Tegas tetapi
berhemah (kami sayang cikgu!)
Oleh :Farah Qurratu’aini BT Khairul
Idham (6FIRUZ)
Pelajar: Sekolah Kebangsaan Kubang
Kerian 3. / S3K3. / SKKK3
Alamat email:ainrajin@yahoo.com
“CARA untuk
mendidik generasi sekarang jauh berbeza dengan apa yang kami terima 40 tahun
lalu. Generasi hari ini mempunyai pergaulan yang lebih luas dan pemikiran
mereka juga tidak sama.
“Jadi, kita
tidak boleh mempraktikkan semua cara lama untuk generasi hari ini kerana ada
sesetengahnya sudah tidak sesuai lagi untuk mereka,” demikian kata pemenang
Anugerah Ibu Kerjaya Harian Metro 2011, Seri Dewi Mohd Ibrahim, 48.
Beliau yang juga Pengetua Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3, Kota Bharu, Kelantan, mengakui bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai guru lebih-lebih lagi pada era serba moden yang penuh mencabar seperti sekarang.

DIIKTIRAF...kecemerlangan
kepemimpinan Seri Dewi membolehkannya menerima Anugerah Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA) (Guru Besar Cemerlang) bagi 2010.
81 pelajar 5A tahun 2010
Namun, ibu kepada tiga anak itu mengakui beliau seorang yang tegas dan tidak akan berkompromi dengan disiplin.
Wanita kental
ini nyata bijak membahagikan masa dan mampu membezakan antara perkara peribadi
dan kerjaya sehingga berjaya mendidik anak-anak dan membawa sekolahnya mencapai
kejayaan.
Kata Seri Dewi,
dalam mendidik anak dan pelajar, dia paling mengutamakan aspek disiplin kerana
ia tulang belakang untuk sesebuah kejayaan. Tanpa disiplin, kejayaan sukar
dicapai kerana semuanya berkait rapat dengan komitmen. “Saya memang tegas dalam
mendidik anak dan pelajar tetapi tidaklah sampai tiada langsung toleransi.
Ketegasan perlu bagi tujuan mendidik mereka supaya berdisiplin namun semua itu
bergantung kepada situasi.
“Ada masa kita perlu bertegas dan ada masa toleransi perlu diutamakan. Sekolah juga sudah metarget 92 orang 5A untuk UPSR pada tahun ini (2011). isnsyallah, target ini akan tercapai,” katanya.
Anak ketiga daripada lapan beradik itu berkata, dalam sesetengah perkara, beliau bertindak mengikut situasi, boleh menjadi guru yang garang dan tegas, rakan dan ibu kepada pelajar di sekolah.
Apa yang penting, dia perlu sentiasa menerapkan sikap toleransi dengan semua pelajar dan menggunakan pendekatan berhemah. Penerima Anugerah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Guru Besar Cemerlang, yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohammad Yassin itu berkata, sebagai guru besar, beliau perlu profesional dan tidak mencampuradukkan dengan emosi.
Mengetuai sekolah yang mempunyai 112 kakitangan di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3, Seri Dewi mengakui ia bukanlah satu tugas mudah. Namun beliau berpendapat, dalam apa juga kerjaya yang diceburi, apa yang paling penting adalah aspek disiplin dan profesionalisme.
“Sebagai ketua misalnya, kita tidak boleh mencampuradukkan antara emosi dan kerja kerana ia boleh menjejaskan pertimbangan.
“Bagi saya, jantina bukan satu masalah yang besar jika semua pihak bersikap profesional dan tahu tanggungjawab masing-masing,” katanya. Tahun lalu, sekolahnya menjadi sekolah contoh kerana mendapat keputusan terbaik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila 87 daripada 232 muridnya berjaya memperoleh 5A.
Mengulas mengenai kejayaan bersejarah itu, Seri Dewi mengakui semua itu tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan kerjasama semua pihak. Jelasnya, sebelum peperiksaan, pihak sekolah mengadakan sesi runding cara membabitkan ibu
bapa yang perlu hadir bagi membincangkan masalah pelajaran anak masing-masing.
Bengkel panduan menjawab soalan dan solat hajat berjemaah turut diadakan untuk memastikan pelajar, ibu bapa dan guru bersedia sepenuhnya.
“Pihak sekolah menggalakkan ibu bapa untuk datang berbincang mengenai pelajaran anak mereka, semua itu amat penting bagi membantu pelajar dan guru itu sendiri.
“Kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan mudah tanpa kerjasama semua pihak.
“Sebagai guru, kami akan membantu apa yang boleh manakala di pihak ibu bapa sendiri, mereka juga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Insya-Allah, jika kerjasama erat dapat diberikan semua pihak, kejayaan dapat dicapai,” kata wanita yang gemar melancong ini. Biarpun pelbagai kejayaan sudah berjaya diraihnya, wanita kelahiran Port Dickson itu masih lagi merendah diri dan enggan mendabik dada.
Tidak hairan jika beliau berkali-kali mengingatkan supaya jangan terlalu menyentuh mengenai kejayaannya itu kerana menganggap ramai lagi yang lebih berjaya daripada dirinya.
Bagaimanapun, pencapaian yang diraih wanita ini mengalahkan ratusan pencalonan lain untuk bergelar pemenang salah satu kategori anugerah sempena majlis anugerah anjuran Harian Metro dengan penajaan utama, Softlan, baru-baru ini.
Kata Seri Dewi, beliau langsung tidak tahu menahu mengenai pencalonan berkenaan kerana adiknya yang secara diam-diam menghantar penyertaan.
“Saya tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan seumpamanya sebelum ini dan Anugerah Ibu Kerjaya yang diterima adalah anugerah pertama yang mengiktiraf kejayaan saya sebagai seorang ibu yang bekerja.
“Mungkin kali ini sudah rezeki dan saya amat berterima kasih kepada semua pihak terutama pihak penganjur.
“Anugerah yang diterima ini menjadi pemangkin semangat untuk saya terus berbakti melakukan yang terbaik pada masa hadapan,” katanya yang mengakui kejayaan berkenaan tidak akan diraih tanpa sokongan keluarga terutama suami yang tidak jemu-jemu memberikan dorongan.
Seri Dewi meneruskan kesinambungan ibunya, Hasnah Hashim yang pernah menerima Anugerah Ibu Mithali Harian Metro, tiga tahun lalu.

PROFIL:
NAMA: Seri Dewi Mohd Ibrahim.
UMUR: 48
ASAL: Gombak, Selangor.
SUAMI: Wan Hasan Wan Abdullah, 50
ANAK-ANAK: Wan Ahmad Hafizul Aiman, 25, Wan Atiqah Najiah, 22, dan Wan Amirul Syahid, 15
JAWATAN: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3
PENDIDIKAN: Tahun akhir, Sarjana Pengurusan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Diploma Sains dengan Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
PENCAPAIAN: Anugerah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ,Guru Besar
Cemerlang 2010 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Penerima Tawaran Baru, Guru Besar 2010 Sekolah dicalonkan untuk Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah dicalonkan untuk Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi Sekolah menghasilkan bilangan calon 5A tertinggi di seluruh Kelantan pada 2010 (87 orang) Sekolah tersenarai dalam Ranking Sekolah Band 1 peringkat kebangsaan
Kelas:
Delima,Firuz,Intan,Mutiara,Nilam,Topaz,Zamrud.
(bakal menjadi sekolah tersohor pada tahun 2012)
Moto sekolah: 5S.
1.Smart
2.Senyum
3.Salam
4.Sayang
5.Sopan
p/s: Sebenarnya laporan ni tahun lepas punya! Saja nak tunjuk balik! Tulah Guru Besar kesayangan sekolah Farah! ^^v. Sampai sekarang jadi Guru Besar! Masa Farah darjah tiga hinggalah Farah tingkatan 1. Walaupun Farah tak sekolah dekat situ, Farah masih ingatkan cikgu! Beliau pernah ajar Bahasa Inggeris masa dekat dalam dewan. Masa tu 1 minggu sebelum UPSR. Bagus beliau mengajar Farah! ngee~
SAYANG CIKGU!!!
No comments:
Post a Comment