh! Di sana Ajax Fabuloso,” jari
telunjuk runcing Aflin ditutukan ke arah botol yang berada di bawah sinki.
Nikita duduk mencangkung untuk mengambil Ajax
Fabuloso. “Apple Fresh?” soal
Elly. “kau ni tak habis-habis dengan Apple
Fresh! Diam!” jari telunjuk Siti diletakkan ke mulut.
“Jom start mop! Yuppy!” Siti berjoget sekejap. SEHATI BERDANSA!! Uyeeehhh…
******************
“assalamualaikum!”
Syikin memberi salam dengan nada yang agak kuat. Biar 1 kelas 3 Cekal dengar! “waalaikumussalam!”
jawab semua murid kelas 3 Cekal hampir serentak. 15 N.G tersengih selepas
menjawab salam yang memang wajib dijawab.
Syikin
berjalan ala-ala stylo menuju ke
tempat duduknya. “perhatian kepada semua pelajar.. sila ke tapak perhimpunan
sekarang juga!” kedengaran suara Kak Bad, ketua Extima.
“Eyin,
Elly, bila semua dah keluar, kau letak surat ni di bawah meja Izz tau?” Nikita
menyerahkan surat yang bersampulan surat bewarna unggu. Siap sembur perfume wangi yang wangi lagi. “okie dokie!” Elly membuat tabik hormat.
Selepas
semua kelas kosong dan lengang, Elly meletakkan surat tersebut di bawah meja
Izz. Ok, siap! Sekarang jom blah!
DI TAPAK PERHIMPUNAN..
“shhh..
tengok tu! Semua pengawas perasan sudah jelling-jeling kepada kita yang cool ni! Ahaha..” Adira ketawa kecil.
“haah! Tak payah jadi pengawas garang. Kita sudah popular an?” kening Syikin
dijongket dua kali.
“15 N.G! diam atau saya catat nama kamu
semua,” Cik Sofie, ketua pengawas yang diberi gelaran CIK sudah membuntangkan
matanya. Ehh.. asal tak bagi Datin ke, Dato’ ke. Kan? Ni bagi Cik!
“tulislah
owh..” dengan nada yang rendah, Ila bernyanyi. Hanya boleh didengari oleh Faz
dan Ikin sahaja. “shh.. Cikgu Jenal sudah sampai! Cikgu mikrofon!” Aflin
mengingatkan rakan-rakannya.
“assalamualaikum
semua.. berdirinya saya di sini bukan untuk membebel panjang, tapi untuk
memberi ceramah. Tidak lama lagi ujian PMR dan SPM akan sampai. Jadi..” Cikgu
Jenal atau nama sebanarnya, Cikgu Zainal sudah mula memberi ceramah yang
membuatkan murid-murid menguap di pagi hari.
Adira
sudah pun berbaring di perhimpunan. Peha Syikin dijadikan bantal. Baju kurung
putih itu dibiarkan kotor. Janji matanya enak diulik mimpi. Maka, tidurlah
Aidra. Tidak kisah dengan jelingan ganas Cik Sofie. Hendak dipijak perut Adira,
nanti ditahan polis pula. Lagipun, pengawas dan guru disiplin dah muak dengan
nama 15 N.G! biarlah mereka buat masalah disiplin pun. Janji otak cap kancil!
Faz pula
mengeluarkan game Sudoku dan mainlah dengan seronoknya. Game Sudoku tu ala-ala
macam PSP lah juga. Cuma ianya bewarna putih. Game Sudoku tu dia pinjam
daripada guru Matematik. Suka! Ila mengeluarkan lirik lagu dari poketnya seraya
dinyanyikan bersama Ikin.
` yang
lain pun sama. Ada yang dah terbaring di tapak perhimpunan sehingga mengambil
ruang tempat duduk pelajar tingkatan 2! Hish3..
“yang 15
orang kat belakang tu! Apa yang korang buat? Tak Nampak saya tengah berucap ni?
Kamu semuakan nak PMR dah nanti?” Cikgu Jenal menjengkelkan matanya memandang
tepat ke arah 15 N.G.
Dengan
lagak selamba, 15 orang pelajar tidak menghiraukan keadaan. Faz pula semakin
seronok bermain Game Sudoku. “15 orang pelajar ni saya bawak ke bilik
kaunseling nak?” soal Cik Sofie yang berada di sebelah mereka semua.
Masing-masing
menggelengkan kepala. Memang bilik kaunselinglah yang paling menakutkan bagi
mereka. Mereka puan pernah dengar orang cakap yang bilik kaunseling ni ceri
semacam! Ada tu ada ni.. tapi, dalam otak mereka, sudah set yang bilik
kaunseling seperti penjara sekolah! “jadi, simpan semua game. Bangun daripada tidur dan duduk elok-elok,” Cik Sofie
bersuara lembut. Maklumlah kakak tingkatan
6 kan? Muka bukan main control!
Ayu semacam. Tadi bukan main muka mengalahkan harimau betina kepalaran!
“aduh,
malasnya nak dengar Cikgu Jenal beri ceramah. 20 minit dihabiskan! Kalau aku,
dah lama aku tidur woi..” bebel Aflin. Mulutnya mucung semacam. “relaxlah Aflin! Ceramah tu pun bukan
masuk otak kita pun. Sekarang je, nanti masuk kelas.. blurr..” kata Siti sambil
tersengih. Sempoi…
1 JAM KEMUDIAN..
“yes! Masuk kelas.. assalamualaikum
kelas!” Syikin memberi salam. Hanya beberapa orang yang dengar. Yang lain sibuk
dengan hal masing-masing. Memang masalah betullah pelajar sekolah ni! Terutama
15 N.G! entah berapa banyaklah disiplin rekod diorang agaknya ya?
“amboi
Cik Ila, mebaca Nampak?” usik Syafikah. “tu bukan baca buku. Baca lirik lagu! Oh! Girls Generation,” sampuk Siti. Siap
melayangkan beberapa helai kertas kepada Syafikah. “wow! Lagu Korea je belambak
mak cik Ila ni,” “of course Pikah.
Akukan peminat setia korea. Ngee~” Ila tersengih membariskan giginya yang putih
bersih. Seperti bayi yang baru tumbuh 1 gigi.
“Ila ni
kau jangan puji Pikah. Pujilah Ikin ya?” Siti menunjukkan ke arah Ikin yang
sedang bertungkus-lumus membaca buku sabjek Sejarah. PMR nak dekat dah deee..
“aku tak kisahlah PMR dapat berapa. Janji kerja gaji banyak!” Syafikah membuat
muka selamba.
PAP! Syikin
memetik jari. “sasaran tepat!” katanya. “what?”
kening Adira diangkat. Datang-datang SASARAN TEPAT. Bagilah penjelasan yang
terang lagi bersuluh! “Izz..” Syikin menjeling Adira. Mulutnya dijuih ke arah
Izz yang sedang membaca surat. Surat dari 15 N.G tentunya! Bukannya dari lelaki
pujaan Malaya. Siapa? Sudah tentulah Zul!
Selepas
membaca surat itu, Izz menegur sahabat karibnya yang gedik sama dengannya,
Fiona. “Oh My God! Its true?” soal
Fiona. “yes! Tengok surat ni. Ish!
Tak sangka Zul minat dekat I,” Izz
membetulkan rambutnya.
Tanpa
disedari, 15 N.G sibuk bergelak ketawa dekan belakang kelas. Kena sudah..
“bagus! Biar SI Izz ni perasan sorang-sorang. Kita biar je..” Nikita berkata.
Laju 15 N.G mengangguk kepala. Sukalah tu.. “wehh.. hari ni tak belajar ke?”
tangan Ikin diangkat. “tak.. cikgu ada misimuarat,” perkataan MESYUARAT sengaja
diputar belitkan oleh Jaja. “hehehe.. bagus! Tak belajarlah kita sampai rehat.
Alhamdulillah,” Wina mengangkat tangan.
“mangkok!
Yang kau pi bersyukur tu asal? Aku ni risau PMR nak menjelang tiba,” mata Ikin
dibuntangkan. “what ever..” balas
Wina. Siap menyit mata lagi.
TANDAS ANGKAT SIRI KEDUA..
“ni dah
hari kedua kita kena denda makk..” Syikin merungut. Span sinki hanya dipandang
mentah-mentah. Nasib baik cik puan besar tak ada hari ni. Kalau tak, Syikin
terpaksa mencemar duli memegang span sinki bewarna kuning. “spongebob!
Kenapalah kau wujud?” soal Adira sambil memandang kosong span yang bewarna
kuning.
“ish..ish..ish..
jangan salahkan spongebob! Tak baik tau. Aku rindu Facebook,” mop lantai dilepaskan. PAM! Jatuh. Bunyilah batang dia
tu jatuh. Tak tahu nak buat bunyi macam mana. PAM PIM PUM or DAM DIM DUM! Okey fine..
korang think sendiri yap?
“Facebook? Aku rindu blog,” rungut Is.
Memang gadis gila Blogger! “sumpah, selepas 7 hari aku bersih tandas, dah tak
mahu buat benda nakal dah,” Is menyambung dengan mengangkat sumpah. “nanti kau
menyesal tiada gunaaa…” tiba-tiba, Ila menyanyikan lagu ANAK KAMPUNG.
“menyesal?
Buat faedah apa aku nak menyesalnya?” soal Is sambil bercekak pinggang. “nothing Is. Dahlah, jom jadi Gadis Cuci
dalam tandas!” Ila berjoget sambil memegang mop. Jap! Teringat pulak cerita Gadis
Cuci yang dilakonkan oleh Fara Fauzana. Hehe..
Is masuk
ke dalam tandas untuk membersihkan mangkok jamban. Owh.. simpang malaikat 44
lah aku nak bersihkan! Rungut Is.
“lepas
kita kena tandas angkat, kita nak buat kejadah apa pulak ye?” soal Syikin. Langsung
tidak menyesal dengan kesalahan yang dibuat. “masa prep kita duduk dalam bilik
kesihatan nak?” soal Adira. Dia duduk di atas sinki. “bila?” soal Manohara
pula. “lepas selesai sesi denda ni. Hehe..” Adira tersengih.
Is
mengangkat tangan. “woo… tak menyesal ke?” soal Is. Dia tidak sanggup dah kena
denda! “kalau kau takut, podaaahhh dari group
ni,” Syikin membuat gaya menghalau. “tak mahu! Aku sayang group ni! Lagipun
korang BF till Jannah!” Is menggelengkan kepalanya dengan laju sekali. Tidak
rela.
“great! Jadi, nanti kita pergi bilik
kesihatan ya?” soal Adira kepada Syikin. “15 orang sekaligus?” soal Is kembali.
“nop! Kita masuk 5 orang je satu hari.. okey?” Adira memberi cadangan. “aku on!” Manohara mengangkat tangan.
“nanti
kita bincang dengan yang lain. Ngee~” Syikin tersengih.
******
1 comment:
Menariknya cite nie (^_^)
Post a Comment