Tuesday 27 November 2012

Segmen-Segmen-Segmen



Salam!
Farah nak promote GA Yang FARAH join. Hope. sudi nak join! ^^ hehe..













YANG PALING PERLU JOIN:


FUh.. *PATAHKAN JARI JEMARI* LOL, penatnya Farah buat! haha.. so, hargailah jasa Farah dengan menekan banner-banner tersebut ye?! Harap korang sudi join! Hehe, yang banner bawah sekali tu, JOIN ar yep? Farah target 100 org! >__< sekarang ni ada 35 orang yang join, so, korang kena JOI tau? Hadiah best45!!!! PLEASE< JOIN SEMUANYA!!! 

Friday 23 November 2012

Buat Menu


Salam! ^^ Tuto ni DiRequest oleh Rakan kita! Thnx tanya, bolehlah kongsi..kongsi..
Okey, nak tahu apa itu Menu? Err.. Farah tak tahu nak tulis macam mana. Senang-senang, korang pergi dekat SideBar Farah, ada tulis MyMenu tak? adakan? ha.. itulah dia. Macam tempat tab-tab tu.. ADOI!!!!! Tak tahu nak terang macam mana. Ahh.. cubalah sendiri!

Add Gadget>Html

Copy kod bawah ni:

<center><b></b></center>
<center><form action="http://www.myspacegens.com/handler.php?gen=redirect" method="post"><select name="url" style="width: 160px; height: 20px; font-size: 11px; background-color: #F252A5; color: #FFFFFF; border-radius:4px; font-family: Verdana;"><option value="LINK URL" />Tittle<option value="LINK URL" />Tittle<option value="LINK URL" />Tittle<option value="LINK URL" />Tittle<option value="LINK URL" />Tittle<option 
value="LINK URL" />Tittle<option 
value="LINK URL" />Tittle</select><input type="submit" style="border-width: 1px; border-color: #DD8AFF; border-style: solid; border-radius:4px; font-family: Century Gothic; color: #FFFFFF; background-color: #F179B7;" value="Go!" /></form></center>


Merah: Tukar warna
Pink: LINK URL
Biru: Tittle
Hijau: Ubah ikut suka.. 

Okey, done! Senangkan? Kalau senang buat lahh.. Kalau jadi kasi tahu, kalau tak, pun kasi tahu!! Ngehhhh....



Dapat Doodle yang ditempah! Maksud saya, menang! hehe..


Salam! ^^ Hallo..Hallo..
Setelah sekian lama menunggu, Farah dapat jugak Doodle yang comel lagi lotte! heheh..



Ecececehh.. Comel tak? Hehe.. semua warna hampir sama! :P TAPI, COMEL!!

Wednesday 21 November 2012

Adikku Kaunselor Cinta 2




BAB 2
            “Assalamualaikum, uncle,” Faqihah menyalam Dato’ Fuad. Farah dan Ikhwan tercuit-cuit memberi isyarat agar rancangan harus dilakukan dengan segera.

            “Waalaikumussalam. Amboi, ramahnya,” Dato’ Fuad tersenyum manis. Khazwan berdehem apabila dipuji begitu. Faqihah tersenyum manja. Matanya memerhati setiap ruang rumah banglow mewah itu. ‘besarnya rumah! Aku ken berusaha agar mendapatkan Khazwan. Lepas tu, mintak dia beli cincin 4 karat. Tambah dengan koleksi Jimmy Choo! Wow, mewah hidup. Tak perlu kerja jadi PA Khazwan. Haha.. aku berkuasa kepada dua orang adiknya’ ngomelnya di dalam hati. Dia tidak sabar ingin menjadi pemaisuri di dalam rumah itu.

            Mereka sekeluarga duduk di ruang tamu. Hari ini, Faqihah mengankan baju kurung. Biar nampak sopan sedikit, walhal di tempat kerja, mengalahkan Miss Universe! Sana sini terdedah.

            “Berapa lama kenal Khazwan?” soal Dato’ Fuad. “saya PA dia. Hihi..” dia ketawa manja. ‘Nanti jadi isteri dah lelaki tua! Haha.. aku akan menguasai rumah ni. Semua harta diorang, aku ambil’ kata hati kecilnya. Dia tersenyum manis seperti gula.

            Farah membuat gaya muak apabila melihat cara Faqihah. Ikhwan pula memegang adiknya agar tidak diserangnya Faqihah.

            “Saya kena panggil apa dekat dia ni Abang KIM?” soal Farah dengan tidak ikhlas. “Panggil Kak Qiqi ye?”  potong Faqihah. “Qiqi? Dari planet mana dia ambil nama tu? Sungguh.. Meloyakan tekak aku je!’ bebel Farah. Tapi, dia masih tersenyum.

            “Kak Qiqi, cantik baju kurung. Beli dekat pasar malam mana ye?” soal Farah dengan nada gembira. Khazwan membuntang matanya memandang adiknya. “apa dia?” soal Farah dengan nada perlahan. Dia mengetap bibir agar Khazwan dia. Khazwan terpaksa mengunci mulutnya. Sungguh, Khazwan tidak berani dengan adik yang berumur 14 tahun!

            “Kak Qiqi beli dekat butik yang paling ternama,” jawabnya. Dalam hatinya sibuk menyumpah seranah Farah sebab mengatakan bajunya dibeli di pasar malam. Kalau ada cili, memang dia hendak menyumbatkannnya ke dalam mulut Farah.

            Dato’ Fuad memint izin untuk ke tingkat atas. Katanya mahu menyelesaikan tugas. Beliau mahu membiarkan Farah sahaja yang menilai Faqihah. Dia tahu, Farah akan melakukan yang terbaik untuk abangnya.

            ‘Tak pe. Esok, lusa, aku akan beli baju dekat butik pling mahal di Asia Tenggara budak! Aku akan kaya tidak lama lagi. Aku tak ingin langsung dengan abang kau ni! Aku dah ada boyfriend lebih kacak dari abang kau tahu tak? Ini semua aku lakukan untuk duit!’ hatinya mengomel.

O            “Oh ya.. Abang saya ni suka pergi disko, akak suka?” soal Ikhwan pula. Terkedu Khazwan mendengarnya. Bila pula dia suka ke disko??!! “ya? Akak suka sangat! Dapat menari..” akhirnya, Faqihah sudah masuk ke dalam jerat pertama.

            “Iya? Bagus! Memang bagai pinang dibelah tiga,” selamba Ikhwan menukar kata pepatah. “Adik suka buat apa ya?” soalnya. Buat-buat ramah. “Nak tahu? Budat bodoh!!” Farah dan Ikhwan ketawa dengan kuatnya. Khazwan menekup mulut menahan gelak. Merah padam dibuatnya muka Faqihah apabila dipermainkan sedemikian rupa oleh budak kecil itu.

            “Haha.. adik ni kelakarlah,” Faqiah buat-buat ketawa. “Kalau abang dan Kak Qiqi kahwin, kita guna tema biru. Baru cun. Kasut, kita tak payah guna yang Jimmy Choo, sebab tak cantik. Kita beli je dekat butik mama kawan Farah. Murah je,” Farah selamba mengenakan Faqihah. Dia tahu, pasti Faqihah akan meminta untuk membelikannya kasut tersebut kerana designnya sangat cantik.
           
            “Tapi adik, akak nak guna tema hitam dan putih. Dan, kenalah pilih kasut Jimmy Choo, sebab.. Sebab.. Cantik! Nanti barulah dipandang orang, “ Faqihah membuat raut wajah risau. “Kak Qiqi..” Ikhwan memanggil.

Farah menyambung “kalau orang kahwin, memanglah orang pandang dekat pengantinnya! Ada ke tetamu yang tak pandang pengantin? Tambahan pula, orang mana tengok kasut! Orang tengok pengantinnya. Warna hitam dan putih? Kalau dicampur sebijik macam najis cicak! Kelabu berasap. Haha.. bagus! Muka dah putih, paki baju versi putih hitam, agaknya, kalau najis cicak jatuh pun.. Orang tertukar! Tak perasan! Terbaik pilihan akak. Satu lagi, baju pengantin, kita beli yang simple mimple je. Kasut Jimmy Choo, dari awal adik reject! Buat menyemak je. Hantaran kita ambil RM4000 je. Okey? Murah je. Hantaran pun murah! Tak payah ada Galaxy Note III dan Iphone segala bagai. Okey?” panjang lebar Farah membebel.

Ternganga dibuatnya Faqihah mendengarnya. Ikhwan tersenyum mengejek manakala Khazwan menggelengkan kepalanya. Boleh buat karangan bahasa melayu! Farah juga boleh dilantik sebagai perunding imej untuk perkahwinan!

“Okey, sekarang ni kita pergi makan ye. Qiqi, jom..” Khazwan mengajak Faqihah. ‘Terseksanya melayan karenah budak ni!’ bebel Faqihah di dalam hati. “you, kenapa bukan you yang buat pilihan! Kenapa budak kecil tu?” Faqihah mengadu. “sorry Qiqi. I memang kena tanya adik I dulu sebab, dia sudah dilantik oleh ayah supaya menjadi ibu kepada kami,” jawabnya.

“kelurga you sungguh pelik! Tak pernah dalam dunia ni, I dengar ada budak kecil jadi ibu! Fikirlah you. I nak buat pilihan sendiri. Perkahwinan ada 1 kali je dalam hidup,” Faqihah tidak mengalah.

“but Qiqi. I terpaksa. Nanti dia mengamuk macam serigala jadian!” “Tak lawak okey! I tak kira, nak juga koleksi kasut Jimmy Choo, baju pengantin dari Syaiful Baharim!: kakinya dihentak-hentak. Citarasanya sungguh tinggi! Mahu designer baju yang mereka baju penganti Scha Al-Yahya! "Satu lagi, selalunya, ayah yang jumpa calon pilihan!" "Nak buat macam mana, ayah I tu ada urusan yang harus dia siapkan. Tak apa, nanti adik I bagi tahulah ayah I macam mana you ni," jawab Khazwan.

Mereka berdua duduk di kerusi yang disediakan. Dengan sopan, Faqihah mengambil sudu dan garpu dengan penuh kelembutan dan menjaga keayuan diri. Belum sempat Faqihah hendak menyuap makanan, Farah menarik tali yang berada di bawah kerusinya. Tali tersebut bersambung dengan kaki kerusi tempat Faqihah duduk.

Ikhwan juga mematahkan sedikit bahagian kaki kerusi tersebut. Sekali sahaja tarik, menyebabkan kaki kerusi tersebut bengkok dan menyebabkan kerusi tidak seimbang. “Mak pocot , aku kaya kau tak!” Faqihah melatah.

Terkedua Ikhwan mendengar kata-kata Faqihah. Farah dan Ikhwan ketawa besar. “sorry. I rasa kerusi ni senget sebelah,” Faqihah membetulkan duduknya. “Hei! Ingat ni kerusi murah ke ah? Kerusi ni tak akan patah melainkan akak tu berat,” ejek Farah.

Tapi, Faqihah sebenarnya seorang yang langsing dan menjaga pemakannya. Dia masih tersenyum. Senyuman yang dibuat-buat agar Khazwan dapat melihat kesabarannya. Yang sedang ligat di dalam otaknya adalah H.A.R.T.A.

Mereka meneruskan sesi makan-makan. Memang banyak makanan yang disediakan oleh Mak Jah. Mihun sup, Mashroon Soup ala-ala Pizza Hut, nasi beriani dan juga air oren. Dengan muka tidak malu, Farah mengambil semua makanan yang hendak diambil oleh Faqihah. Dia tu memang kuat makan, tapi beraty kekal dengan 35 KG. katanya, ingin menambah berat badan.

Terpaksalah Faqihah menahan sabar. Jikalau Khazwan tidak ada, sudah tentu dia cili mulut budak ni. Tapi, apabila difikirkan, rasanya Farah yang akan mula-mula hentam Faqihah kot.

You…” belum sempat Faqihah menhabiskan ayatnya, Ikhwan menyampuk. “Nama dia Khazwan Iskandar Mizlamian ye? Bukan ikan yu! Bukan ikan jerung,” selamba dia berkata. Terbuntang mata Faqihah mendengarnya. Khazwan pula mengetap bibir menahan gelak.
Mulut Faqihah dicebikkan. ‘Dasar budak tak guna!’ hatinya mula berapi. Geram yang teramat! Dia tidak boleh tahan lagi!

 “Stop! I tak boleh tahan dengan semua ni,” Faqihah bangun dari duduknya. Dia membuntangkan mata memandang tiga manusia yang berada di depannya.

“Untuk pengetahuan, saya sebenarnya tak sukakan awak pun Khazwan! Saya Cuma sukakan harta awak je. Lagipun, saya dah ada boyfriend yang jauh lagi handsome dari awak. Faham?” kening kana Faqihah dijongket.

Khazwan mengetap bibir apabila mendengar pengakuan Faqihah. Jika ditakdirkan dia boleh bertukar kepada ibu Faqihah, memang sudah lama dia tampar perempuan tu!

Farah terlebih dahulu bertindak. Ikhwan melontarkan satu botol air mineral. Mereka berdua bertindak mencuahkan air bercampurkan gula itu ke arah Faqihah. Habis basah baju mahalnya yang dibeli dari butik ternama itu.

Menjerit sampai bergegar satu rumah dibuatnya. Dato’ Fuad yang berada di bilik kerja tergelak kecil. Sememangnya dia tahu dengan perancangan Farah dan Ikhwan. Mereka berdua sudah menceritakan segala-galanya tentang Faqihah. Dato' Fuad juga tahu, Faqihah hanya mahukan harta kerana dia sudah suruh beberapa pekerja di situ menyiasat tentang dia.

how dare you!” Faqihah separuh menjerit. Kalau terlebih menjerit, alamatnya terkeluar kot anak tekak dia tu. “ye. Memang saya dare pun? Apasal? Salah di sisi undang-undang?” soal Farah sambil membuat muka sponsen.

“Haha.. Bagus! Kalau masuk pertandingan Ratu Air pun boleh ni,” Ikhwan menggosok tangan. Dia tersenyum jahat.

“Faqihah, tolong keluar dari rumah saya sekarang. Satu lagi, minta maaf sebab awak terpaksa DIPECAT!” terkedu Faqihah apabila mendengar ayat terakhir Khazwan. Rasa nak tercabut jantungnya. ‘Apa yang hendak aku katakan kepada kawan-kawan aku nanti? Aku kata yang aku ni bakal menjadi isteri kepada boss syarikat! Siap jemput lagi. MATI!’ hati Faqihah mula ghairah. Dia terasa mahu menyumbat mukanya ke dalam sup yang berada di depannya.

Beg tangan jenama DKNY diambil perlahan. Dia mengetap bibir kerana menahan geram. Geram kerana mulutnya terlepas cakap! “Faqihah.. Saya minta maaf,” ucap Khazwan buat kali terakhir. Faqihah mengangguk kecil.

Apabila Faqihah keluar dari rumah, telinga Khazwan menangkap gelak tawa yang sangat kuat!

Dia meluru ke dapur dan mendapati Ikhwan dan Farah sedang bertepuk tampar macam budak tidak cukup umur. “Adik, urrmm.. terima kasih sebab tolong abang. Kalau tak kerana korang berdua yang otak cap udang, confirm harta kita semua dibolot,” satu kelihan kecil keluar dari mulut Khazwan.

“Otak cap udang inilah yang membantu Abang KIM yang buta tu! Tak nampak siapa sebenarnya Faqihah tu,” mata Farah menjeling Khazwan. “Betul tu. Tepukan yang tidak gemuruh kepada Farah,” Ikhwan bertepuk tangan.

Jari Khazwan menggaru kepalanya. Pening melayan karenah kedua-dua adiknya yang mempunyai pernagai yang pelik! Nakal!

“Gila! Haha..” Ikhwan mengejek adiknya. “Siapa? Aku?” jari telunjuknya dihalakan ke mukanya sendiri. “Yelah Farah. Siapa lagikan?” Ikhwan ketawa besar.

Tangan Farah mencubit bahu abangnya sekuat yang boleh. Mungkin sekuat penyepit ketam. Manakan tahu?
*******************************
Farah berjalan seorang diri di atas jambat kecil sambil melihat kolam yang diterangi dengan lampu yang bewarna-warni. Terdapat juga batu-batu bewarna yang beranama pebble wash turut serta mewarnai kolam itu.

Ikan-ikan koi juga liuk berenang di dalam kolam. Dia mengeluh kecil. Penat betul hari ni. Bukan apa, penat sebab terpaksa melawan karenah Faqihah! Akhirnya, nama Faqihah sudah disenaraikan hitam dari hati abangnya. Bersyukur tidak terhingga dibuatnya. Kalau boleh, mahu sahaja dia buat pesta kemenangan!!

Sedang matanya seronok melihat keindahan alam yang dicipta oleh Tuhan yang maha esa, dia disapa oleh seseorang. “Ehh.. Kenapa sorang-sorang ni?” sapa Mak Jah. Dia membetulkan kedudukan tudungnya.

“Saja Mak Jah. Untuk menghilangkan rasa tekanan!” jawab Farah bersahaja. Dia turun daripada jambatan dan duduk bersila di atas rumput ala-ala padang rumput golf yang berada di tepi kolam air terjun kecil. Lebih kurang 20 ekor anak ikan yang kecil berenang di situ.

Makanan ikan dituangkan ke dalam kolam tersebut. Mak Jah mengikut Farah. Dia turut duduk bersila di sebelah anak majikannya. “Ha? Macam mana. Suka dapat kenakan orang?” sindir Mak Jah.

“Suka sangat-sangat! Dah lama tak buat benda ni,” Farah tersengih. “Mak Jah tahu. Kamu tu, dari kamu kecil Mak Jah bela. Selalu sangat sakat orang. Mak Jah ingat lagi masa kamu kenakan Ikhwan. Kamu ubah air bandung dia dengan air bandung garam. Masa tu kamu berumur 11 tahun,” Mak Jah mula berbual. Dia juga menggunakan teknik flashback. Apabila mendengar cerita Mak Jah, Farah ketawa terkekek-kekek. Teringat pula kenangan tersebut. Muka abangnya bukan main lagi! Hodoh benar!

Sedang mereka rancak berbual, manakala…. “Abang, so, macam mana? Nak cari calon ni susah juga ye?” Ikhwan mendagu. Mereka berdua berada di beranda di tingkat dua. “Serahkan je kepada adik kita tu,” matanya memandang ke arah Farah dan Mak Jah yang sedang berbual di situ.

“Dia tu memang kaunselor cinta! Pandai cari calon untuk abang!” puji Ikhwan kepada adiknya. “Adik cakap, kalau boleh, dia nak abang pilih isteri yang macam ni,” satu helai kertas diserahkan kepada Ikhwan.
Tangan Ikhwan mengambil kertas tersebut seraya membaca satu per satu baris ayat tersebut.









CARI ISTER YANG:
1. SOLEHAH
2. BERTANGGUNGJAWAB
3. PANDAI MENDIDIK ANAK-ANAK
4. PANDAI MENGAMBIL HATI ABANG KIM! (ahaksss..sweet)
4. SETIA DAN TAAT KEPADA SUAMI
5. ORANGNYA BAIK DAN SOPAN

> Pesanan:          BIAR HODOH, ASAL HATI BAIK. (bagus!)
                             BIAR CANTIK, ASAL HATI BAIK. (bagus sangat!)

Ikhwan tersengih apabila membaca isi dalam kertas itu. ‘Pandai juga budak ni’ getus hatinya. “Boleh kea bang jumpa perempuan macam ni? Semua orang tidak sempurna,” kertas tersebut dikembalikan kepada abangnya.

“InsyaAllah Abang KIM boleh,” sampuk Farah tiba-tiba. Terkejut mereka berdua dibuatnya. Macam magic pula budak ni datang. “Amin!” Ikhwan meraup muka. “Okeylah, nak jadi SleepingUgly dah! Goodnight kepada dua orang abangku,” Farah melambaikan tangan ala-ala model.

Tersengih-sengih dibuatnya Khazwan dan Ikhwan apabila melihat perngai adiknya. Nak telefon Hospital Sakit Jiwa, terlebih pula.

Apabila mereka berdua melihat Farah sudah keluar dari dalam bilik, Ikhwan menepuk-nepuk bahu abangnya. “Adik yakin, Ikhwan akan dapat mak sedara yang bagus,” ibu jari kanannya diangkat. Khazwan mengangguk kecil. Dia yakin, adiknya mampu untuk mencari isteri buat dia.
**************************************
Tepat jam 6 pagi, jam loceng yang berada betul-betul di telinga Farah akan bordering nyaring. Memang Farah tu suka letak jam loceng dekat dengan telingannya. Kalau boleh, nak sumbat terus sebab dia tu jenis susah nak bangun. Liat!

Tangan Farah laju menghentam butang loceng tersebut. Amboi, ganasnya! Mujur tidak pecah loceng tersebut. Matanya dibuka perlahan.

Dia bangun dan mencapai tuala seraya masuk ke dalam bilik air. Selesai mandi, dia Slat Subuh sebelum turun ke ruang makan.

Farah  memakai tudung bewarna putih. Dia beberapa kali meniup ke atas agar tudung yang berada di atas itu menjadi bulat. Hampir 15 minit dia meniup.

Selepas 15 minit, dia mencapai beg dan turun dengan tergesa-gesa. “Lamanya kau bersiap budak. Dah 6:30 ni,” jam jenama Casio dilirik oleh Ikhwan. “Diamlah landak!” ejek Farah apabila melihat rambut abanganya seperti landak.

“Ikhwan, bukan ke tak boleh buat rambut macam tu?” soal Dato’ Fuad. Suapan rito bakar dihentikan apabila melihat rambut anaknya. Jari Ikhwan mengusap rambut landaknya. “Tak apa. Nanti dalam kereta, Ikhwan sikat,” dia berdolak-dalih. Sebenarnya, dia memang tidak mahu sikat. Mahu disimpan sampailah kalau ada pemeriksaan oleh pengawas yang garang! Tapi, kalau pengawas perempuan.. Ehem! Cair dibuatnya!

“Tak apa kalau kena denda pun. Dia ada teknik sendiri. Tapi, berhati-hati dengan Adiba! Sebab dia tu Pengawas Serigala! Aummm.. ehh.. Auuu!!” Farah membebel. Kerusi tersbut ditarik perlahan. “Boleh buat zoo kalau ada 50 orang buat bunyi macam kau!” ejek Ikhwan seraya ketawa terbahak-bahak.

“Ehh.. Sudah. Jangan bercakap masa makan!” Dato’ Fuad menjengkelkan mata memandang dua orang anaknya. Terus tidak buka mulut dua orang budak tu. Senyuman Khazwan di sembunyikan.

15 minit menjamu selera, Khazwan menyuruh Ikhwan dan Farah supaya bergerak sekarang. Maklumlah, Big Boss katakana. Ada meeting dengan Tan Sri Asyin pula tu.  “Sabar lah. Makan kenalah kunyah perlahan-lahan,” seloroh Farah. Jari telunjuk Ikhwan menolak kepala Farah. “Banyaklah kau! Dah pukul 6:45 ni! Kau nak kena denda ke adikku sayang?” soalnya.

Bahu Farah digoyangkan. Roti yang dipegangnya disumbat masuk ke dalam mulut Ikhwan. ‘Rasakan! Haha’ Farah tergelak kecil. Ikhwan mengunya roti yang disumbat itu perlahan-lahan. Rasa nak tercekik pun ada!

Mereka bertiga bergerak keluar rumah. Seperti biasa, kasut bewarna hitam dipakai oleh Ikhwan dan Farah.

“Qiqi..” kata Khazwan dengan nada yang rendah. Dia mengeluh kecil. Ikhwan dan Farah saling berpandangan. “Abang masih ingatkan perempuan tu?!” terbuntang mata Farah dibuatnya. “Bukanlah. Qiqi, sepupu kamu yang berumu 10 tahun tu,” Khazwan menjeling sekilas adiknya. “Kenapa dengan Nur Syafiqi tu?” soal Ikhwan. Risau juga apabila abanganya tiba-tiba menyebut nama sepupu perempuannya. Ikhwan menganggap dia seperti adik sendiri.

“Semalam abang dapat call, dia masuk hospital sebab demam panas. Hmm.. nak pergi melawat, dia tinggal dekat Pulau Pinang. Apa boleh buat, hanya mampu berdoa sahaja,” jawab Khazwan dengan serius.

“Kenapa Abang KIM tak bagi tahu Farah! Kesiannya Qiqi,” raut wajah Farah mulai risau. “Abang ni.. Lain kali jangan buat macam tu! Ini perkara serius apabila Qiqi masuk hospital. Kitorang dah anggap dia macam adik tau,” Ikhwan pula bersuara.

Khazwan mengeluh kecil. “Sorrylah wahai adik-adikku,” Khazwan tersenyum. Kereta tersebut berhenti di hadapan pintu pagar sekolah. Mereka berdua turun dengan cepat dan terus berlari masuk. Pecutan selaju pelari 100 meter! Padahal masih berbaki 20 minit sebelum loceng berbunyi.

Khazwan hanya mampu menggelengkan kepalanya. “Farah tunggu!” jerit Kira. Dia berlari dengan pantas ke arah Farah. Apabila sampai, Kira tercunggap-cunggao tidak cukup nafas.

Farah tersenyum melihat rakannya. “Apa?” soal Farah sepatah. “wait.. Mana abang kau?” Kira menyoal Farah pula. Apabila mendengar bahawa Kira mencari Ikhwan, Farah tersenyum lebar.

“Baru je blah tadi. Kenapa?” hai.. ni macam sesi Soal Jawab je. Kalau jawab, tanya balik. Pelik sungguh dua orang makhluk ni! “Hehe.. Nak bagi surat ni,” sampul surat dilayangkan di hadapan Farah.

Terkedu dia dibuatnya. “surat cintakah?” tanya Farah gelabah. ‘Surat cinta ke ni? Kalau ya, Abang Ikhwan akan mendapat girlfriend sebelum Abang KIM!’ kata hati Farah. Kira memetik jari di hadapan Farah apabila mendapati sahabat karibnya sibuk mengelamun.

Apabila Farah tersedar, dia menumpukan perhatian kepada Kira semula. “Ini bukan surat cintalah! Tadi Cikgu Kamarul suruh saya bagi kepada Ikhwan,” mulut Kira mencebik. “Aik? Apasal tercebik mulut comel kau tu? Tak suka?!” Farah menggaru kepala.

“Bukan tak suka, Cuma.. Kalau boleh memang nak bagi surat cinta pun. Haha.” Kira menggatal. Farah menjeling geram selepas itu turut ketawa terkekek-kekek. Memang sah, perangai pelik!   

Seacrh Keyword


Salam! 
:( Borringlah, tak ada status nak update.. So, Farah pun saja-sajalah nak SEARCH KEYWORD. tengok-tengok, bukan main lagi keywordnya! Dahlah pelik2!! Haha.. Tak caya? meh Farah tunjukkan..


Baca ahh. Peli-pelikan?
Yang PANGGAL DEPAN RUMAH tu yang paling menyirap darah. Nak cekik je rasa org yang search tu. haha... XD

Monday 19 November 2012

Perjumpaan bersama dengan SyaNa-ZaIn dan Najiha



Assalamualaikum! ^^
Sihat semua? Hari ni, semua pelajar tahun6 mengambil result. Dan syukur, sepupu saya dapat 5A! hehe.. Sempena budak-budak tu pergi ambil result, kitorang bercadang nak jumpa-jumpa. :D RIndu sungguh kepada mereka semua..
Hari ini (ISNIN, 19/11/2012) SyaNa-ZaIn dan Najiha berjumpa di kawasan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3. Macam-macamlah kami buat. Berjumpa dengan guru yang dirindui, terutama IBU ANGKAT saya, Cikgu Hasmiros. Dialah yang membibing saya sehingga mendapat A dalam matematik! ^^ Terima kasih cikgu! 

Okey, Kami berjumpa di sekolah pada pukul 10 pagilah.. Tak tepat mana. :P Pergi sana, jumpa diorang. Cadang nak pergi Mydin, tapi hujan turun. Farah panggil sebagai HUJAN RAHMAT SEMPENA BUDAK-BUDAK NI NAK AMBIL RESULT! haha.. boleh pulak? ngeee~ 

Masa pergi tu, kitorang pusing satu sekolah sebab nak tengok perubahan kawasan sekolah. Perubahannya, adalah sikit2. Sikit je kott.. haha.. 

Lepas tu, kitorang gerak ke dewan untuk dengar keputusan berapa orang dapat 5A dalam UPSR. Dan syukur Alhamdulillah, sekolah SKKK3 mendapat 82 org 5A tahun ini. :)))) BIG SMILE!! 

N den, hujan reda! hehe.. kitorang pun terus pergi Mydin sebab perut berbunyi. Lapar lah tu. Cacing dah nyotnyet dalam perut ni. wkwkwkwkwkwww...

Pergi sana, kami berenam (Syarifatun, Asniza, Najiha, Ain[adik Aina] , Aina, Ain [saya!]) order Nasi Ayam.. memang sedaplah nasi ayam dia! Suka3.. First time makan nasi ayam dengan kawan-kawan awww...


Ni ada sedikit gambar masa makan nasi. Masa makan pun ambil! Senget tul!



Di Kedai Makan:

Nilah Syarifatun! Comel tak dia? hihi.. Tengah menikmati Nasi Ayam tu.. Saya sibuk ambil gambar



Nilah saya! Endahkan muka buruk saya! haha..

Yang yg buat PEACE tu Ainaa namanya. Dan yang sebelah tu Asniza. Sementara menunggu Nasi Ayam. hehe..

Syarifatun tgh termenung.. hihi..

Burrrppp.. kononnyalah kan.. Perut dah kenyang! Sedap gile nasi tu wwooo... Rasa nak tambah lagi! ^^ Korang nak rasa? kalau nak, meh Mydin Kubang Kerian..
Kitorang kembali semula ke kawasan sekolah dan masuk ke dalam kelas sebab nak cek keadaan kelas macam mana! hoH0x~

Gambar dalam kelas:

Peace! hahaaaaa...

My BFForever! SyaNa-Za ^^
(AiNAa, SYArifatun, AsniZA)

Inilah kami! SyaNa-ZaIn! 
(aiNAa, SYArifatun, asniZA, aIN)

Masih lagi kami. heheee.. Dok posing je kerje..

Syarifatun ataupun K.Cherry! :) Saya panggil dia MISS TOMATO sebab dia suka makan tomatoo..

Ainaa, kenapa tutup mata tu? >__< Still US!

SyaZaIn! kami bertiga.. Susun elok2 dah tu. Ikut perkataan. lalalala..

Kami lagi! HUH.. sungguh!!

Saya dan Asniza.. ZaIn. Kami paling rapat sekali!

Mak CIk Gedik tu jgn dihiraukan.. Anyway, Asniza comel!

Tengah sibuk blutoth (pakai eja) lagu ngan gmbar! Syarifatun dan Ainaa

Dah siap geledah kelas, kit0rang bergambar kat kawasan sekolah pulak! Huohuohuo!!!!

Di Kawasan Sekolah:

Syarifatun!!! Comel!!

Bakal Peramal Cuaca! hahaa... boleh pulak

3 sekawan bergambar~

Toingg.. Kak Tun pun bakal juga! hahaha..



Fuhhh.. Lpeas tu, kit0rang tunggu mak bapak mari ambil. SUngguh, seronok sgt perjumpaan tu. :') :) 
Sedih pun ada sebab say goodbye!... Tak apa, tahun depan buat lagi! ^^ YEYEYEYE~~~


  • APA-APA PUN, MEREKA DI ATAS ADALAH BFFOREVER SAYA SAMPAI BILA2!!

!!!SyaNa-ZaIn!!!



Saturday 17 November 2012

Top Refferal 4


Salam!
Tak mahu tulis panjang-panjang sebab malas! hehee.. malas juga rupanya kau ni Farah!!



Tingkan ye! Macamlah dah habis dahh... :P

Top Refferal 3


Salam!
Okey, Farah nak letak Top Refferal PART3.
Sedihlah, Refferal menurun byk ni!! KEnaaPA??



Teruskan USAHA anda! Hwaiting!

Dooodle GA dah sampai! ^^



Salam!
WaCHAaaakkkKK

Hehe.. 
Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu, akhirnya sampai juga HADIAH GA yang Farah menang! ^^ Cute sgt. nak tahu apa dia? Jenguk bawah ni:




Macam mana? COMEL TAK? MEstilah comel, Kakak yang buat GA ni pandai gile buat doodle! Ceklah contoh Doodle-Doodle yang dia buat. Confirm terpana biji mata korang tu. hikhik~ 

Anyway, THNX to Akak Azzah sebab buatkan. Suka sgt! ^^



Friday 16 November 2012

Top Refferal 2


Fuhhh... Baru nak update! hheheheh~ Maklumlah, sekarang ni NO IDEA!!!! >__< Penat fikir tau. 
So, FIkir punya fikir, nak update TOP REFFERAL kali ke-2 lah pula. ^^ hehe.. Macam biasa, TOP THREE. Jom tgk!



Bagus! Teruskan untuk menjadi TOP REFFERAL ya semua!!!