“Don’t be sad NoNoNo,
you’re not alone NoNoNo
You always became a
light for me.
Hold my hand, come
and lean on me
I’ll always be your
strength.” – APINK
…../\/()…../\/()…..…../\/()…..…../\/()…..…../\/()…..…../\/()…..…../\/()…..…../\/()…..…../\/()…..
Fisya - Leader Of Seven Spring
Mira - Boyish Of Seven Spring
Sofea - Chef Star Of Seven Spring
Ikin - Happy Virus Of Seven Spring
Ila - Selca Of Seven Spring
Janey - Crazy Maknae Of Seven Spring
“Ahh!! Aku
rasa macam nak hentak je muka dia guna tembok cina! Tak guna punya jantan!”
jerit Mira sambil memukul bantal dengan sekuat yang boleh. Geram betul dia
dengan teman lelakinya tadi. Sesedap cap adabi je keluar dengan perempuan lain
padahal tadi call cakap ada kerja kena buat! Pembohong punya jantan! Tembok!
Gatal! Buaya gatal!
“Ehh Mira,
kenapa ni?” tegur Fisya dari belakang Mira. Belakang Mira digosok perlahan.
Terkejut juga dia tadi kerana sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, Mira terus
masuk ke dalam bilik dan menjerit. Mananya tak risaukan? “Aku panas hati dengan
jantan buaya air tanah udara tu lah! Si Irham tu! Tadi punyalah
bersayang-sayang cakap ada hal. Tengok-tengok, berkepit dengan betina lain.
Memang.. erghh!!!!” Mira menumbuk telapak tangan kanannya. Memang rasa macam
nak tumbuk je muka lelaki tu. Mujurlah dia masih waras. Kalau tak, memang dah
masuk ICU dah Si Irham tu.
Fisya
mengeluh perlahan. Kesian dekat Mira. Sampai hati Irham buat macam tu. Punyalah
cinta Mira kepada Irham tu mendalam sampai ke dasar lautan pasifik. “So, kau
nak buat apa?” soal Fisya. “Apa lagi? Putuslah! Buat apa nak simpan jantan
macam tu? Buat naik lebat je bulu mata aku ni,” jawab Mira sambil menopang
dagu. Sedih dan kecewa dibuatnya. Sudah 2 tahun mereka bercinta dan berakhir
dengan cara yang menyakitkan. Tertanya juga dia, dimanakan janji-janji manis yang
selalu dilontarkan oleh Irham? ahhh.. lelakikan? Janji sana sini, tapi habuk
kuman pun tadakk!!
“Penatnya
shopping.eh Mira, awat dengan bantal hang tu? Hang tinju dengan Fisya apa?”
soal Sofea sambil meletakkan plastik di atas lantai. Tudung dicabut dan
badannya terus dihempaskan ke atas katil Mira. Mintak tumpang ye? Hehehe..
“Kalau aku nak bertinju, bukan dengan Fisya tapi Irham buaya darat cap air tu,”
Mira mengeluh. Kemarahannya belum lagi reda. “Yeke? Tulah hang, dari dulu aku
dah bagi tahu yang Irham tu bukan boleh caya sangat pon. Setakat janji nak
kahwin dengan hang, lebih baik aku suruh abang aku je,” lurus je cara percakapan
Sofea. Tak berlapik dengan kain pun. Ish..ish..ish..
“Kau
nikan.. janganlah.. sorrylah,” perlahan sahaja suara Mira. Menyesal tak sudah.
“Weh Sofea, mana Ikin, Ila dan Janey? Tak nampak pun,” Fisya menyoal. “Ohh..
ada dekat bawah tu ah. Tengah masak. Alah.. baring jelah. Aku penat. Diorang
yang baik hati nak masak. Ikut ler,” Sofea menguap kecil. Memang itulah perangainya.
Malas! Tapi kalau bab shopping, kalah ferarri agaknya.
“Woit
korang bertiga. Jomlah makan,” ajak Ikin dari muka pintu sebelum beredar. “Jom
Mira. Pasal kau dengan Irham, kita bincang nantinya. Aku tolong kau nanti,”
Fisya menarik mlembut tangan Mira. Memang sifat Mira ni jenis penyayang.
Maklumlah, nama gelaran pun Leader Of
Seven Spring. Dengan perlahan, Mira bangun dan mengekori langkah Fisya dari
arah belakang. Mira ni jenis tomboy dan memang pantang kalau ada orang lelaki
kacau perempuan lebih-lebih lagi kalau kawan-kawan dia. Mira ni pula, sebab tu
nickname dia Boyish Of Seven Spring.
“Emmm..
sedapnya bau!” Sofea menggosok tangannya. Lapar dah ni. “Bau memanglah sedap.
Kalau rasa ni, confirm mulut si Sofea ni Bom!! Haha.. Weh, kaukan Chef Star,
awat tak masaknya hari ni?” ejek Janey sambil menuangkan air ke dalam gelas.
“Woit pendek! Sedap ye kau kutuk aku. Nanti ye kau.. ishh.. aku malaslah..
penat” Sofea memberi amaran dan alasan. Makan dulu lepas tu Janey tu akan
dikerjakan secukupnya.
Mereka berenam
duduk di atas kerusi dan menikmati makanan. “Uik Mira, monyoknya muka? Tak
sedap ke makanan tu?” soal Ila. Risau juga kalau makanan yang dimasak tidak
sedap. Mira menggeleng lemah. “So.. why?” soal Ila lagi. Makin risau juga.
Selalunya Mira yang paling happy ehh silap Cik Ikin yang paling happy.
“Aku putus
dengan Irham.. maksud aku.. akan…” perlahan dan lambat sahaja Mira menuturkan
kata-katanya. Rakan-rakan yang lain terkedu kecuali Mira dan Sofea yang sudah
mengetahui berita ini lebih awal. “Ha? Biar betul?!” Janey menjerit kuat. Cis!
Irham ni memang nak kena tumbuk dengan aku ni.
Mira
tersenyum kecil seraya mengangguk. “Kenapa Irham buat macam ni dekat kau?
Jantan tu memang tak gunalah. Tak tahu ke yang kau ni separuh mati cintakan
dia?” Ikin sudah mula naik marah. “Dia dah ada orang lain kot. Dah muak kot
tengok muka aku everyday. Kan? Mungkin..” Mira mengelap air matanya. “Dah.. dah
Mira. Jangan menangis okay? Seven Spring berjanji akan menolong Mira a.k.a
Boyish!” Fisya mengangkat tangan seperti orang sedang membaca ikrar dituruti
oleh 4 orang rakannya. Mira tergelak kecil. “Pandainya korang ambil hati aku,”
dia tergelak diikuti oleh rakan-rakannya.
No comments:
Post a Comment