Wednesday 25 December 2013

Nature Republic

Assalamualaikum and Annyeong! ^^ hehe.. actually, Farah tak tahu nak tulis apa. Blog ni pun dah bersarang dah =/ .. so, cadang nak tulis je lah apa yg boleh ditulis. So, tajuk Farah hari ini adalah

 NATURE REPUBLIC

apakah?? haha.. kepada mereka2 yg suka pakai produk kecantikan memanglah suka beli benda2 ni kan? okay, sekarang ni, duta untuk produk ini adalah EXO (my abang =P) yeah, all EXO STAN + Kpoppers mmg nak lah beli Nature Republic. ada yg memang nak beli dan ada yg beli sbb EXO maybe? macam Farah lah kan? xD sbb nak EXO je. hahahaha.. 

So, dekat Korea mmg ramai yg guna Nature Republic sekarang ni. Sbb dari pemerhatian Farah lah kan, diorang mmg suka benda ni. Maybe sbb EXO dutanya ataupun sbb mereka memang suka guna produk ni? *wonder MONEY MONEY ala-ala Suho*

So, dkat bawah ni ada 12 set produk Nature Republic dan dutanya masing-masing ^^v : 


EXO's Goodies <3 wuuuuu 


Official EXO's Nature Republic + Siganture 


So, this is EXO. Kalau korang pergi KL, adalah gmbar EXO besar2 kat situ. gmbar macam yg Nazim Othman ambik bersama 'adiknya' (Sehun yehet xD) 


so, that's Nature Republic! Kalau nk beli produk ni, kat KL ada orait?! so, chill babeh!



15 N.G -BAB 5-

“Betul nak buat PREP dalam bilik kesihatan?” soal Is. Dia masih takut. Manohara mengangguk. “Doktor?” “aku dah beres dah.. doktor tak ada,” Manohara menjawab dengan bersungguh-sungguh.

            “Cik Sofie?” soal Is kali yang ketiga. “Kalau kena denda, lari naik turun tangga je,” jawab Manohara bersahaja. “Ha! Gila apa? Kena naik tu 5 kali beb,” bahu Manohara dipukul kuat oleh Is.

            “Alah, baru kuat stamina,” sampuk Ikin. Dia tersengih. “Bla..bla..” Is menjeling. Mulutnya dicebik.

3 MINGGU SELEPAS DUDUK DI BILIK KESIHATAN…


            Praapp… bilik kesihatan tersebut dibuka perlahan. Persis cerita hantu. “Ohhh.. di sini rupanya kamu 
berlima!” Cik Sofie bercekak pinggang. Di sebelahnya Kak Amie yang menjongket kening. Sukalah tu..

            “Jaja, Syikin, Adira, Kira dan Aflin! Lari naik turun tangga 5 kali. Pergi panggil lagi sepuluh kawan kamu. Ikut join!” arah CIk Sofie. Matanya tersembul keluar. Telinga pun dah berasap menahan kemarahan. Nasib baik tak ada penyembur pemadam api, kalau tak dah lama Jaja pergi ambil.

            Aflin keluar dari bilik kesihatan seraya naik ke tingkat tiga untuk memanggil lagi sepuluh kawannya. Tidakkah terlalu ramai?

2 MINIT KEMUDIAN… “Ha? Apalagi? Cepat!” Cik Sofie mengarah. “Amie, tenggokkan 15 ekor budak ni ya. Pastikan diorang habis denda,” kata Cik Sofie seraya beredar.

            “Keju betul! Apa panggil kita ekor?” Eyin mencebik. “Betul,” sahabat karibnya, Elly menyokong. Bibir dimuncung panjang.  

            Selepas 5 kali naik turun tangga, barulah selesai urusan mereka. Fuh! Punyalah penat. Nak longgar kaki sorang-sorang. “Nak lagi?” Kak Amie menyoal. Terselit juga sindir-sindiran halus kepada 15 N.G. “Boleh juga!” kepala Faz mengangguk laju. 

            Kak Amie menjeling geram. “Dah! Awak semua membazirkan masa emas saya. Sekarang masuk PREP!” jerit Kak Amie lantang. Jari telunjuknya ditujukan ke arah tangga. Fuh! Nasib tak suruh naik turun tangga lagi. Mulut Faz ni memang nak kena cili! Baru tadi Kak Amie baik macam bidadari, dia nak pergi naikkan kemarahan Kak Amie. Dahlah kalau Kak Amie tu marah mengalahkan muka setan! Seram nak mampos. Sebab tulah, jarang orang nak permainkan dia kecuali 15 N.G. kalau Kak Amie baik semacam, semua dekat dan ada yang tersenyum memandang dia. Tapi, kalau Kak Amie marah, sumpah! Tiada siapa yang nak dekat dengan dia apatah lagi senyuman. kalau ada yang beri senyuman pun akan dibalas dengan jelingan setajam pisau samurai! Menusuk ke kalbu! Okey, itu profail sampingan Kak Amie ya?

           15 N.G segera masuk ke dalam PREP. Ni tak tahulah kali ke berapa diorang kena denda dan buat rekod disiplin. “Fuh, baru nak sedap-sedap duduk dekat bilik kesihatan yang tersedianya aircorn!” Adira mengomel. Masih belum puas duduk di dalam bilik kesihatan. Kalau boleh, dia mahu sahaja pengsan! Tak payah belajar dan boleh tidur puas-puas. Suka!

            “You right. I think, esok kita lepak dekat tempat,” Syikin berkata.muknya sedih semacam.. “Where and wae?” soal Adira.

            “Esok kena lepak dekat bilik puan besar! Mampos LOL!” Syikin merenyukkan bau kurungnya. “Ha! Mana kau tahu?” terbuntang mata Aflin. Bahu Shiela ditarik.

            15 N.G masuk ke dalam kelas. “Tadi lorr.. aku dengar bisikan halus Cik Sofie,” Syikin menjawab lemah. “Puan besar atau guru besar?” soal Shiela kepada Syikin. “Pengetua..” dengan baik hati, Kira tolong jawab. Dia ketawa besar.

            “Jap! Bukan semuanya sama eh?” tangan Siti diangkat. Pening dengan soalan Shiela dan jawaban Kira. Baginnya, Pengetua,Puan Besar mahupun Guru Besar, sama saja..

            “entah..”

            “sama..sama.. sama sangat!”

            “betul..betul..betul..”

            Hai! Nilah masalah cakap dengan budak tak tahu nak jawab soalan. Rasa nak lempang je mulut dua ekor ni! “Dahlah! Jomlah lepak..” Syikin menjerit. “Kaki lepak! Buat kerja rumah tak hendak,” Nikita tersenyum jahat.

            “Homework apakah yang kita ada ya?” soal Syafikah sambil menggosok tangan. Tidak sabar hendak memegang pensil. Memang rajin! “Geo dan Sej,” jawab Nikita. Buku lok dikeluarkan dituruti oleh buku teks tebal.
            “Malas nak buat,” Syikin berkata. Dia melentokkan kepalanya ke dinding seraya memejamkan mata

Ok, time to sleep! “Tak takut kena denda lah minah ni,” Adira mencubit paha Syikin. “Ouch! Sakitah bodoh,” pahanya digosok kasar. Sakit wooo…

            “Woi, ketua yang disegani lagi dihormati! Do your homework. Kau tu dicontohi,” Adira menyerahkan buku milik Syikin. Wait.. contohi? Mencontohi perangai buruk Syikin? Apakah yang ada di dalam otak Adira? Sewel ke hape?

            “Hehe.. tahupun aku ni ketua yang disegani. So, tolong wat kan untuk aku,” sengih Syikin lebar sehingga ke pipi. “Banyak hodoh muka hang! Buat sendirilah beb,” Adira mendengus geram. Dia ketawa 
terekekek-kekek.

            “Semua! Bertenang ya? Kat bilik puan besar kan ada penghawa dingin! Mesti syok punyalah,” Kira tersenyum sinis. “Syok? Syok kena rotan!” Jaja memeluk tubuh. “Rotan? Jap.. apa kesalah kita ah? Kan tadi dah kena denda naik turun tangga! Ini tidak adil.. tidak adil.. bagiku! Owh~” dalam gaya marah, sempat lagi Ila bernyanyi.

            “Mungkin ada benda lain kot,” fikir Eyin. Jari telunjuk diletakkan di dagu. Seperti gaya orang sedang berfikir. “Woi cenetott! Dahlah kecik, nak bagi idea BENDA LAIN KOT?” Is mengejek Eyin seraya ketawa terkekek-kekek. “Pooddaaahhh..” mata Eyin dijengkilkan. Terasa ingin menyili sahaja mulut Is yang memang suka menyakitkan hari orang.

            Tangan Syikin diangkat tanda menyuruh mereka berhenti. Senyap. 15 N.G memerhatikan keadaan sekeliling. Lagi 15 orang pelajar yang memandang mereka. Ada yang berbisik, ada yang menjeling. Mungkin sebab mereka terlalu bising. “Ngeee…” selamba Siti mengiringi giginya yang putih. Iklan colgate sementara! Kerja part time ye..

            “Apa pandang-pandang? Ada hutang?” soal Wina dengan nada keras. Kasar sungguh. Nama dahlah lembut, tuan kasar gila! Semua pelajar perempuan memandang ke hadapan semula. Tidak kuasa melayan karenah 15 N.G yang memang mempunyai reputasi yang buruk berbanding pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Ayer Cetek yang berada bersebelahan dengan Sekolah Menengah Ayer Dalam.

            “Lepas ni, kita nak pi mana?” soal Wina. Keningnya dijongket tiga kali. Syikin mengeluh kecil. “Sayang, kita ke dormlah! Habis, kau nak pergi tandas ke ah?” terjojol mata Syikin menahan kemarahan. “LOL! Selalu kita lepak dekat hujung padangkan?” Wina menyoal buat kali yang kedua.

            Dahi Syikin diketuk dua kali oleh Syikin. “Hari Isnin ialah hari cuti bagi kita. Cuti dari masalah..” Adira tolong jawab.

            “Masalah? Bukan kita baru buat masalah eh tadi?” “Itu kebetulan saja,” sampuk Nikita. Buku berjudul Ombak Rindu yang dipinjam dari perpustakaan ditutup. Nak joinlah tu. Memang rajin Nikita ye? 

Saturday 14 December 2013

Outing with friend :))


Assalamualaikum! ^^ hello~!~ So, masa tu Farah outing dgn kawan2 Farah sbb dah lama x jmpa. ye lah kan, sekolah lain2, mmg lah susah nk jmpa kan? setakat call, mesej n whatsapp je~ tp x face to face so, x best xD puahahaha..