Friday, 6 September 2013

PLEASE HELP ME!!

Assalamualaikum para Kpoppers dan blogger sekalian =)

Farah nak mintak tolong boleh tak? Tolong like gambar dekat bawah ini boleh? Farah join contest dn berharap sgt dapat menang hadiah! ^^ Harap korang baik hati untuk menekan butang LIKE ye? =3 tq *klik gmbar Juniel okay?*

Juniel : Help me please?! 

2nd Giveaway By Ira Syiqin



Syarat-syarat :
1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai blog
3. Buat satu entry bertajuk "2nd Giveaway By Ira Syiqin"
4. Hantar link di ruangan comment SEKALI sahaja
5. Ikut syarat di bawah

Terdapat pelbagai Hadiah yang menanti anda. Senarai hadiah dan peserta check di bawah. Sebelum tu ikut syarat kalau nak menang

TARIKH TAMAT 21/09/2013
SENARAI HADIAH
SENARAI PESERTA *akan di update*

Follow Blog Saya dan Sponsor :

Ira Syiqin | Satu | Dua | Tiga | Empat | Lima | Enam | Tujuh | Lapan | Sembilan |Sepuluh | Sebelas | Dua belas Tiga Belas | Empat Belas | Lima Belas | Enam Belas |Tujuh Belas | Lapan Belas | Sembilan Belas |

Follow Google Sponsor :

Satu

Like Page Saya dan Sponsor :


Add Facebook Sponsor :

Satu

Like Gambar Sponsor : 

Satu

Follow Twitter Saya dan Sponsor :

     

NOVEL!!!!!!!!!!!!!!!!

NoNoNo Bab 1







“Don’t be sad NoNoNo,
you’re not alone NoNoNo
You always became a light for me.
Hold my hand, come and lean on me
I’ll always be your strength.” – APINK


…../\/()…../\/()…..…../\/()…..…../\/()…..…../\/()…..…../\/()…..…../\/()…..…../\/()…..…../\/()…..



Fisya - Leader Of Seven Spring
Mira - Boyish Of Seven Spring
Sofea - Chef Star Of Seven Spring
Ikin - Happy Virus Of Seven Spring
Ila - Selca Of Seven Spring
Janey - Crazy Maknae Of Seven Spring



            “Ahh!! Aku rasa macam nak hentak je muka dia guna tembok cina! Tak guna punya jantan!” jerit Mira sambil memukul bantal dengan sekuat yang boleh. Geram betul dia dengan teman lelakinya tadi. Sesedap cap adabi je keluar dengan perempuan lain padahal tadi call cakap ada kerja kena buat! Pembohong punya jantan! Tembok! Gatal! Buaya gatal!

            “Ehh Mira, kenapa ni?” tegur Fisya dari belakang Mira. Belakang Mira digosok perlahan. Terkejut juga dia tadi kerana sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, Mira terus masuk ke dalam bilik dan menjerit. Mananya tak risaukan? “Aku panas hati dengan jantan buaya air tanah udara tu lah! Si Irham tu! Tadi punyalah bersayang-sayang cakap ada hal. Tengok-tengok, berkepit dengan betina lain. Memang.. erghh!!!!” Mira menumbuk telapak tangan kanannya. Memang rasa macam nak tumbuk je muka lelaki tu. Mujurlah dia masih waras. Kalau tak, memang dah masuk ICU dah Si Irham tu.

            Fisya mengeluh perlahan. Kesian dekat Mira. Sampai hati Irham buat macam tu. Punyalah cinta Mira kepada Irham tu mendalam sampai ke dasar lautan pasifik. “So, kau nak buat apa?” soal Fisya. “Apa lagi? Putuslah! Buat apa nak simpan jantan macam tu? Buat naik lebat je bulu mata aku ni,” jawab Mira sambil menopang dagu. Sedih dan kecewa dibuatnya. Sudah 2 tahun mereka bercinta dan berakhir dengan cara yang menyakitkan. Tertanya juga dia, dimanakan janji-janji manis yang selalu dilontarkan oleh Irham? ahhh.. lelakikan? Janji sana sini, tapi habuk kuman pun tadakk!!

            “Penatnya shopping.eh Mira, awat dengan bantal hang tu? Hang tinju dengan Fisya apa?” soal Sofea sambil meletakkan plastik di atas lantai. Tudung dicabut dan badannya terus dihempaskan ke atas katil Mira. Mintak tumpang ye? Hehehe.. “Kalau aku nak bertinju, bukan dengan Fisya tapi Irham buaya darat cap air tu,” Mira mengeluh. Kemarahannya belum lagi reda. “Yeke? Tulah hang, dari dulu aku dah bagi tahu yang Irham tu bukan boleh caya sangat pon. Setakat janji nak kahwin dengan hang, lebih baik aku suruh abang aku je,” lurus je cara percakapan Sofea. Tak berlapik dengan kain pun. Ish..ish..ish..

            “Kau nikan.. janganlah.. sorrylah,” perlahan sahaja suara Mira. Menyesal tak sudah. “Weh Sofea, mana Ikin, Ila dan Janey? Tak nampak pun,” Fisya menyoal. “Ohh.. ada dekat bawah tu ah. Tengah masak. Alah.. baring jelah. Aku penat. Diorang yang baik hati nak masak. Ikut ler,” Sofea  menguap kecil. Memang itulah perangainya. Malas! Tapi kalau bab shopping, kalah ferarri agaknya.

            “Woit korang bertiga. Jomlah makan,” ajak Ikin dari muka pintu sebelum beredar. “Jom Mira. Pasal kau dengan Irham, kita bincang nantinya. Aku tolong kau nanti,” Fisya menarik mlembut tangan Mira. Memang sifat Mira ni jenis penyayang. Maklumlah, nama gelaran pun Leader Of Seven Spring. Dengan perlahan, Mira bangun dan mengekori langkah Fisya dari arah belakang. Mira ni jenis tomboy dan memang pantang kalau ada orang lelaki kacau perempuan lebih-lebih lagi kalau kawan-kawan dia. Mira ni pula, sebab tu nickname dia  Boyish Of Seven Spring.

            “Emmm.. sedapnya bau!” Sofea menggosok tangannya. Lapar dah ni. “Bau memanglah sedap. Kalau rasa ni, confirm mulut si Sofea ni Bom!! Haha.. Weh, kaukan Chef Star, awat tak masaknya hari ni?” ejek Janey sambil menuangkan air ke dalam gelas. “Woit pendek! Sedap ye kau kutuk aku. Nanti ye kau.. ishh.. aku malaslah.. penat” Sofea memberi amaran dan alasan. Makan dulu lepas tu Janey tu akan dikerjakan secukupnya.

            Mereka berenam duduk di atas kerusi dan menikmati makanan. “Uik Mira, monyoknya muka? Tak sedap ke makanan tu?” soal Ila. Risau juga kalau makanan yang dimasak tidak sedap. Mira menggeleng lemah. “So.. why?” soal Ila lagi. Makin risau juga. Selalunya Mira yang paling happy ehh silap Cik Ikin yang paling happy.

           “Aku putus dengan Irham.. maksud aku.. akan…” perlahan dan lambat sahaja Mira menuturkan kata-katanya. Rakan-rakan yang lain terkedu kecuali Mira dan Sofea yang sudah mengetahui berita ini lebih awal. “Ha? Biar betul?!” Janey menjerit kuat. Cis! Irham ni memang nak kena tumbuk dengan aku ni.

            Mira tersenyum kecil seraya mengangguk. “Kenapa Irham buat macam ni dekat kau? Jantan tu memang tak gunalah. Tak tahu ke yang kau ni separuh mati cintakan dia?” Ikin sudah mula naik marah. “Dia dah ada orang lain kot. Dah muak kot tengok muka aku everyday. Kan? Mungkin..” Mira mengelap air matanya. “Dah.. dah Mira. Jangan menangis okay? Seven Spring berjanji akan menolong Mira a.k.a Boyish!” Fisya mengangkat tangan seperti orang sedang membaca ikrar dituruti oleh 4 orang rakannya. Mira tergelak kecil. “Pandainya korang ambil hati aku,” dia tergelak diikuti oleh rakan-rakannya. 

Tuesday, 3 September 2013

Hello September


LAMBAT!!!!!

HAAHHAHAHAA.. Hello Sep and Goodbye Aug!! Will miss Aug. Meet u next year. xD bye2