Tuesday, 15 October 2013

15 N.G -BAB 4-

1 MINGGU SELEPAS TANDAS ANGKAT..
           
            15 N.G keluar dari dorm dengan lemahnya. “Cepat keluar! Siapa yang lewat akan diambil tindakan,” jerit Kak Mie, pegawai EXTIMA yang skema sudah menjerit dengan nyaringnya. “Relax akak! Steady sikit..” selamba Jaja bersuara. Dia menjongket kening. Aapa! Keluar sekarang..” makin marah dibuatnya Kak Mie.

            Laju Jaja berlari meninggalkan Kak Mie yang sudah merah mukanya. Seperti hendak meletop! “Wehh.. kau dengar dah lagu terbaru Najwa Latif? AdaMU! Best gile lagu dia,” Ila memprosmosikan lagu Najwa Latif. Memang dia tu nak jadi penyanyi macam Najwa Latif dan Ainan Tasneem.

            “Yap! Suka..” Wina menganggukkan kepalanya. “Aku rasa nak buat persembahan dekat karnival sekolahlah,” kata-kata Ila membuatkan ahli yang lain tersentak. “Serius?” soal Siti. Matanya terbuntang luas. Seperti hendak terkeluar. Ila mengangguk laju.

            “Korang pergilah riadah dulu. Aku nak jumpa dengan Cikgu Halimatun dulu,” Ila membelok ke arah kanan masuk ke kawasan sekolah. 15 N.G memandang antara satu sama lain.
            Syikin bersuara “Kita kena bagi semangat dekat Ila! Ingat tak dia kata yang dia nak jadi penyanyi. Kita tak leh halang cita-cita abadi dia,” “betul!” sampuk Syafikah.
            ******************
KARNIVAL SEKOLAH…

            “Ila, pukul berapa kau nyanyi?” soal Kira. “10!” sepatah Ila menjawab. Dia sibuk meneliti rilik berjudul AdaMu yang dinyanyikan oleh ‘Najwa Latif’. “Ek eleh.. mentang-mentang nak menjadi bakal Najwa Latif, dah lupa orang,” bahu Ila ditolak oleh Ikin. “Kalau dah popular, jangan lupa 15 N.G ya?” usik Nikita.

            Ila ketawa kecil. “Pandailah korang!” Ila menjelir. “Skang ni baru pukul 9. Jom pergi beli makanan dulu,” ajak Is. Dia menggosok perut tanda lapar. “Betul! Aku lapar ni..” Eyin menyampuk. Walaupun dia kecil tapi perut besar!

            “Tak padan dengan kecil,” ejek Syikin. “Salah ke?” soal Eyin semula. “Tak..” serentak Syikin dan Adira bersuara. Pecah ketawa.

            15 N.G bergerak keluar dari dewan seraya pergi ke padang sekolah. 15 N.G tetap berkumpul. Memang jumlah geng mereka ramai, tapi mereka tak kisah. Lagi ramai lagi best!  “Nugget.. nyumm..” Manohara meneguk air liur. Rindunya nugget bersalutkan tempura!

            “Nugget tempura RM2 ye?” “Baiklah Manohara..” Maisarah tersengih. “Eceh.. kenal ke aku?” soal Manohara. “Kenal sangat dengan 15 N.G” Maisarah mengenyitkan mata kanannya.

            Dia mengambil 10 nugget menggunakan penyepit selepas itu diserahkan kepada Manohara. “Masih panas..” Manohara tersengih. “Bagus pa?” soal Elly. Manohara mengangguk.  “Ehhh.. dah! Pening aku dengar korang berdua berbual,” Adira mengangkat tangan.

            “Lembab!” Elly berkata. PAP! Satu tamparan kuat di bahu Elly. Ambil kau! Free je. Tak yah bayar.. “Kau kata aku lembab?” terjojol mata Adira. Elly menggelengkan kepala. Oppss.. tak sedar yang dia mengejek Adira.

            “Dahlah.. kalau nak beli cepat! sebelum pukul 10 Ila dah kena terpacak dekat dewan tu.. 30 minit lagi,” keras Jaja bersuara.

            “Ok! Kita beli air dan makanan lepas tu kita gerak ke dewan, ok?” cadang Shiela. Jari telunjuk diangkat tinggi. “Orait!” Ila tersengih.

            Selepas 20 minit membeli, 15 N.G masuk ke dalam dewan dan berkumpul di dewan belakang. “Ila, suara kau dah okey?” “Ok selalu Faz. Kau jangan nak ejek aku eh?!” Ila menjeling tajam Faz. Faz ketawa kecil.

            Ila mengambil kertas lagu. Mulutnya terkumat-kamit membaca lirik-lirik tersebut. “Ila, nanti nak dekat kul 10kan, kau giliran ke berapa?” Is menyoal Ila. “2,” pendek dia menjawab. Matanya masih tertumpu kepada kertas tersebut.
            *********************
            “Fighting!” Faz memberi semangat. Shiela yang berada di sebelah Ila menepuk bahu Ila sambil mengenyitkan matanya.  “Ja Ja Fighting?” soal Ila. “Korea..” Shiela mengangguk sambil tersengih. Iklan kayu sugi!

            Ila masuk ke dalam pentas dengan perasaan gemuruh. Gitar bewarna biru tua dipegang erat. “Ehem.. testing 1 2 3..” selamba Ila membuat lawak. Yelah, budak nakal? Sapa heran! “Okey, berdirinya saya di sini bukan nak buat kecoh eh? Hehe.. saya nak nyanyi lagu AdaMU yang dinyanyikan oleh Najwa,” sekali lagi Ila membuat lawak. Beberapa orang pelajar ketawa kecil.

            “Ila ni.. sempat dia buat lawak,” Shiela berpeluk tubuh. “Eia selalu sempat! Nak makan masa tidur pun sempat,” sampuk Syikin diiringi gelak ketawa. Memang sah, ketua yang paling kejam!

            “Jahat tul..” Jaja menjeling Syikin. Bahu Syikin diangkat. “Shhh… Ila dah nak start nyanyi tu,” jari telunjuk Adira diletakkan ke mulur.

            Jaja dan Syikin menekup mulut. 15 N.G bergerak ke hadapan dewan dan duduk di barisan masing-masing. Mereka dah tak sabar nak dengar kawan baik sendiri nyanyi. Mesti syok siot!!!




“Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan”

            3 minit 49 saat bernyanyi, akhirnya TAMAT. Dewan menjadi sunyi sepi. Ada yang menelopong, ada yang hampir pengsan. Ceh! Skema betul. Cik Sofie dan Kak Mie pun tak terkelip mata-mata.

            “Wehh.. serius tu Ila? Gulp!” Adira menelan air liur. Manakan tidak terkejut kalau suara Ila sedap nak mampos! Memang sedap sangat. Setanding dengan Najwa Latif. “Entah.. nanti kita bawa dia jumpa bomoh,” Syikin menjawab soalan Adira. Terselit gurauan. “Bomoh cina ke siam?” soal Shiela pula. Dia tesenyum jahat. “Bomoh kau!” Syikin menjawab dengan nada yang marah.

            “Just kidding okeh. Hehe..” dua patah Shiela gelak. Pelik! …

            Ila kembali ke belakang dewan. Apalagi, 15 N.G pun ikut joinlah! Takkan tak nak join kawan sendirikan.. “Ila! Kau Nampak tak tadi? Semua terkejut wehh…” Syikin orang pertama menegur Ila. Siap peluk lagi.. “Wehh.. geli wo! Blah..” Ila menggerakkan bahunya.

            “Eleh.. muhrimkan?” Syikin mencebik. “Perempuan dengan perempuan. Lelaki dengan lelaki. Perempuan dengan lelaki kalau dah kawin ye?” Eyin memberi ceramah percuma.

            “Alah, cakap tak supa bikin,” Elly menyiku perut Eyin. Sakit dibuatnya budak kecil tu! Dahlah kecil, kena hentam pulak dekat perut. Kesian… “Ila, masukkan MV kau dalam Youtube,” Ikin memberi cadangan.

            Eeleh.. nanti orang tekan unlike, mampos gua!” Ila menepuk dahinya. “Alah.. padahal suka!” Ikin menjelir Ila. “Hahaha.. tak mahulah! Nanti Najwa Latif hilang popular dia!” Ila berkata seraya ketawa kecil. 15 N.G yang lain turut tergelak. Diorang ni, kalau tak ketawa setiap 5 minit, memang tak sah! Wajib ketawa. Kalau tak, boleh pengsan!