Thursday, 8 November 2012

Adikku Kaunselor Cinta 1




BAB 1
KRING..KRING.. Loceng berbunyi dengan nyaringnya mengejutkan tuannya yang nyenyak tidur memeluk bantal. Butang loceng ditutup dengan kuat! Dia bangun dari katil dan terus turun.

Tiba-tiba.. GELEPUK! “aduh.. sakitnya,” rungut seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang bernama Farah, atau nama panjanganya Farah NurAini Bt. Dato’Fuad. Pintu bilik Farah dibuka oleh seorang lelaki dalam lingkuan berumur 24 tahun. “kenapa pula ni adik?” soalnya sambil tersenyum sinis. Hendak menyidirlah tu.

Farah memuncungkan bibirnya. “Dah terang lagi bersuluh adik jatuh! Tak payah nak tanya lagi!” marahnya. Lelaki yang bernama Khazwan Iskandar Mizlamian tersengih. Farah memanggilnya Abang KIM. Singkatan daripada huruf depan. K.I.M!

            “Sengih macam kerang busuk! Lebih baik Abang blah. Nak mandi!” Farah bangun seraya bercekak pinggang. Memang Farah terkenal dengan sikap garangnya di rumah banglow yang mewah itu! Kalah Mak Tiri Bawang Merah, Bawang Putih!

            Sejak ibu kepada Farah, Khazwan dan Raja Ikhwan (16 tahun) meninggal 3 tahun yang lepas, Farah lah yang mengambil alih tugas sebagai ibu. Biarlah umurnya baru mencecah 14 tahun, tetapi dia memang bertanggungjawab terhadap kedua-dua abangnya. Ayahnya, Dato;Fuad selalu sibuk dengan urusan perniagaan di luar negara.

            Khazwan menutup perlahan bilik adiknya seraya turun ke ruang makan. Farah mengurut kepalanya yang sakit akibat jatuh dari katil. Tapi, itu memang salahnya! Dia tergelincir kerana tidak sengaja memijak kain buruk yang dibuat lap air yang tumpah semalam. Dia lupa!
            Tuala yang tergantung diambil seraya masuk ke dalam tandas. 10 minit mandi, Farah keluar dan memakai baju selepas itu terus Solat Subuh.

            Selesai Solat Subuh, Farah keluar ke ruang makan untuk makan pagi bersama keluarganya. Dato’ Fuad sedang menikmati roti bakar. “assalamualaikum semuanya!” sapanya ramah.

            “Waalaikumussalam!” jawab tiga beranak itu serentak. Kerusi tersebut ditarik seraya duduk. “Syah tak ke luar negara ke?” soal Farah. Tangannya laju mengambil roti yang disapu kaya. “pergilah. Hari ini,” jawab beliau.

            “Oh ya Khazwan, umur kamu tu dah mencecah 24 tahun! Dah ada girlfriend belum?” soalan maut Dato’ Fuad menyebabkan Khazwan berhenti menghirup teh. Hampir tersembur juga air teh tersebut dari mulutnya. Tanpa disedari, Farah sedang ketawa terkekek-kekek menggelakkan abangnya yang sedang berfikir untuk memberi jawaban kepada ayahnya.
            “Ayah ni, tanyalah soalan lain! Belum berpunya,” Khazwan memuncungkan bibirnya. Tak maco langsung! “Yelah..” Dato’ Fuad berkata sepatah. “Ayah, jangan ditanya mengenai girlfriend atau apapun sebab anak ayah ni jenis playboy! Semua perempuan naik gila dengan dia! Haha..” ejek Farah seraya ketawa dengan kuatnya. Raja Ikhwan atau dikenali sebagai Ikhwan turut ketawa sampai nak pecah perut. Dato’ Fuad menekup mulut menahan gelak.
            “Ha, gelak puas-puas! nanti lewat pergi sekolah baru tahu. Kau pergi naik basikal,” ugut Khazwan. Sememangnya Khazwan yang menghantar adiknya untuk ke sekolah. Boleh masuk senarai driver. Walaupun keluarganya ada driver, tetapi Khazwan lebih senang hendak menghantar adiknya. Katanya ingin mencari bakal menantu buat ayah di sekolah! Cis, dasar kaki perempuan!

            Farah berhenti ketawa. Beg sekolah diambil dan dia mengambil kasut hitam dari rak kasut. Kakinya dimasukkan ke dalam kasut. Tali tersebut diikat kemas-kemas. “adik, errmm.. ada tak perempuan yang cun kat sana?” kening Khazwan dijongket tinggi.

            “Ada! Mak cik tukang sapu. Nak?” sampuk Ikhwan dari belakang. PAP! Farah dan Ikhwan memberi Hi5 bersama-sama. “seriuslah,” rungut Khazwan seperti budak kecil.

            “Serius apa?” Farah tersenyum mengejek. Tiga adik-beradik itu masuk ke dalam perut kereta. “malas abang nak cakap dengan budak mulut becok!” sindiri Khazwan sambil marah.
            BEDEBUK! Satu pukulan tepat di belakang Khazwan. “mulut becok? Amboi.. sedap mulut Abang KIM! Budak mulut becok nilah yang selalu jaga Abang KIM!” terbuntang mata Farah apabila mendengar kata-kata abangnya. Boleh dirinya dipanggil mulut becok? Ikhwan tergelak kecil. Dalam hatinya berkata ‘betul tu! Memang mulut becok! Mengalahkan burung murai. Asyik membebel’. Tanpa Ikhwan sedari, dua pasang mata sedang merenung tajam dirinya.

            Selang 5 saat, Ikhwan berhenti ketawa dan memandang adiknya yang sedang mengetap bibir. Nasib baik mata tidak berasap seperti dalam cerita kartun. Beberapa kali Ikhwan meneguk air liur memandang adiknya.

            Khazwan tersengih memandang Ikhwan. Dalam hatinya tersorak kegembiraan! ‘Haha.. padan muka adik lelakiku!’ Dia menghidupkan enjen kereta seraya mengeluarkan kereja jenama Alparth itu dari kawasan rumah.

            Dengan lagak selamba lagi spontan, Farah berpindah duduk di hadapan. Apabila lampu isyarat bertukar kepada warna merah, kereta tersebut berhenti. Khazwan beberapa kali membetulkan kedudukan rambutnya. Biar nampak kemas di dalam pejabat! Big Boss katakan.

            “Amboi.. bukan main lagi ye Abang KIM?” Farah membetulkan lipatan tudung putih yang dipakai. “haha.. abangkan handsome man! Haruslah nampak bergaya,” puji Khazwan sendiri. Angkat bakul sendiri!

            Dagu Farah digaru memandang muka abangnya. “Bolehlah! Sekali pandang, handsome macam Kim Hyun Joong. Dua kali pandang, langsung tak sama sengan Kim Sang Bum! Owh.. pujaan hatiku Kim Bum,” Farah mula mengelamun.

            Belum sempat kata-kata adiknya dibalas oleh Khazwan, lampu isyarat bertukar warna. “alamak, nampaknya adik dah kena sawan Kim Bum!” Ikhwan menggelengkan kepalanya. Matanya sengaja dibuntangkan ala-ala orang terkejut beruk.

            Adik-beradik Farah semuanya tahu yang Farah ni jenis gila Korea! Terutama Kim Sang Bum. Semua pasal pelakon Korea itu tersemat di dalam otaknya. Nama sebenar Kim Sang Bum atau lebih dikenali sebagai Kim Bum.. Lahir pada 7 July 1989 dan berada di bawah Syarikat KingKong Entertamaint. Bermula berlakon pada 2006-sekarang. Lakonan paling Farah minat ialah Boy Over flowers!

            Okey, itu serba sedikit info dia. Kembali kepada jalan cerita, Farah sedang tersenyum. “siapa tidak kenal fans fanatic paling netik ni?” dia menepuk dada dengan bangganya sekali. Ikhwan menjeling tajam. “kenal sangat! Dengar lagu Chrismast Eve’s Sky sampai tak dengar orang suruh turun makan!” ejek Ikhwan! Dia teringat bagaimana khusyuknya Farah mendengar lagu tersebut! Sampai abang dia menjerit menggunakan speaker pun dia tak dengar. Sampailah Farah baru sedar yang dia tak makan. Ish..ish..ish..

            “Ingat pula abang. Haha.. malu pula,” Farah tersenyum kecil. “dahlah.. dah sampai pun sekolah. Nak sekolah tak?” tegur Khazwan. Keretanya berhenti di tepi pagar sekolah ketika itu, Farah dapat melihat mata-mata sibuk menjeling ke arah keretanya. Bukan keretanya yang pelik, tetapi sedang asyik mencuci mata memandang Abangnya, Ikhwan dan Khazwan! Siapa lagi kalau bukan pelajar senior dan junior perempuan. Nasib baiklah cermin tingkap mereka jenis gelap, jadi tidaklah nampak sangat. Kalau nak nampak pun, kenalah dekatkan muka dengan cermin.

            Dengan perlahan, pintu kerta tersebut dibuka. Farah turun dari kereta dan terus memasamkan muka. Bukan dia tidak mahu senyum, tetapi tiada orang yang mahu senyum kepadanya! Yang senyum pun, hanya kepada abangnya, Ikhwan yang sedang membetulkan rambut versi pacaknya! Kalau Farah, dari awal di panggil rambut Cap Landak!

            Semua perempuan yang lalu-lalang tersenyum malu apabila Ikhwan tersenyum kepada mereka. “Eheeemm.. Abang!! Sekali lagi adik tengok abang senyum, adik sumbat dengan cili padi!” ugut Farah geram. Dia menumbuk telapak tangannya. “Ish adik ni, senyum itu sedekah..” Ikhwan membela diri. “itu adik tahu! Tapi itu bukan senyum sedekah, tapi senyum kegedikan. Geli tahu tak. Sekarang, pergi dekat geng abang yang tengah menunggu tu,” jari telunjuk Farah ditujukan ke arah geng-geng bola sepak yang sedang menunggu di tepi bangunan sekolah. Mereka semua melambaikan tangannya ke arah Ikhwan.

            Abangnya segera berlari menuju kepada gengnya. Farah menjeleling sekilas ke arah abangnya sebelum dia melangkah kaki masuk ke dalam kawasan sekolah. Dia menaiki anak tangga satu demi satu. Akhirnya dia sampai ke kelas 2 Alamanda.

            Masuk sahaja ke dalam kelas, kawan-kawan perempaun terus menggerumuninya. “Farah.. abang awak datang tak?” tanya Kira. “Dia datang tak? Boleh tak saya nak jumpa dia!” sampuk Tiara pula. “Jawablah cepat! Ikhwan datang tak? Saya nak sangat jumpa dia!” Shiela menyampuk. Pening dibuatnya Farah mendengar satu demi satu soalan yang terkeluar dari mulut kawannya. Mujurlah kawan baiknya, Fira cepat menolongnya.

            “Kesianlah Farah! Jangan kacau dia. Ikhwan datang hari ni!” marah Fira. “Alah, kenapa awak sibuk? Kami nak sangat jumpa dengan Ikhwan. Lagipun, dia tu jenis gaib! Susah nak jumpa,” mulut Kira dimuncungkan. Farah tersenyum nipis seraya ketawa kecil. Kelakar melihat karenah rakan-rakannya yang ingin sangat jumpa abangnya. Dia terfikir, apalah yang bagus sangat tentang abangnya? Baginya, Ikhwan hanya manusia biasa. Tiada pun kuasa sehebat Superman!

            “Kira, awak ni. Abang saya tu bukannya gaib pun! Cuma sibuk dengan bola je. Plus, kalau awak nak sangat jumpa dia, balik ni ikut saya!” ajak Farah. Kira tersengih sampai ke telinga. “Kira je? Saya tak?!” soal Tiara. Mulutnya dicebik. “yelah.. Kira, Tiara dan Shiela. Finish the story..” Farah membuat gaya ala-ala menutup buku. Mereka bertiga mengangguk dengan laju. Seronok! Suka!!

            Sudah 2 minggu mereka berkawan, tetapi memang susah nak jumpa dengan abang Farah! Maklumlah, terkenal macam pelakon Korea. Aww…
            *************
            Pulang dari sekolah, Farah membawa tiga orang rakannya berjumpa dengan Ikhwan. Dia mencari abangnya di padang sekolah. Selalunya, Ikhwan akan melepak kat situ.

            “Abang.. ehh.. gelilah! Ikhwan!!” Farah menjerit. Dia tidak biasa untuk menyebut perkataan A.B.A.N.G di sekolah. Kembang tekak!

            “Apa?” soalnya sepatah. “ada orang nak jumpa. Kawan adik. Kira, Tiara dan Shiela,” seorang demi seorang diperkenalkan oleh Farah. Mata Ikhwan memandang ke arah tiga orang perempuan yang tersenyum tersipu malu.

            “Nak apa? Cakaplah cepat. Saya nak buat latihan ni,” kata Ikhwan. Suaranya kedengaran tergesa-gesa. Mungkin betul dia mahu membuat latihan. Mereka bertiga hanya mendiamkan diri. Hendak buka mulut, mulut mereka terasa berat. Mungkin malu kot.

            Kening Ikhwan menjongket kening apabila melihat tiga sekawan itu diam seribu bahasa. “tak ada apa-apa, saya pergi dulu ye? Adik, nanti abang balik dengan kawan! Bye!” tangan Ikhwan dilambai. “okey! Goodbye!” Farah melambai.

            Apabila mereka melihat Ikhwan sudah pergi, barulah Kira membuka mulut. “Aduh! Terlepas peluang nak becakap dengan Ikhwan!” katanya dengan nada suara rendah. Dahinya diketuk dua kali.

            Farah beredar dari situ meninggalkan Kira, Tiara dan Shiela. Dia mahu segera pulang ke rumah. Tak sabar nak baca buku yang baru dibelinya semalam. “ish.. geramnya! Kenapalah mulut aku ni berat sangat nak bukak?” tangan Shiela menampar pipinya dengan perasaan yang geram. Tiara mencebik benci. Dia terasa mahu ulang kepada masa yang tadi. Menyesal!
            Farah menunggu di pondok menunggu. Ada beberapa pelajar lagi yang belum pulang ke rumah. Sedang Farah menunggu, dia ditegur oleh seseorang. “ehh.. Fira! Kau tak balik lagi rupanya,” sengih Farah.

            “Haha.. aku jumpa cikgu tadi. Kau?” “aku jumpa abang tadi. Hmm.. okeylah, tu dah sampai kereta!” jari telunjuk Farah ditujukan ke arah kereta Mecedis bewarna hitam yang berhenti di hadapannya.

            Fira melambaikan tangannya ke arah Farah. “bagaimana sekolah hari ni Farah?” soal Pak Mad, pemandu peribadi keluarganya. “okey!” jawabnya sambil tersenyum. MP3 yang terselit di poket kerusi diambil.

            Dia mahu mendengar lagu sehingga sampai ke rumah. Lagu berjudul Volume Up yang dinyanyikan oleh kumpulan 4Minutes dipilih. Mulutnya terkumat-kamit menanyikan lagu tersebut.
            ***********************
            Sampai sahaja di rumah, laju Farah keluar dari kereta dan berlari masuk ke dalam bilik. Masuk bilik, dia terus mandi dan solat. Selepas itu, buku berjudul Aku Mahu Buli, hasil karya Ain Maisarah diambil.

            Badannya dihempap di atas katil. Dengan tenang dia membaca buku tersebut. Sedang dia seronok membaca, pintu biliknya dikuak. “adikk!!” satu jeritan nyaring kedengaran. “mak pocot ada lelaki nak pokok!” melatah dibuatnya Farah apabila melihat abangany, Khazwan dan Mak Jah, tukang masak di rumahnya sedang tergelak apabila mendengar kata-kata latanhnya.

            Terbuntang mata Farah dibuatnya. Cis! Keju betul! Dahlah tak ketuk pintu, lepas tu gelakkan orang. Panas hati!

            “Apa dia wahai Encik KIM?” soal Farah dengan geram. “Tidak ada apa-apa wahai Puan Farah,” gurau Khazwan.

            “haha.. tak adalah adik. Mak Jah kata adik tak turun-turun. Abang yang baik ni pun nak panggillah. Salah?” Khazwan tersenyum sinis. Hendak mengejeklah tu.. “tak. Yelah.. adik turung sekarang,” cebik Farah.

            Mereka bertiga turun ke ruang makan. “Mak Jah masak apa?” sampai sahaj di ruang makan, itulah soalan pertama yang terpacul dari mulut Farah. “tengoklah sendiri. Dijamin Farah yang kuat makan ni suka!” ibu jari Mak Jah diangkat.

            “Betul tu! Tambahkan berat badan. Badan mengalahkan penyapu lidi!” usik Khazwan seraya ketawa dengan kuat. Dia ingin membalas ketawa adiknya pagi tadi. “cis, dasar abang tak sedar diri! Sudahlah perasan handsome. Lebih baik adik tengok muka monyet dalam zoo. Sebijik macam muka abang!” marah Farah. Dia menarik kerusi dengan kasara.
            “Jangan samakan abang dengan monyet. Muka abang memang dari kecil lagi handsome. Ala-ala pelakon Korea kan?” Khazwan mengangkat bakul sendiri. Keningnya dijongket. “Japp.. abang tak gi kerja?” “kerja separuh hari. Rasa nak demam..” jawab Khazwan.
            PAP! Farah memetik jarinya. “Abang jumpa perempuan cun ke?” soalan cepu emas itu membuatkan Khazwan tersedak. “Mana ada! Dah setahun abang kendalikan syarikat, takkanlah baru hari ni abang minta cuti sebab jumpa pekerja sendiri,” katanya dengan nada yang serius. Mata juga sampai terbuntang-buntang.

            Mulut Farah ternganga luas apabila melihat kesungguhan abangnya yang cuba untuk mengelakkan diri. Tangan Mak Jah laju meletekkan tangannya di bawah dagu Farah seraya dinaikkan agar mulut anak majikannya ditutup. Mujur tidak ada lalat.

            “abang ni.. biar betik?” soal Farah sambil menjongket kening. Mak Jah menarik kerusi. Dia duduk. “kamu ni tak pernah ada girlfriend ke?” soal cepu emas itu terkeluar dari mulut Mak Jah.

            ‘Ish.. dalam banyak-banyak soalan, soalan tu jugaklah yang Mak Jah tanya. Tanyalah makanan ni sedap ke tidak?’ getus hati kecil Khazwan. Dia cuba berlagak tenang.

            “Mak Jah, jangan tanya Abang KIM pasal girlfriend! Dia ni jenis tak ada girlfriend yang tetap. Kejap-kejap change..change..cha..change..” Farah menyanyikan lagu Hyuna iaitu Change. Change? Teringat pula lirik ni:
(Ch ch ch change)
Boy boy boy saenggakdaero change
(Ch ch ch change)
Girls girls girls nareul ttara change
(Modu da change) modu da change
(Modeun geol change) modeun geol change
(Ijeneun change) ijeneun change
I’m gonna change change change change change

            Mak Jah ketawa kecil apabila mendengar Farah berkata begitu. “diamlah Lidi!” “apa? Betul apa? Itu namanya Fakta yang tidak boleh dirungkaikan lagi Abang KIM!” dia cuba mempertahankan diri.
“Mulut tempayan punya adik!”
playboy.. itu fakta!”
“Pendek! Kurus!”
“Otak macam udang! Lembab!”
“Adik tak mengenang jasa! Esok pergi sekolah jalan kaki!”
“Esok cuti! Aku duduk kat rumah,”
“malas aku bertekak dengan budak pendek macam kau!”
“aku pun samalah Galah!”

            Mereka adik-beradik bergaduh besar. Pening kepala Mak Jah apabila melihat pergaduhan antara abang dan adik. Sejak Mak Jah bekerja di situ 5 tahun yang lepas, Farah dan Khazwan selalu sahaja bergaduh.

            Jarang dia lihat Ikhwan bergaduh. Maklumlah, Farah dan Ikhwan ni jenis tidak rapat sangat. Jadi jaranglah kalau ada perang mulut antara mereka. Kalau bab-bab nak kenakan Khazwan, Ikhwan dan Farah nombor 1!

            “Ehh.. dahlah bergaduh! Pening Mak Jah dengar. Farah, hormatilah abang kamu tu. Dia lagi tua,” tegur Mak Jah. “nak hormat dia! Please.. dia tak hormat orang,” Farah menjeling Khazwan yang tersenyum sinis. Gembira kerana Mak Jah mempertahankan dia.

            “Kamu Khazwan. Tersengih-sengih. Hormat adik kamu jugak!” Mak Jah menegur Khazwan pula. Farah ketawa kecil apabila melihat abangnya ditegur. Tidak padan dengan lelaki berumur 24 tahun!

            “Dengar tu..” garpu yang dipegang oleh Farah dihalakan ke muka abangnya. “Aku tak tuli lagi pendek!” Khazwan tersenyum sinis. “Ek eleh.. Abang besar! Muka cam poyo lah..” Farah  menendang kaki Kahzwan.

            “Ehhh.. Sudah! Sekali lagi kamu bedua bergaduh, Mak Jah telefon Dato’ Fuad. Biar kamu berdua didenda! Mahu?” Mak Jah bercekak pinggang. Matanya bergilir-gilir memandang Farah dan Khazwan. Mereka berdua menggelengkan kepalanya.

            Farah bangun dan terus  menuju ke bilik. Selera makannya menghilang. “Aduh! Apa yang aku buat ni. Sebenarnya aku nak mintak tolong dengan dia!” Khazwan mengetuk kepalanya. Sebenarnya dia mahu mintak tolong Farah. Dia memang sudah berjumpa dengan perempuan yang difikirnya sesuai dengan dia. Tapi, perlu kepastian dari Farah kerana dia sudah dilantik sebagai ‘IBU TIRI’ kepada dia dan Ikhwan.
            *************************
            Tiga orang beradik itu berkumpul di dalam bilik Khazwan. Farah duduk menirap di atas katil, Khazwan duduk di atas katil manakala Ikhwan berbaring di atas katil. O..key, tiga-tiga di atas katil!

            Farah menjeling ke arah Khazwan. “Demam apa suruh berkumpul ni Abang KIM?” soal Farah dengan nada serius. Mungkin masih marah dengan kejadian tadi. “Ish adik ni.. Janganlah marah! Nanti cepat tua,” selorok Ikhwan. Dia tersengih.

            “Umur aku baru 14 okey. Tak tua.. Masih single,” kata Farah. Dia tersenyum sedikit. “Dahl ah. Nanti tercetus peperangan Dunia ke-3! Ni tujuan abang nak ajak korang berdua sebab..” Khazwan memberhentikan ayatnya. Jari jemarinya menggaru rambut. ‘nak cakap ke tak?’ soal hatinya.

            Farah dan Ikhwan menunggu ayat yang bakal keluar dari mulut Khazwan. “Sebenarnya abang jumpa seorang perempuan ni. Orangnya manis dan cantik! Pada pendapa Farah, okey tak?” akhirnya Khazwan membuat pilihan untuk memberi tahu perkara sebenar.

            “Entah. Kalau abang cintakan dia, okey je. On. Lagipun cinta tidak boleh dipaksa bukan?”Farah menjawab dengan sahaja. Riak mukanya memang seperti orang yang malas. Berkerut dahi Khazwan dan Ikhwan dibuatnya. Yalah, selalunya Farah akan menjawab dengan penuh bersemangat. Sekali dengan pantun dan ceramah percuma! Free of charged!

            Ikhwan merapatkan diri dengan Khazwan. Dia berbisik. “Farah demam ke?” “entah.. nampak gayanya kita perlu panggil doktor!” gurau Khazwan.

            “Bisik apa tu ah?! Farah okeylah. Cuma.. hmm.. Farah terfikir jugak, kenapa kalau korang nak buat apa-apa wajib tanya Farah?” soal Farah kehairanan. Macamlah dia ni kaunter pertanyaan!

            “Alah adik ni. Farah kan dah jadi adik, merangkap kepada ibu kepada kami berdua,” Ikhwan bergurau. Dia ketawa terkekek-kekek. “Ibu? Bila aku lahirkan kau berdua? Sedih Farah mendengarnya,” dia membuat muka sedih.

            “Dahlah. Abang Cuma nak tanya pendapat Farah je,” keluh Khazwan. Dia terbayang muka perempuan itu. Dia tidak sengaja melanggar Si Dia.

            “PA bang ke?” Ikhwan menyoal. “eh! Macam mana kamu tahu perempuan tu PA abang?” terkejut Ikhwan mendengarnya. “Macamlah kita ni tak ada spy! PA abang, semuanya perempuan,” Ikhwan tersenyum memandang Farah.

            “Kami pernah nampak abang berbual dengan perempuan tu. Tapi, adik tak berkenan,” mulut Farah mencebik. “kenapa?” “tak payah tanyalah Abang KIM! Yang penting, esok bawak dia melutut depan adik dan Abang Ikhwan,” mereka berdua ketawa besar.

            Tangan Khazwan gatal hendak mencili-cili mulut dua orang adiknya. Tetapi, dia harus sabar menghadapi karenah dua orang adiknya. Sabar..  “Esok abang bawak,” katanya seraya menyuruh dua orang adiknya keluar.

            “Yes! Kita perlu buat rancangan untuk mengenakan GADIS CUKUR tu,” Farah menggempal penumbuk. Sememangna di cukup benci dengan PA abangnya. Dia tahu PA yang bernama Faqihah itu cukup gedik orangnya. Suara dibuat ala-ala manja dan pakai skirt pendek paras lutut! Kalau baju, hmm.. bolehlah berlengan panjang.

            “betul tu. Tapi, mulut dia comel. Macam Angelina Jolie,” Ikhwan menggatal. PAP! Satu tamparan di belakang Ikhwan. Dia meraung kesakitan.

            Mereka berdua masuk ke dalam bilik Farah untuk berbincang. Mereka menggaru kepala keranah hendak memikirkan idea tersebut. Sekejap mereka tulis, sekejap mereka padam. Setelah 1 jam berfikir, akhirnya siap! Kebanyakkannya dari idea jahat Farah. Mungkin hanya 10% dari Ikhwan.

RANCANGAN MENGENAKAN GADIS CUKUR:
ü Kalau dia nak bersuara, kita potong cakap dia.
ü Gelakkan dia setiap kali dia bercakap (TAPI ADA BATASANNYA)
ü Kalau dia tanya kita apa-apa, jawab dengan jawaban yang bodoh!
ü Komen mengenai dia seteruknya
ü Cakap tentang makanan kesukaan abang atau apa-apa je. Nanti mesti dia cakap “SAYA PUN SUKA JUGAK!” lepas tu kita cakaplah “ABANG SAYA TAK SUKA PUN! PENIPU!” (KEJAM SANGAT KE? ADA BASATANNYA)
ü Bagi tahu yang kita ni nak benda tu semasa hari perkahwinan dia.
ü Jangan bagi dia rancang perkahwinan sendiri
ü YANG PENTING, JGN BAGI ABANG PILIH PEREMPUAN TU!
ü Reject Faqihah dari hati Abang KIM!
ü Masa waktu makan, buat benda agar nampak dia tidak senonoh.
ü Adik dengar ayah balik esok. So, burukkan dia
ü ADIK BENCI DIA! PISAU CUKUR TAHAP PANGLIPULARA!
ü SABAR ADIK.. hehe..

          Siap juga! Farah sudah tidak sabar mahu ‘membelasah’ Faqihah. Memang betul, Faqihah memang kaki cukur. ‘lebih bauk cukur bulu kaki kau!’ getus hati Farah. Dia mencebik dengan penuh kebencian.

        “Tapi adik.. Itukan hak abang untuk bercinta?” “Adik tahu! Tapi ini untuk kebaikan Abang KIM! Silap hari bulan, rumah ni dia yang punya. Adik tak nak!!” Farah berkata.
************************************

  

No comments: