“Betul nak buat PREP dalam bilik kesihatan?” soal Is. Dia
masih takut. Manohara mengangguk. “Doktor?” “aku dah beres dah.. doktor tak
ada,” Manohara menjawab dengan bersungguh-sungguh.
“Cik
Sofie?” soal Is kali yang ketiga. “Kalau kena denda, lari naik turun tangga
je,” jawab Manohara bersahaja. “Ha! Gila apa? Kena naik tu 5 kali beb,” bahu
Manohara dipukul kuat oleh Is.
“Alah,
baru kuat stamina,” sampuk Ikin. Dia tersengih. “Bla..bla..” Is menjeling.
Mulutnya dicebik.
3 MINGGU SELEPAS DUDUK DI BILIK KESIHATAN…
Praapp…
bilik kesihatan tersebut dibuka perlahan. Persis cerita hantu. “Ohhh.. di sini
rupanya kamu
berlima!” Cik Sofie bercekak pinggang. Di sebelahnya Kak Amie yang
menjongket kening. Sukalah tu..
“Jaja,
Syikin, Adira, Kira dan Aflin! Lari naik turun tangga 5 kali. Pergi panggil
lagi sepuluh kawan kamu. Ikut join!”
arah CIk Sofie. Matanya tersembul keluar. Telinga pun dah berasap menahan
kemarahan. Nasib baik tak ada penyembur pemadam api, kalau tak dah lama Jaja
pergi ambil.
Aflin
keluar dari bilik kesihatan seraya naik ke tingkat tiga untuk memanggil lagi
sepuluh kawannya. Tidakkah terlalu ramai?
2 MINIT KEMUDIAN… “Ha? Apalagi? Cepat!” Cik Sofie
mengarah. “Amie, tenggokkan 15 ekor budak ni ya. Pastikan diorang habis denda,”
kata Cik Sofie seraya beredar.
“Keju
betul! Apa panggil kita ekor?” Eyin mencebik. “Betul,” sahabat karibnya, Elly
menyokong. Bibir dimuncung panjang.
Selepas
5 kali naik turun tangga, barulah selesai urusan mereka. Fuh! Punyalah penat.
Nak longgar kaki sorang-sorang. “Nak lagi?” Kak Amie menyoal. Terselit juga
sindir-sindiran halus kepada 15 N.G. “Boleh juga!” kepala Faz mengangguk laju.
Kak Amie
menjeling geram. “Dah! Awak semua membazirkan masa emas saya. Sekarang masuk
PREP!” jerit Kak Amie lantang. Jari telunjuknya ditujukan ke arah tangga. Fuh!
Nasib tak suruh naik turun tangga lagi. Mulut Faz ni memang nak kena cili! Baru
tadi Kak Amie baik macam bidadari, dia nak pergi naikkan kemarahan Kak Amie.
Dahlah kalau Kak Amie tu marah mengalahkan muka setan! Seram nak mampos. Sebab
tulah, jarang orang nak permainkan dia kecuali 15 N.G. kalau Kak Amie baik
semacam, semua dekat dan ada yang tersenyum memandang dia. Tapi, kalau Kak Amie
marah, sumpah! Tiada siapa yang nak dekat dengan dia apatah lagi senyuman.
kalau ada yang beri senyuman pun akan dibalas dengan jelingan setajam pisau
samurai! Menusuk ke kalbu! Okey, itu profail sampingan Kak Amie ya?
15 N.G
segera masuk ke dalam PREP. Ni tak tahulah kali ke berapa diorang kena denda
dan buat rekod disiplin. “Fuh, baru nak sedap-sedap duduk dekat bilik kesihatan
yang tersedianya aircorn!” Adira
mengomel. Masih belum puas duduk di dalam bilik kesihatan. Kalau boleh, dia
mahu sahaja pengsan! Tak payah belajar dan boleh tidur puas-puas. Suka!
“You right. I think, esok kita lepak
dekat tempat,” Syikin berkata.muknya sedih semacam.. “Where and wae?” soal Adira.
“Esok
kena lepak dekat bilik puan besar! Mampos LOL!” Syikin merenyukkan bau
kurungnya. “Ha! Mana kau tahu?” terbuntang mata Aflin. Bahu Shiela ditarik.
15 N.G
masuk ke dalam kelas. “Tadi lorr.. aku dengar bisikan halus Cik Sofie,” Syikin
menjawab lemah. “Puan besar atau guru besar?” soal Shiela kepada Syikin. “Pengetua..”
dengan baik hati, Kira tolong jawab. Dia ketawa besar.
“Jap!
Bukan semuanya sama eh?” tangan Siti diangkat. Pening dengan soalan Shiela dan
jawaban Kira. Baginnya, Pengetua,Puan Besar mahupun Guru Besar, sama saja..
“entah..”
“sama..sama..
sama sangat!”
“betul..betul..betul..”
Hai!
Nilah masalah cakap dengan budak tak tahu nak jawab soalan. Rasa nak lempang je
mulut dua ekor ni! “Dahlah! Jomlah lepak..” Syikin menjerit. “Kaki lepak! Buat
kerja rumah tak hendak,” Nikita tersenyum jahat.
“Homework apakah yang kita ada ya?” soal
Syafikah sambil menggosok tangan. Tidak sabar hendak memegang pensil. Memang
rajin! “Geo dan Sej,” jawab Nikita. Buku lok dikeluarkan dituruti oleh buku
teks tebal.
“Malas
nak buat,” Syikin berkata. Dia melentokkan kepalanya ke dinding seraya
memejamkan mata.
Ok, time to sleep!
“Tak takut kena denda lah minah ni,” Adira mencubit paha Syikin. “Ouch! Sakitah
bodoh,” pahanya digosok kasar. Sakit wooo…
“Woi,
ketua yang disegani lagi dihormati! Do
your homework. Kau tu dicontohi,” Adira menyerahkan buku milik Syikin. Wait.. contohi? Mencontohi perangai
buruk Syikin? Apakah yang ada di dalam otak Adira? Sewel ke hape?
“Hehe..
tahupun aku ni ketua yang disegani. So,
tolong wat kan untuk aku,” sengih Syikin lebar sehingga ke pipi. “Banyak hodoh
muka hang! Buat sendirilah beb,” Adira mendengus geram. Dia ketawa
terekekek-kekek.
“Semua!
Bertenang ya? Kat bilik puan besar kan ada penghawa dingin! Mesti syok punyalah,”
Kira tersenyum sinis. “Syok? Syok kena rotan!” Jaja memeluk tubuh. “Rotan?
Jap.. apa kesalah kita ah? Kan tadi dah kena denda naik turun tangga! Ini tidak
adil.. tidak adil.. bagiku! Owh~” dalam gaya marah, sempat lagi Ila bernyanyi.
“Mungkin
ada benda lain kot,” fikir Eyin. Jari telunjuk diletakkan di dagu. Seperti gaya
orang sedang berfikir. “Woi cenetott!
Dahlah kecik, nak bagi idea BENDA LAIN KOT?” Is mengejek Eyin seraya ketawa
terkekek-kekek. “Pooddaaahhh..” mata Eyin dijengkilkan. Terasa ingin menyili
sahaja mulut Is yang memang suka menyakitkan hari orang.
Tangan
Syikin diangkat tanda menyuruh mereka berhenti. Senyap. 15 N.G memerhatikan
keadaan sekeliling. Lagi 15 orang pelajar yang memandang mereka. Ada yang
berbisik, ada yang menjeling. Mungkin sebab mereka terlalu bising. “Ngeee…”
selamba Siti mengiringi giginya yang putih. Iklan colgate sementara! Kerja part time ye..
“Apa
pandang-pandang? Ada hutang?” soal Wina dengan nada keras. Kasar sungguh. Nama
dahlah lembut, tuan kasar gila! Semua pelajar perempuan memandang ke hadapan
semula. Tidak kuasa melayan karenah 15 N.G yang memang mempunyai reputasi yang
buruk berbanding pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Ayer Cetek yang berada
bersebelahan dengan Sekolah Menengah Ayer Dalam.
“Lepas
ni, kita nak pi mana?” soal Wina. Keningnya dijongket tiga kali. Syikin
mengeluh kecil. “Sayang, kita ke dormlah! Habis, kau nak pergi tandas ke ah?”
terjojol mata Syikin menahan kemarahan. “LOL! Selalu kita lepak dekat hujung
padangkan?” Wina menyoal buat kali yang kedua.
Dahi
Syikin diketuk dua kali oleh Syikin. “Hari Isnin ialah hari cuti bagi kita.
Cuti dari masalah..” Adira tolong jawab.
“Masalah?
Bukan kita baru buat masalah eh tadi?” “Itu kebetulan saja,” sampuk Nikita.
Buku berjudul Ombak Rindu yang dipinjam dari perpustakaan ditutup. Nak joinlah tu. Memang rajin Nikita ye?